aloo diamilikku... yang konon2 macam ko tu bagus sangat..... kalu nak jatuhkan perlis... ... apsal ko kerja kat perlis ... pergi la melingkup kerja kat kl ker london ker.... kat marikh ker jgn nak kerja kat perlis n jagn nak dok perlis kalu perlis nie lekeh sangat ...... yer la perlis nie cap ayam... tak der lane bowling pun... tapi kalu ader pun ... utk org2 cap ayam mcm ko nak main baik tak payah ada... buat abis duit perlis jer... dah ler tak reti main pas tu dok buat2 salahkan itu ini.... helllo kalau dah tak tau menari jangan salahkan tanah tinggi rendah plak... lagi satu ... kena tag handbag pun nak sebut pasal laki ko.... ko nie memang obses kat laki ko... agak2 kalu laki ko mati or kawin lain ko nie gila rasanya... eh .... tu pen highlight dlm handbag tu tak nak cakap laki ko yg beli???
sekian....
anak jati perlis
Pasal ayat di atas plak...salahke nak obses dengan laki sendiri??? ada saya kacau laki orang lain??? takde kann...suka hati saya ahh nak mention apa2 pun pasal hubby saya...mati ke kawin lain ke itu semua kerja Allah SWT...tapi selagi kita berpegang dengan iman dan takwa insya allah takdelah sampai gila kot...sedangkan sesama Islam pun Allah menyuruh berkasih sayang...inikan pula dengan suami sendiri...so saya harap artikel kat bawah ni dapat bagi sedikit maklumat dekat ANAK JATI PERLIS tentang kasih sayang menurut Islam...Selamat membaca....
KASIH SAYANG MENURUT ISLAM
Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat.
Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri. “
Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar, dengan penuh rasa simpati dan kasih sayang yang amat mendalam. Sifat pengorbanan juga jelas kelihatan di kalangan para sahabat yang sanggup berkongsi apa jua kesenangan dan kesusahan di kalangan mereka. Inilah faktor utama kewujudan sebuah masyarakat dinamik yang muncul di tengah Kota Madinah, walaupun
Jelaslah bahawa Rasulullah s.a.w telah dapat menyusun masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama dengan konsep kasih sayang dan tolerensi yang telah membawa satu kekuatan yang utuh. Kota Madinah pernah diserang oleh musuh, namun dengan semangat kerjasama dan pengorbanan yang tinggi, dapat ditangkis segala serangan tersebut. Kalau sebelum ini Kota Madinah telah dikuasai ekonomi dan maruahnya oleh orang Yahudi, maka kehadiran Muhajirin telah membantu umat Islam ketika itu meningkatkan taraf hidup dan pemikiran mereka untuk berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh. Akhirnya ladang dan harta orang Ansar yang tergadai ke tangan orang-orang Yahudi itu telah dapat mereka tebus kembali. Maka tepatlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain. “
Apabila kita meninjau akan kelemahan kita masa kini serta perpecahan yang berlaku ke atas umat Islam, puncanya ialah kita tidak lagi meletakkan semangat kasih sayang dalam pergaulan kita sehari-hari. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat dan negara Islam itu sendiri. Ini amat menguntungkan musuh-musuh Islam, lagi memudahkan mereka merampas hak dan tanah air kita dengan cara memperalatkan sesama kita. Malah dalam sejarah bangsa Melayu, pernah kita mengajak Inggeris, menyediakan kelengkapan perang untuk menjatuhkan sesama Melayu. Akibatnya negara kita dijajah.
Masyarakat yang kita harapkan ialah sebuah masyarakat yang penuh dengan semangat kasih sayang serta kerjasama, dapat mengembalikan maruah dan kekuatan perpaduan sesama Muslim. Apa yang penting ialah nilai-nilai kasih sayang perlu diberi perhatian utama dalam pembentukan sahsiah Muslim, seterusnya diserap dalam keluarga dan masyarakat kita.
Sifat-sifat keji yang menjurus kepada kebencian hendaknya kita hindari dari terus tersemat di dalam masyarakat kita. Antara sifat buruk itu ialah suka mencaci sesama Islam, mengadu domba, membuat fitnah dan sebagainya. Ini ternyata akan merugikan kita kelak dan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri melarang sifat buruk tersebut. Baginda dengan tegas telah menyatakan di dalam sabdanya yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk.” (Riwayat Tarmidzi)
Malah banyak lagi Hadis yang melarang segala sifat keji ini. Antara punca lahirnya sifat-sifat keji itu ialah:
1. Hilang rasa malu dan rendah diri kita terhadap segala perkataan dan perbuatan kita.
2. Meletakkan nafsu dan dorongan rasa benci terhadap saudara kita.
3. Rasa benci dan ketidakpuasan hati kita yang telah mengawal akal dan hati kita.
Akibatnya lahirlah satu gerakan yang bermula dari individu, seterusnya menjadi satu golongan yang besar yang membawa kepada rasa kebencian sesama kita demi kepentingan individu tertentu. Maka ketika itu mudahlah musuh mengeksploitasikan orang Islam untuk kepentingan mereka. Maka jatuhlah kerajaan dan negara umat Islam seperti di
Oleh itu marilah kita bersama-sama dengan semangat kasih sayang yang pernah menjanjikan kebahagiaan kepada kita dan melupakan segala kesengsaraan. Biarlah kita semai diri setiap kita dengan hati yang jujur lagi ikhlas, dengan ajaran yang murni semoga berkekalan hingga ke generasi anak cucu cicit kita seterusnya. Banyak tanggungjawab kita yang belum selesai dan sesungguhnya kebencian tidak pernah menjanjikan kebahagiaan kepada sesiapa pun jua.
Rumusan
Kasih sayang membentuk jiwa dan hati kita supaya menjadi halus dan suka kepada kedamaian dan kesejahteraan. Semoga semangat itu terus menjadi teras pembina akhlak anak kita di rumah. Biarlah cerita dan andaian ke arah kebencian antara kita dihentikan. Semoga tidak merosakkan hati kita dan anak-anak kita.
**FREE PALESTINE**
12 memo menunggu dibaca:
aiyarkkk...mmg nak kena ini lalat aka langau nih...kan, sukati la..blog kita nak tulis apa pun..bukan dok mengata kat dia ka..ishk ishk ishk
Suka baca tazkirah kau dik, berasas. Apa2 pun SYAbAR puji cara kau melemparkan pandangan, BERHEMAH BUKAN MENGUTUK.....
betui tu sone...ntah apa2 ntah...theme blog hang ni pun dh jelas berbunyi 'biarkan aku dgn duniaku'..dia x reti baca kot...ikut suka org la kan..sibuk pehal...
sabar ajelah...
rasa2nye, budak tadika pun boleh fikir lebih matang...huahaha!
yeahhh..betul2 umie.. org yg ngaku anak jati perlis tuh sendiri wat malu org perlis ngan perangai dia yg mcm lahabau neh.. dasar mulut longkang.. abaikan je.. kalo dia berani jumpe umie kat opis, genyeh mulut dia ngan cabai melaka.. sumbat 'burger kulim' alesha pon x pa jugak.. =P~
SiRibenMerah,
Saya ni anak jati Kulim, apasal nak sumbat dengan `burger kulim' alesha, taram ja burger yang famous kat sana la ni `Oblong Burger'. Sedap dimakan, sure tutup la mulut dia lepas tu... Barang baik, natijahnya juga baikkan.
kak syabar...
nak bgtau nih..tapi jgn terasa plak..
burger kulim alesha maksudnya pampers alesha...burger kulim tuh plak nama gerai burger yg sedap kat alor setar..disebabkan semua ahli family duk ketagih burger tu..ada sekali abah tanya..nih burger kulim alesha tak mau ka...(sambil pegang pampers)..semua ni gurauan kak..kang ada yang hantar komen tanpa nama lagi...
Kawan2..saya sungguh beruntung punya anda sebagai kawan...dan saya rasa tak rugi sikit pun kalau takde kawan mcm ANAK JATI PERLIS tu..terima kasih atas sokongan semua...
Gurau senda, penyeri kehidupan, stress release kot ya....
hahha..kan dah kena tazkirah..adoiiiyaaiii..D.E.N.G.K.I..
sifat manusia yang paling buruk...sudahla tanpa nama..kembali ke pangkal jalan..buat la blog sendiri ya..xpayah dok dengki2 kat org..huahua..ka xreti nk buat blog??mmg buta IT la jawabnya...dah la perut busuk, buta IT lak..adoii..patut la kurang kasih sayang..mmg sesuai tazkirah umie ni utk dia..
hahaha.. kak syabar, nnt mai alor star suh achik blanje burger kulim yek.. jgn marah nooo.. burger kulim tuh feberet we'ols.. hehehe =)
haaa....kasi hentam lagi...haha!
ayorkkkkk apa kena lalat aka langau tu.. kalau dah tak suka jangan la baca.... buat tambah dosa je sesuka nak kata org,.... org punya suka la apa dia nak tulis..... hmm ini olang pun ada ke...
kak su ignore je yerrr.... sembur ridsect je langau tu.. sabar ye kak...
Post a Comment