Showing posts with label love..anniversary. Show all posts
Showing posts with label love..anniversary. Show all posts

Tuesday, January 23, 2018

M.E and H.I.M




Pemilik hati.
Yang kadang-kadang tetap bikin saya makan hati
Dan ada ketikanya cambahkan bunga-bunga dalam hati
.
Saya dan dia jauh beza.
Baik dari segi tingkah mahupun usia
Namun ketaksamaan itulah yang jadikan kami berdua
Saling lengkapi dan sentiasa berusaha
Untuk terus menongkah cabaran dan juga ujian dariNya.
.
Sayang sepenuhnya
Moga kekal selamanya
Biar sampai syurga cinta kita
Yang memisahkan hanya jasad dan nyawa
Serta ajal ketentuanNya
Mudah-mudahan hendaknya.
Amiiin.
.

Posting khas menjelang ulang tahun pernikahan ke-11 Februari ini.








Thursday, January 31, 2013

Entering Bulan Cinta... February with Love

As usual...bulan Februari adalah bulan cinta...makanya saya nak berkongsi tips2 cinta..yang saya dapat dari facebook...cuma saya hiasi ngan gambar cinta saya dan mr eastguy....btw..bulan cinta bagi kami di Februari bukanlah sebab Valentine's Day ya..tapi ia bulan ulangtahun pernikahan kami berdua...so insya allah...entry bulan februari semua entry cinta jaaa...(kalau rajin lah yeeee)...hehehehehhehe

So jom kita tgk 19 tips cinta suami isteri...Alhamdulillah ianya menjadi amalan kami sekeluarga..mungkin ada a few yang tak dipraktikkan....tapi insya allah akan diperbaiki di masa2 akan datang...Semoga kasih sayang kami berkekalan hingga ke syurga...Amin


19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI 





1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. (Check)

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan 
dan ciuman di bibir. (ahah check)

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. (check)

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. (check - kadang2 dalam gelak tawa gurau senda)

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. (kadang-kadang aja)

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. (selalu sangat - hanya kau yg mengerti daku)

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. (hat ni jarang sbb anak2 kacau...ummi papa diamlah tidoq..duk sembang ja)
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. (alahai sedangkan lidah lagi tergigit.....) 

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi. (aduhhh camner nak tgk bola MU..wa tak minat dowh)


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. (tak pisah..berimpit je 4 beranak...hahahah)

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. (alhamdulillah....masih diamalkan)


12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
(ssangat selalu...he's my DBKL...habiskan semua makanan)

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. (ahah...banyak sangat dah kejutannn..)
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. (he's our joker)

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. (ingat selalu....)

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. (tudung shawl curtain..ke guane ieta? )

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. (Jgn pendam2 dalam hati...jgn berahsia)

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. (insya Allah)

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
 (Alhamdulillah...semoga diteruskan ke akhir hayat hendaknya)



Monday, February 20, 2012

5 tahun yang indah.....

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am home again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am whole again
 Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am young again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am fun again
However far away I will always love you
However long I stay I will always love you
Whatever words I say I will always love you
I will always love you


Alhamdulillah.....dah 5 tahun kami bersama....17 Februari 2007 - 17 Februari 2012.....syukur kami masih merasai cinta yang sama...dan bertambah syukur dikurniakan buah hati pengikat cinta...
tiada sambutan istimewa tahun ni..sebab saya bz mengemas untuk masuk rumah baru...insya allah..penghujung bulan ni...
so anniversary saya dihabiskan dengan proses pemilihan fabrik dan tempahan langsir....house cleaning (rumah baru dan lama)...serta basuh rumah baru....tapi petang anniversary...mr papa buat surprise bawak kek anniversary ke rumah baru...haiyyaaa...mmg sangat surprise...jenuh memikir nak makan camner...mmg ramai org bersama kami..tapi pinggan n sudu takde...cawan nak minum pun takde...mujurlah jiran kami merangkap office mate hubby tumpangkan rumah untuk lokasi potong cake..alhamdulillah...i'm blessed....
he's the one that i love...he wasn't my first love...but i'll make sure he'll be my true love and forever till Jannah...amin....

to my dear mr papa....i love you more everyday...:)



Monday, March 24, 2008

aku yang kau pilih






malam selalu panjang...
di waktu aku merindukanmu...
kau bisa menjaga aku...
hingga diriku merasa teduh...
aku seperti kamu..
menginginkan dan memerlukanmu...
karena kita tak mampu..
untuk selalu pergi menjauh...
kau jadikan aku ini..
wanita yang kau pilih...
untuk jadi kekasihmu...
dan kau pun tlah aku minta...
setia sepertiku... hingga waktunya tiba
aku percaya penuh...
kau kan buatku bahagia...
karena cinta tercipta...
datangnya dari dalam hatiku...

Entry yang sekian lama saya tangguh...hehhehe..banyak benda berlaku ditambah dengan kesibukan masa untuk upload gambar...17 Februari 2008, genap setahun usia perkahwinan saya dan hubby. Meskipun baru setahun menyulam cinta bersama, terlalu banyak kenangan yang kami kongsi dan lalui...saya bahagia memiliki dirinya dan saya berasa sungguh bertuah kerna menjadi wanita pilihannya...
Sungguhpun usianya muda, namun yang nyata hubby sangat matang dan bijak mengawal keadaan dan situasi terutama di kala keadaan saya yang sebegini...kadang kala tingkah laku saya sukar dikawal namun, hubby sering menggunakan kebijaksanaannya untuk memastikan setiap rajuk dan sedih saya diatasi...
Ternyata pilihan saya tepat. Dia LELAKI terbaik dalam hidup saya..hadirnya dia membawa sinar kebahagian...langit saya sentiasa biru dan cerah dengan adanya dia di sisi. Semoga hubungan ini akan terus mekar dan romantis selama2nya...
Untuk hubby tersayang : ``I really love you dear...thanx for ur love n care... mwaaaahhhh"

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin