Salam Takziah untuk keluarga Faizal Bin Ismail atas kembalinya ke rahmatullah putera kesayangan mereka Adam Danial Iman yang baru berusia 12 hari..sesungguhnya saya percaya ini dugaan dan ujian terbesar buat isterinya Kak Lina...Tabahkan hati kak...tempuhi hari mendatang dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah...sesungguhnya ada hikmah disebalik semua ini...Cuma satu yang pasti...Perginya arwah dengan janji Allah - Adam bakal menghuni syurgaNya...Pasti arwah akan menanti akak sekeluarga di sana kelak....
Tuesday, April 29, 2008
Takziah
Salam Takziah untuk keluarga Faizal Bin Ismail atas kembalinya ke rahmatullah putera kesayangan mereka Adam Danial Iman yang baru berusia 12 hari..sesungguhnya saya percaya ini dugaan dan ujian terbesar buat isterinya Kak Lina...Tabahkan hati kak...tempuhi hari mendatang dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah...sesungguhnya ada hikmah disebalik semua ini...Cuma satu yang pasti...Perginya arwah dengan janji Allah - Adam bakal menghuni syurgaNya...Pasti arwah akan menanti akak sekeluarga di sana kelak....
Tetamu yang dinanti
Hari sabtu yang lepas, dengan tak disangka2..sahabat merangkap teman seperjuangan di Shah Alam muncul menziarahi Daniya Alesha...Pada awalnya, sahabatku ini ingin melakukan kejutan dengan memaklumkan kepada hubby sahaja..tapi biasalah..hubby saya seorang yang lurus orangnya..tak pandai tipu2..terus diberinya telefon pada saya....hahahahhaha...kantoiiiiiiii..Hadirnya UNTLE ONE (panggilan tisya untuk sahabat saya ini) bersama2 pasangan tunang Ridza n Kemah serta Mak Cik kesayangan one..sungguh saya terharu....uhuhuhuh..
Buat Kemah n Ridza, berlatih ye..giliran anda hampir tiba...semoga selamat ke jinjang pelamin insya allah.....
Friday, April 25, 2008
Papa @ HAI
Ini cerita terbaru Hubby yang diterbitkan dalam majalah Hai terbaru...wartawan Hai call hubby sehari selepas kelahiran D@niy@ @lesh@..masa tu hubby tengah sibuk nak settlekan bil2 rawatan saya...so akibatnya hubby terpaksa tolak permintaan wartawan terbabit dengan alasan berada di Hospital...tapi mungkin disebabkan wartawan itu (praktikal) peminat hubby dan nak sangat2 buat cerita hubby, dia call balik kemudiannya dan meminta keizinan untuk siarkan perkembangan terbaru hubby...
ANAK HADIAH HARI JADI......
As what saya tulis dalam entry sebelum nih...kelahiran Alesha sangat bermakna buat saya dan hubby..selepas hampir setahun dua bulan mendirikan rumahtangg, akhirnya kami dianugerahkan denngan puteri sulung yang begitu comel dan alhamdulillah sempurna dan sihat...lebih bermakna lagi kelahiran Daniya Alesha tiga hari selepas ulang tahun kelahiran hubby yang ke 27...sebelum ini saya pernah memberitahu hubby..tahun ini tiada hadiah hari lahir untuknya memandangkan saya akan menghadiahkan zuriat yang saya kandung selama sembilan bulan pada bulan kelahirannya...kalau diikutkan EDD saya ialah pada 19 April tetapi kuasa Allah...mungkin Alesha sendiri ingin menyambut hari lahir bersama2 papanya selepas ini..maka lahirlah Alesha pada 7 April....
Alesha dah 19 hari
Manis owan sekarang dah 19 hari...sekejap je masa berlalu..
Umie sekarang menghitung hari nak habiskan pantang...aduhh tak sabar rasanya..
Alesha makin hari makin berubah wajahnya..
ada hari bagaikan mengikut saya..dan ada hari wajahnya saling tak tumpah seperti papanya..
Tak kisahlah apa pun rupa Alesha...dia tetap permata hati..puteri kesayangan saya dan suami..
Saya sedang risau memikirkan untuk berenggang dengan Alesha selepas ini..
Saat saya perlu memulakan kerja...bagaimana agaknya keadaaan saya ya..
skrg ini pun saya bagaikan tidak mahu berenggang dengan puteri kesayangan...
Apapun saya berharap situasi selepas ini tidak begitu teruk...
Semoga saya kuat dan dapat meneruskan kerja seperti biasa...
Alesha sayang...umie terlalu sayangkan Alesha..
Tuesday, April 22, 2008
Kelahiran Yang Dinanti
7 April 2008 - 7am - keluar ke ofis seperti biasa bersama hubby. Travel dari Alor star ke Kangar.
9am - Breakfast di ofis dengan office mate (sempat makan kueytiow korporat lagi tuh)
10am - Terasa sakit di bahagian ari-ari. Call hubby, ajak balik lunch time. Tapi hubby cakap siap2 sekarang kita terus balik.
11am - Hubby amik di Opis. (suppose ada meeting tapi dibatalkan). Gerak balik ngan hubby ikut highway Arau. Sebelum tu singgah di HEP amik perfume yang kirim Aida belikan di KL. (hadiah birthday hubby).
12 noon - Kebetulan lalu di Jitra, ajak hubby singgah makan di Secret Recipe. Tingin sangat2 nak makan brownies. Sekaligus celebrate belated birthday hubby. Masa makan sushi takde kek, so ni kira cover balik ahhh..
1pm - Sampai umah, lepak2 dalam bilik, rehat jap. Hubby nak pi berurut. tapi sebelum tu dia tido jap dulu..masa ni dah tak berapa sakit, so lepak je lah.
3pm - Hubby kuar pi berurut. Belum pun 10 minit hubby kuar, dah mula terasa sakit teramat sangat. Call hubby, ajak gi KMC.
4pm - Daftar di emergency, then terus masuk labor room. Doc check dah terbukak 3 cm, terus doc pecahkan air ketuban n pasang CTG monitor jantung baby.
5.30 pm - Doc pasang drip, induce ubat untuk cepatkan bukaan rahim. Sakit setiap setengah jam, tapi still boleh tahan.
6.30pm - Nurse check, bukaan baru 5cm. Tapi dah terasa sakit makin kerap. tak tertahan dah, mintak ubat kat nurse, nurse bagi Petadine untuk lali.
8pm - Sakit makin kerap, boleh kata setiap lima minit. 8.30pm, doc datang check, bukaan dah 9cm, doc suh prepare untuk dlvr.
9pm - semua dah ready, doc prepare alatan, dan proses bermula. Alhamdulillah, 3 kali push maka lahirlah DANIYA ALESHA seberat 3.05kg dan panjang 47cm. Tangisan Daniya Alesha buatkan saya menangis. huhuhuu..sedih dan sayu rasanya.
Semoga kasih sayang saya dan hubby akan lebih mekar dengan kehadiran puteri sulung ini.
Friday, April 4, 2008
S.U.S.H.I. thanx sayang
Saya sebenarnya risau dengan keadaan diri yang tak sihat sepenuhnya...malam tadi tak leh tido duk sakit2..minor contraction kot..tapi memandangkan hubby dah ajak..pegi jugaklah kan...so kami ke sushi king di Juru....makan2....then terus balik....semata-mata kan..hehhehehe...
Happy 27th Birthday Hubby
kenalilah gelisah angin di antara buluh-buluh bambu yang meliuk ke kanan dan meliuk ke kiri yang menggemerisik di antara sunyi karena ada bisikan tentang gelisahku...
ketika senja turun di bukit-bukit tak berpenghuni ada rona yang dilukiskan pada latar langitnya merah membara dan kadang-kadang lembayung kenalilah warnanya yang disapukan dari rinduku...
sayangku, malam-malamku adalah catatan tentang cinta dinginnya menghangatkan dan memberi aroma rasa aku jejaki purnama yang tenggelam di antara awan dan aku ingin terbenam bersama cinta yang kau bawa....
Happy 27th birthday sayang..semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya...semoga lebih sukses dan lebih happy...sentiasa mendapat rahmat dan lindungan dari Allah..Love you tonzzzz...thanx for everything sayang..
Thursday, April 3, 2008
You...complete my LIFE...
Sempurna
Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujimu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
Wednesday, April 2, 2008
Pintar ??
``mampukah dia ??? relakah dia atau dipaksa ibu bapa?? pernahkah ibu bapanya bertanyakan apakah kesukaan sufiah .. i mean bidang pengajian yang diingininya??? Adakah dia akan berjaya kelak...?? ''
Dan akhirnya persoalan saya terjawab juga...beberapa tahun selepas diterima ke Oxford, Sufiah melarikan diri dan bekerja sebagai pelayan hotel...alasannya kehidupan bersama keluarga bagaikan di dalam neraka...saat ini saya pasti, dirinya sendiri bagaikan tidak merestui apa yang dilakukan selama ini..ye lah..pada usia belasan tahun, saat sepatutnya kita berseronok dengan teman sebaya, bersukaria tetapi Sufiah harus memikul tanggungjawab sebagai graduan...Dan saya menyangkakan perkara itu akan berakhir di situ..tetapi selepas membaca laporan terbaru yang disiarkan di akhbar, saya menjadi malu sendiri...kenapa serendah itu maruah Sufiah?? tidakkah beliau berpegang kepada ajaran al-quran dan as-Sunnah? Aduh...peristiwa itu benar2 merendahkan martabat kaum wanita...Siapakah agaknya yang harus dipersalahkan????
Dan kini...fikiran saya memikirkan pula tentang nasib si kecil ini..Adi putra...apakah nasib dan jalan hidupnya...??? wallahualam.....
P/S : Kadang-kadang saya merasakan ibu bapa tidak boleh terlalu memaksa...biarkan otak anak berkembang pada tahap yang sepatutnya...Ini peringatan untuk diri saya juga...insya allah...saya akan mencontohi mama dan abah dalam urusan didikan anak-anak...saya percaya..apa yang mama dan abah lakukan adalah yang terbaik dan bersesuaian.....
Tuesday, April 1, 2008
Dinner berdua
So semalam, saya dan hubby ke Kuala Perlis menikmati ikan kukus...ramai yang memilih ikan bakar, tapi saya dan hubby memilih ikan kukus...seekor ikan siakap kukus, sayur kailan ikan masim, sambal belacan dan air asam....aduhhhh..sungguh lazat sekali...Hubby yang tamak turut memesan 10 cucuk sate ayam yang mana akhirnya hubby kekenyangan dan tidak dapat menghabiskan ikan kukus...saya??? seperti biasalah..walaupun perut saya semakin membesar, tetapi selera makan saya tidak pula membesar...setakat yang saya mampu sahaja...
Dan hendak dijadikan cerita juga, semalam ketika makan, kami terserempak dengan Rabuan Pit - bekas jaguh pecut Asia...sungguh kelakar menyaksikan jaguh pecut Asia bertemu jaguh pecut Asia Tenggara..kalau dari segi saiz memang hubby lah yang menang...tapi dari segi prestasi hubby masih belum mampu menandingi Rabuan Pit...takpe..masih banyak masa..semoga hubby berjaya mencapai impiannya..amiiinnn
Jagung Bakar, air kelapa muda
Permulaan Bulan April
Seperti biasa, saya sedari semalam lagi memikirkan cara yang terbest untuk mengenakan hubby..
Mcm-mcm terlintas difikiran termasuklah pura2 sakit hendak bersalin dan minta hubby datang ke pejabat dengan segera...tapi belum sempat saya mengenakan hubby..saya yang lebih dahulu terkena di saat saya masih mamai dan rasa kantuk yang maha hebat..
B : Love..Tun Mahathir meninggal (dengan reaksi yang cukup sedih).
Saya : Biar betul ??? Jgn nak main2 la...
B : Betul love...papa tak tipu...
Saya : Innalillah...sakit apa papa
B : April Fool .....!!!!!!!!! (disertai gelak tawa ala syataooonnirrajim)
Aduhhh..sakit betul jiwa saya...terus saya tersenyum kembali kerana idola saya masih terus bernafas...alhamdulillah...
Saya : Love baru ingat nak kenakan papa hari ni
B : Nape, love nak bgtau papa love sakit nak bersalin, pastu papa balik umah cepat2 love kata ahh April Fool kan...?
Saya : hahahahahha..papa dah dapat agak ehkkk?
B : I know you my dear....
Hurmmm..nasib baik saya tak kenakan dia...kalau tak saya yang malu sendiri kan....
April...bulan yang mendebarkan..saya kini menghitung hari untuk melahirkan benih cinta pertama...malam tadi semalaman saya tak dapat tido...perut terasa begitu sakit tetapi saya masih mampu bertahan...Ya Allah, kau permudahkanlah urusan aku kelak...semoga bayi pertama kami ini akan dilahirkan dalam keadaan yang cukup sempurna...Insya allah..amiin..
Blog Ibu dan dara
-
AI pulak kannnn14 minutes ago
-
Rezeki sehari sebelum Ramadhan34 minutes ago
-
-
Backdated entry| Maryam turns TWO8 months ago
-
Solesor Kampong Beach Resort2 years ago
-
TIPS BERLAPANG DADA BILA TENGAH RASA DOWN.4 years ago
-
-
Cuti-cuti Perth Part 6 - Last day5 years ago
-
Introducing... Our 3rd Princess6 years ago
-
Life as party planner6 years ago
-
Assalamualaikum....6 years ago
-
-
Cream Puff Donut.....7 years ago
-
> Ikea Lover7 years ago
-
-
-
Princess in the house8 years ago
-
Setahun sekali makan Yeesang8 years ago
-
-
-
We've moved!9 years ago
-
Adik Ayra is on the way..!!10 years ago
-
Cucuk sebulan10 years ago
-
Karikatur...10 years ago
-
Si Overweight vs Si Underweight10 years ago
-
-
-
-
-
Konvensyen IPGM Part 111 years ago
-
dah habis raya11 years ago
-
*WW* - Nekad -11 years ago
-
-
Random Images Ramadhan and Raya12 years ago
-
-
-
Perang Badar & Ramadhan13 years ago
-
-
MAMPUKAH????13 years ago
-
haluuuu !!!14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Geng UniMAP
-
17 Tahun3 months ago
-
Bersarang dan Bersawang7 years ago
-
PENGGERAK9 years ago
-
What is Cervical Cerclage ? - Wikipedia12 years ago
-
-
MY LITTLE PRINCESS AINUL MARDHIYAH12 years ago
-
|| hadiah dia pada saya~~ uusshhh~~berry2~~ ||12 years ago
-
Prinsip Bersabar Orang Cina...12 years ago
-
tudia ... basinya....14 years ago
-
-
-
-