Friday, October 16, 2009

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

Saya bukak blog ramai org..especially ibu2...
banyak yang duk masuk contest..
saya pun teringin ah jugak kan..dah lama tak masuk contest..
dalam banyak2 saya tertarik dengan contest anjuran ometomei dan nak le mencuba nasib..
lagi satu yang membuatkan saya nak masuk..
sebab saya rasa saya ada banyak gambar2 alesha dalam walker...
so proceed ajalah...
let's review syarat2nya..

Syarat Penyertaan

• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda (DONE)
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun (18 bulan - LULUS)
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini (DONE)
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker (DONE)
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk) (DONE)
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya (DONE)
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. (DONE)


DANIYA ALESHA BINTI NAZMIZAN
18 BULAN


Daniya Alesha merupakan puteri sulung saya dan suami yang dilahirkan 14 bulan selepas kami berdua diijabkabulkan...alhamdulillah...sejak lahir sehingga ke sekarang usianya 18 bulan, Daniya Alesha tidak menimbulkan sebarang masalah besar dari segi menjaganya...sedari lahir sehingga usia 4 bulan, kami letakkan Alesha di atas bouncer pada waktu siang dan playpan sewaktu tidur malam....menginjak ke usia 6 bulan, alesha mula meniarap dan menyulur dan berusaha keras untuk mengangkat bontot untuk merangkak...dan pada ketika ini timbul kerisauan apabila alesha sudah mula pandai mengutip benda2 halus di atas lantai...dan atas sebab itu kami membeli bay walker untuk memudahkan kami mengawasi alesha...

Kebaikan dan Keburukan Baby Walker :

Tidak dinafikan, ramai ibu bapa mengaitkan penggunaan baby walker sebagai salah satu cara terbaik untuk memudahkan kita mengawasi anak2...menghalang anak2 dari mengutip bendasing2 sebelum dimasukkan ke mulut serta melatih bayi untuk berjalan dengan cepat. Tidak pasti dari mana datangnya teori penggunaan baby walker boleh mengajar anak berjalan lebih cepat, tetapi dalam kes saya...Daniya Alesha tidak berjalan dengan cepat...alesha mula berdiri dan bertatih pada usia setahun tetapi hanya boleh melangkah dan berjalan dengan betul pada usia 13 bulan. I guess tempoh usia ini bukanlah dalam kategori tempoh pantas berjalan memandangkan lebih ramai anak2 mula berjalan pada usia sembilan bulan ke atas...

Disebalik kebaikan baby walker yang saya lihat hanya memudahkan urusan "monitor" anak2..terdapat banyak keburukan yang saya tak nafikan saya sedar keburukan2 ini tetapi atas FAKTOR MEMUDAHKAN SAYA MENGAWASI ANAK..saya terpaksa menggunakan baby walker... Akademi Pediatrics Amerika (AAP) pernah menyuarakan untuk mengharamkan penggunaan baby walker yang dikatakan mendatangkan bahaya dan kecederaan kepada anak2...dan pada masa yang sama AAP merasakan tidak ada faedahnya penggunaan baby walker dikalangan ibu bapa...Berdasarkan statistik yang saya perolehi di internet, dari tahun 1989 hingga 1993, sebanyak 11 kematian dicatatkan oleh kanak-kanak yang menggunakan baby walker, dan pada setiap tahun 8,00 kanak-kanak menerima rawatan di hospital akibat kecederaan apabila menggunakan baby walker.
Menurut AAP, kecederaan akibat baby walker boleh mendorong kepada kecederaan yang serius antaranya, kecederaan kepala, keretakan di bahagian rangka kepala, pendarahan dalaman, patah kaki atau tangan dan banyak lagi. Selain itu, penggunaan baby walker juga boleh membantutkan keinginan kanak2 untuk merangkak..kenyataan ini memang saya sokong..memandangkan alesha hanya mendapat skil merangkak pada usia 10 bulan pluss....

Seperti yang saya katakan tadi, meskipun menyedari terdapat fakta yang menyokong keburukan penggunaan baby walker, namun untuk memudahkan urusan penjagaan dan pengawasan anak, saya tetap menggunakan baby walker (tetapi dalam frequency yang tidak kerap)...dan lebih extra careful...maka atas sebab itu saya membeli baby walker yang mempunyai 8 roda untuk membolehkan alesha "balance" diri dengan baik...Apa2pun...semoga allah melindungi semua ibu2 yang menggunakan baby walker untuk pengawasan anak...Amin..

Hurmmm..wallahualam.....


















3 memo menunggu dibaca:

Baby Lyana said...

Lyana tak leh masuk la contest ni...sbb Lyana tak pernah naik walker.. hihih

Lily@MamaZaraZareef said...

Yeay..alesha pon masuk contest jugak..nmpak gumbiraa sungguh alesha dlm walker yerk..

gul luck alesha!!=D

Orked said...

salam..wah hepi jer alesha dpt dok dlm wlker yer..

tq mama alesha cz sudi join contest orked

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin