Showing posts with label bday. Show all posts
Showing posts with label bday. Show all posts

Friday, April 4, 2008

S.U.S.H.I. thanx sayang


STESEN SUSHI..sayangnya tak banyak menu tadi..huhuhu


Ari ni 040408..genaplah usia hubby 27 tahun...so hari ni saya ngan hubby sama2 amik cuti...plan nak celebratelah kan...tapi tak tau nak ke mana..last few days saya ada mention nak makan sushi..tapi takde kat perlis n kedah..so nak tak nak kena lah ke Penang kan..tapi memandangkan keadaan saya yang sarat..hubby kata tak pelah..weekends nih dia ke kl ada competition dia akan belikan untuk saya...so saya tak kisahlah....tapi lain jadinya bila pagi tadi tetiba je hubby sound..jom pi penang..makan sushi....gi mandi cepat..

Saya sebenarnya risau dengan keadaan diri yang tak sihat sepenuhnya...malam tadi tak leh tido duk sakit2..minor contraction kot..tapi memandangkan hubby dah ajak..pegi jugaklah kan...so kami ke sushi king di Juru....makan2....then terus balik....semata-mata kan..hehhehehe...


HUBBY KU YANG TGH KHUSYUK...langsung tak toleh tu...



Wajah orang yang dah kenyang...hahahah

Dan sekarang saya ditinggalkan lagi..hubby dah ke kl petang tadi bas jam 5.30...esok ada competition n lusa...semoga hubby berjaya hendaknya..amiiinnn

Tuesday, January 8, 2008

selamat bersara abah....


2 Januari 2008...genaplah 56 tahun usia abah, beerti usailah sudah perkhidmatan abah dalam jabatan kerajaan....fuhhh lama sudah abah berkhidmat menabur bakti mendidik anak bangsa..dan akhirnya kini, perlu mengucapkan selamat tinggal pada dunia perguruan....so last Wednesday, kami sekeluarga menerima jemputan meraikan hari jadi serta majlis persaraan abah anjuran jabatan kejuruteraan mekanikal PTSS di Changlun...Rasa bangga sangat2 melihat penghormatan yang diberikan kepada abah..saya percaya jasa abah terlalu banyak untuk dikenang..tapi abah bukanlah jenis yang suka diungkit2 jasa yang telah ditaburnya...
to abah..selamat bersara..selamat memenuhi hari-hari dengan aktiviti2 yang digemari..selamat spending time dengan bunda....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin