Thursday, February 2, 2012

Selamat Jalan Kak Kamariah...wartawan Meja Mahkamah Utusan Malaysia

Di petik dari blog SYAHRIL KADIR 


Menjadi seorang wartawan Meja Mahkamah bukanlah semudah yang disangka
benar, mereka tidak perlu terkejar-kejar menghadiri sidang akhbar, mereka tak perlu sangat menelefon sana-sini untuk membuat susulan atau follow-up satu-satu isu atau bekerja hingga larut malam
namun menulis berita mahkamah tidak boleh sedap mulut atau sesuka hati, ia perlu berdasarkan fakta yang dikemukakan di dalam perbicaraan
untuk itu seseorang wartawan Meja Mahkamah kena faham betul-betul perjalanan satu-satu kes, paling penting, mereka kena faham istilah perundangan yang adakalanya bunyinya pelik-pelik….contohnya mala fide, bona fide, prima facie, habeas corpus dan macam-macam lagilah (sekadar menyebut beberapa istilah)
dalam hal ini aku sangat terhutang budi dengan seorang wartawan yang dikenali cukup otai di kalangan wartawan mahkamah, sehingga ada yang menganggapnya ‘Ketua Hakim Negara untuk wartawan’
namanya Kamariah Ahmad atau Kak Kay
apatak otainya, daripada dia masuk Utusan Malaysia pada tahun 1979 hingga pencen pada tahun 2009, Kak Kay hanya bertugas sebagai wartawan mahkamah kalau tak silap aku
maknanya 30 tahun beb dia jadi wartawan mahkamah!
boleh dikatakan banyak kes yang menggemparkan negara seperti kes Mona Fandey, kes Al-Maunah, kes Tan Sri Muhammad Taib – dialah wartawannya!
yang aku boleh terhutang budi tu bukan sebab apa, dengan dialah aku belajar bagaimana hendak menulis berita-berita mahkamah
walaupun aku wartawan jenayah, tapi setiap kali dia habis kerja, aku selalu akan pergi ke mejanya dan bersembang mengenai kes-kes besar yang pernah beliau tulis
yang bestnya, dia selalu menceritakan perkara-perkara ‘off record’ pada aku…maksudnya cerita ‘di sebalik tabir’ mengenai satu-satu kes yang tak dapat disiarkan untuk siaran
sambil-sambil tu, dia mengajar aku mengenai istilah-istilah perundangan yang sering digunakan di mahkamah…pendek kata dapat tutorial free lah
cuma ada satu hari tu hubungan kami agak ‘tegang’…semuanya gara-gara ada satu kes lemas di Sungai Kelangl berhampiran mahkamah dekat Dataran Merdeka
memandangkan ia berlaku berhampiran mahkamah dan kebetulan beliau ada di situ, aku harap Kak Kay dapatlah tulis berita itu tetapi sebaliknya dia tetap menyuruh aku yang ketika itu masih di pejabat untuk datang ke lokasi kejadian
rupa-rupanya dia hendak mengajar aku supaya jangan hanya mengharapkan diri ‘disuap’, sebaliknya kenalah berusaha untuk mendapatkan berita
akhirnya kami rapat semula, hubungan yang ibarat ibu dan anak itu bagaimana terputus bila aku berhenti dari Utusan Malaysia
yang pasti, walaupun agak pendiam, Kak Kay akan diingati sebagai seorang yang cukup mahir dalam tugasannya, mempunyai ‘contact’ yang cukup baik di kalangan ramai peguam dan hakim serta tak lokek ilmu
dan malam tadi aku menerima berita yang mengejutkan dari seorang teman, Kak Kay meninggal dunia di kediamannya kerana barah payudara
lebih sayu lagi, tiada siapa di sisi Allahyarham sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, kebetulan arwah memang tidak pernah berkahwin
Alhamdulillah, aku sempat menziarahi jenazah sewaktu hendak disembahyangkan di surau Hospital Kuala Lumpur (HKL) tengah malam tadi
sebak ni tak tau nak cakaplah bila tengok wajah arwah waktu nak dikafankan, Allah je yang tahu
ya, beliau sudah tiada, tapi jasanya tetap aku kenang sampai bila-bila
selamat jalan Kak Kamariah….Al-Fatihah.

** NOTA SAYA :

Saya tidak pernah menjadi anak didik beliau...kerna saya bukan wartawan mahkamah...
Tapi hubungan saya dengan arwah agak rapat memandangkan teman serumah saya waktu itu merupakan wartawan meja mahkamah...dan saya sering meluangkan masa berbual dengan arwah sementara menunggu rakan serumah saya selesai tugasan..tapi tak selalu...sebabnya arwah akan sibut dengan proses editing story...sesekali saya dan teman serumah akan makan bersama arwah di kantin Utusan...
tak dapat saya nafikan...arwah seorang yang sangat baik, tenang dan lembut...
tak pernah sekali pun saya mendengar arawah meninggikan suara...
Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang yang beriman...
Al-Fatihah.


0 memo menunggu dibaca:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin