Showing posts with label isteri. Show all posts
Showing posts with label isteri. Show all posts

Wednesday, March 12, 2008

L.I.F.E

Hidup ni kadangkala membosankan..kadangkala menggembirakan...kadangkala pula menyedihkan..kenapa agaknya ya..?? Entahlah..cuma satu hakikat yang perlu diterima..tak semua yang kita inginkan akan kita perolehi..kadang-kadang saya selalu memikirkan adakah saya ini terlalu tamak..terlalu inginkan semua benda yang sempurna tanpa memikirkan perasaan insan lain terutama hubby...Bila saya terlalu memikirkan semua ini...jiwa saya jadi kacau..perasaan saya tidak tenang...dan akibatnya saya sentiasa berendam air mata...saya tahu ia sangat tidak baik untuk bayi yang saya kandung ini..tapi apakan daya saya...ia hadir tanpa saya mampu berbuat apa-apa...



Membaca mingguan wanita sebentar tadi..saya tertarik dengan satu artikel..Apakah perbezaan seorang suami dan seorang isteri...Menurut artikel itu, seorang isteri meletakkan suami sebagai insan terpenting dalam hidupnya...(bukan bermaksud suami tidak begitu)..dan seorang isteri juga merasakan hidupnya lengkap apabila bersuami dan dia tidak memerlukan kawan-kawan lain...Segala aktiviti yang dilakukan bersama-sama kawan dikurangkan dan lebih bererti apabila kawan-kawan turut memahami kedudukan isteri itu kini berbeza dari mereka.



Tapi lain halnya pula dengan lelaki...meskipun sudah beristeri dan menyayangi isterinya sepenuh hati, tetapi dia masih memerlukan kawan. Kawan rapat (bukan untuk dikongsikan masalah rumahtangga) tetapi kawan untuk melakukan apa jua aktiviti riadah dan sosial bersama2...Dan apabila si suami bersama kawannya itu, ia mungkin akan menimbulkan satu perasaan yang tidak sihat di pihak isteri...Dalam konteks ini, isteri harus memahami minat dan kesukaan suami, tetapi untuk proses memahami itulah yang menyukarkan. Isteri lebih rela memikirkan pelbagai perkara lain yang remeh temeh hingga akhirnya mencetuskan pergolakan jiwa...



Benarkah begitu????



Jawapan saya : 90 % benar.....aduhhh...sukarkan berumahtangga..banyak yang harus difikirkan.....

Tuesday, February 5, 2008

wanita @ isteri


Dalam meniti kehidupan berumahtangga, pasti ada saja cerita sedih yang bertandang...dan kebiasaannya cerita2 itu hanya sebesar hama tetapi bila ia membabitkan perasaan seorang isteri, maka kisah yang kecil boleh menjadi besar...Seringkali saya perhatikan, wanita @ isteri ini gemar menceritakan masalah dan kisah sedih rumahtangga mereka pada org2 tertentu..mungkin yang rapat dengan mereka..bukan untuk mengaibkan tapi sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati...mungkin itu fitrah wanita...tetapi berbeza dengan lelaki yang tidak langsung menceritakan walau sedikit pun kisah2 yg berlaku waima kepada teman rapat sendiri...

Kes 1 :
Seorang wanita yang hampir separuh abad usianya..menerima gangguan dari seseorang wanita lain yang pada fikirannya mahu menggugat rumahtangga yang dilayari bersama suami dan anak-anak yg sudah menginjak dewasa...lantas kisah sedih itu dipublishkan di blog peribadinya (yang masih boleh dibaca oleh org lain) lalu ia mengundang simpati dan kata-kata nasihat dari teman2 seblogger...saya percaya, wanita itu pasti tenang selepas mendengar kata2 nasihat teman2 sekeliling....Tapi saya tetap terfikir apa agaknya perasaan si suami jika kebetulan ditakdirkan suami itu membaca blog tulisan isterinya???? malukah...?? sedih??? wallahhualam....


Kes 2 :
Seorang gadis yang baru mendirikan rumahtangga...sentiasa berfikiran positif tentang suami yang dinikahinya, tapi kadangkala syaitan tetap meracuni untuk si gadis memikirkan perkara negatif..bukan tidak percaya..cuma kadangkala merasa jauh dari suami walaupun suami menyatakan cinta yang tidak berbelah bahagi...maka berlangsunglah sesi kiriman sms yang berlarutan dan ungkit mengungkit yang saya pasti cukup membuatkan si suami kecewa...hal itu kemudiannya dipanjangkan oleh si isteri untuk mendapat nasihat dari sahabat baiknya..dan setelah itu..tenanglah fikiran si isteri lalu hubungan bersama suami kembali mekar..tetapi si suami, tidak sedikitpun menceritakan hal 'pertengkaran kecil' itu kepada sesiapa pun termasuk rakan karibnya walaupun pertengkaran itu membabitkan rakan karib si suami...

Dua kes di atas sudah cukup membuktikan betapa perasaan wanita terlalu goyah dan cepat melatah..dan sebagai seorang wanita..saya harus mengakuinya...wanita dikurniakan dengan satu akal dan sembilan nafsu..sedangkan lelaki sembilan akal dan satu nafsu..maka tidak hairanlah mereka lebih lojik rasional berbanding wanita...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin