Showing posts with label journal myself. Show all posts
Showing posts with label journal myself. Show all posts

Thursday, February 15, 2018

SELEPAS 10 TAHUN



Tarikh ini;
10 tahun yang lalu;
saya meninggalkan dunia kerjaya yang paling saya cintai.
Membuat satu keputusan yang amat sukar dalam hidup;
hanya untuk berada di sisi seorang yang bernama SUAMI.
.
Pada ketika itu, keputusan langsung tidak didasari kewarasan akal;
sebaliknya lebih kepada mengikut kata hati yang ingin melayari mahligai cinta seadanya seperti pasangan lain.
Ada satu ketika terlintas di fikiran saya;
Jika dapat diundur masa;
jika ada keputusan yang boleh diubah;
pasti saya tidak memilih untuk berada di sini.
.
Itu dulu - kata hati seorang yang masih belum matang.
Yang sering membiarkan diri larut dalam kenangan;
yang melihat apa yang berlaku itu sewajarnya tidak begitu.
Kata hati saya yang mengenepikan ketentuan Allah.
.
Tapi kini, saya sedar.
Hadirnya saya di sini adalah mengikut perancangan dan izin Allah jua.
Semuanya berlaku mengikut qada dan qadar yang telah tertulis sekian lama.
Benarlah, setinggi dan sehebat mana pun perancangan manusia tidak akan bisa mengatasi percaturan Dia yang satu!
.
Seperti lagu M. Nasir;
lihat dunia dari mata burung,
Atau lihat dari dalam tempurung
yang mana satu engkau pilih?
.
Bersyukurlah untuk semua nikmat kurniaan Allah.
pasti bahagia akan menjadi milik kita.




Tuesday, January 30, 2018

M.I.M.P.I


Kata orang mimpi itu mainan tidur.
Tak usah di layan syirik jadinya.
Tak ada niat saya untuk melayan mimpi2 ini, cumanya bila;
bermimpikan sesuatu yang agak menggerunkan.
.
Situasinya saya sedang berjalan2 di hadapan jalan rumah abah,
dengan tiba2 kawasan tersebut dipenuhi ular.
Yang pelbagai bentuk, saiz dan warna.
Yang datangnya dari pelbagai arah menuju kepada saya yang mana akhirnya ular2 tersebut memanjat tubuh saya.
.
Sungguh saya gusar - apakah ini petanda Allah azab yang bakal saya terima kelak;
sering dalam pembacaan balasan2 Allah berbentuk binatang berbisa ini ada.
.
Kejadian mimpi ini saya ceritakan kepada Mr. Papa dan anak2 pun ada berdekatan bermain.
Tak saya menyangka, kejadian mimpi itu diceritakan Alesha kepada ustaz di sekolahnya.
Yang kemudiannya bila balik ke rumah Alesha menjelaskan maksud mimpi tersebut dari tafsiran ustaznya.
Yang antara lainnya bermaksud - ada orang sedang berusaha dan mencuba untuk melakukan sihir
.
Sihir.
Nauzubillah.. moga Allah lindungi.
Tiada sedikit pun niat untuk mempercayainya.
Kepada Allah jua saya berserah.
.
Aamiin.




Tuesday, January 23, 2018

W.A.N.I.T.A


Saya masih tak boleh hadam kejadian tular wanita semalam tu.
Serius saya kesian.
Dengan mendukung anak kecil, phisically she's okay.
Tak gemok, takdelah tak cantik.
Entah apalah yang ada dalam fikiran si suami. Nauzubillah.
.
Saya bukan penentang poligami.
Kahwinlah dua atau tiga sekalipun sekiranya mampu.
Pakcik saya sendiri beristeri lebih seorang. Tapi dari segi kewangan memang dia lebih dari mampu.
Cuma dari segi didikan dll. Saya kira banyak yang terabai.
Dan satu prinsip saya - kalau betul-betul hendak, berkahwinlah dan halalkanlah.
.
Saya cukup pantang lelaki yang dah beristeri dan mempunyai kekasih gelap di belakang isterinya.
Dan kepantangan saya juga apabila ada yang bersekongkol menghalalkan perbuatan tersebut.
Terutama bila yang bersekongkol itu kenal baik si isteri.
Nampak tak pengkhianatan yang terang-terangan??
.
Wanita ni darjatnya cukup mulia.
Allah menyuruh setiap dari kita memuliakan wanita.
Ibu diberikan penghormatan tiga kali berbanding ayah.
Makanya seorang suami yang punya isteri yakni ibu kepada anak2nya - wajar dihormati.
Tapi kalau lelaki atau suami tadi lebih suka berhubungan tidak halal.
Untuk apa lagi wanita itu perlu setia.
.
Perkahwinan - akad - ijab dan kabul.
Perjanjian sang suami untuk bertanggungjawab menjaga isteri dan seterusnya keluarga.
Jika perjanjian itu telah dikhianati apa masih perlu setia?
Orang akan melihat tulisan saya sebagai - benda tak jadi dekat kau senang lah cakap.
Tapi saya masih berpegang kepada sayangkan suami tu berpada-pada.
Selagi dia masih suami ayah yang bertanggungjawab - setia dan menjaga hubungan perkahwinan dengan baik sayanglah sepenuh hati.
Tapi kalau sedah sebaliknya - janganlah direndahkan martabat wanita untuk merayu sang suami.
Unless beliau taubat dan insaf sepenuhnya untuk tidak mengulangi.
Sebabnya banyak lelaki yang kantoi minta maaf pujuk dan belai maka cairlah isteri.
Dan teruslah memaafkan dan menganggap yang salah ialah wanita kedua yang hadir.
Sedang kita tak tau di belakang sang suami masih berhubungan secara rahsia ibarat pasangan asyik bercinta.
.
Moga Allah pelihara mahligai perkahwinan yang saya bina dan jauhkan kami dari ujian sebegini. Aamiin
.



T.U.L.A.R ataupun V.I.R.A.L

Tular merupakan istilah yang boleh dikatakan menghantui hidup masyarakat kini.
Perkara positif ditularkan untuk kebaikan.
Yang negatif pula ditularkan kononnya untuk pengajaran.
.
Tapi betulkah orang melihat tular itu dalam konteks yang begitu?
Seperti yang saya coretkan semalam, manusia hanya ingin melihat apa yang matanya suka dan mendengar apa yang telinganya mahu dan bercakap apa yang mulutnya utarakan. Tidak pernah (atau jarang) ada manusia yang memberi pemahaman mengikut kehendak individu yang bercakap. Betul kan??
.
Yang paling saya yakin, dalam banyak2 tular..tular yang membuka aib orang lain yang paling banyak menghiasi media sosial dan mengundang komen2 netizen yang pelbagai termasuk menjatuhkan hukum.
Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman bekerja di sektor media konvensional, saya amat mengutamakan ETIKA. Etika dalam perkongsian di media sosial atau pun etika dalam menyalurkan apa2 berita dan maklumat. Baik di saluran media sosial rasmi atau peribadi.
Meskipun ia sering dikaitkan dengan hak asasi manusia namun yang paling utama bagi saya - belajar menghormati hak dan peribadi orang lain.
.
Seperti semalam, kecoh di media sosial seorang wanita menampar suami yang ditangkap bersama seorang gadis di sebuah mall.
Ianya pada asalnya hal dalaman wanita terbabit - cuma yang salahnya ia berlaku di tempat awam.
Perkara kedua yang salah ialah apabila ada yang merakamkan dan menularkannya.
Nampak tak?? Bilamana tular menguasai minda kita kadangkala gagal untuk menafsir dan bertindak secara rasional.
.
Wanita (baca mangsa) dalam kes tersebut sedang dalam amarah.
Tindakan yang dilakukannya juga adalah tindakan refleks apabila amarah menguasai diri.
Syaitan memulakan aksi mencucuk jarum - sehinggakan minda tidak rasional.
Maka berlakulah adegan seperti di dalam video.
Tetapi individu yang menjadi perakam itu sepatutnya lebih rasional.
Mencuri merakam dan menyebarkan rakaman itu adalah satu kesalahan.
Entah apalah yang ada dalam fikiran individu tersebut sewaktu bertindak merakam dan menyebarkannya.
Wallahualam.
.
Konklusinya. Kita perlu ada etika.
Hentikan sesuatu yang melanggar hak orang lain.
Pokok pangkalnya pada diri kita.
Tindakan kita yang menentukan kematangan dan pemikiran kita.
.
Psst - balik ke asal. Didikan mak ayah dah sempurna untuk ajar kita bezakan mana baik dan mana buruk.



Monday, January 22, 2018

W.I.S.H.L.I.S.T 2018

Bila bermulanya tahun baharu maka bermulalah azam baharu.
Menjelang usia 40 tahun ni, satu benda yang saya sedar - saya tidak menginginkan sesuatu yang fizikal/barangan.
Mr Papa belikan beg Prada masa birthday pun dah tak rasa apa.
Walaupun dulu menginginkan ia tapi bila dah dapat rasa..Ya Allah membazirnyaaaa.
Entahlah. rasa macam apa yang paling dikehendaki sekarang adalah MASA.
Masa untuk bersama keluarga.
Masa untuk diri sendiri.
Masa untuk bersenang lenang selepas waktu kerja.
Masa untuk mendekatkan diri padaNya.
.
Banyak dah masa saya yang terbuang sebelum ini.
alpa, lalai leka.
Syukurlah Allah masih izinkan bernafas. Kalau dicabutnya nyawa waktu skrg?
Adakah dah besedia di sana?
.
Kalau orang baca orang kata macam bagus ja tulis.
Well..kita tak akan dapat puaskan hati sesiapa pun.
Hati kita hanya kita yang tau yang rasa.
Lantaklah apa orang nak kata kan. Yang penting bila kita rasa nak buat macam tu kita buat sahaja.
Orang suka dia terima kita, orang tak suka kita duduk ja diam-diam.
.
Dan menjelang usia 40 tahun ni juga saya mula merasakan kualiti KAWAN adalah lebih penting dari kuantiti.
Ada yang berjauh hati, ada yang berdengki, ada yang depan lain belakang lain tu bagi saya dah tak berapa nak utama.
Sebab dalam apa juga keadaan dan situasi kita tahu siapa yang kita boleh menumpang kasih dan sayang.
Kawan mana yang akan ada dalam susah dan senang kita.
Kalau orang nak kata kera sumbang sebab tak berkawan pun biarkanlah.
Kawan tak semestinya ada dan sentiasa bersama kita setiap masa.
Biar jauh di mata, yang utama kita sentiasa ada dalam doa mereka2 yang ada di hati kita.
.
Wishlist tahun ni juga nak amalkan gaya hidup sihat.
Bukan untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan.
Tapi lebih kepada nak memastikan kesihatan sentiasa di tahap yang terbaik.
Alesha tahun ni 10 tahun, Aisy pula 9 - harapannya dapatlah bertahan hidup lebih lama nak tengok keduanya membesar dengan sempurna, jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
.
Aurat - pun nak ditingkatkan. Slowly but surely kata orang.
Insya Allah.
.
PhD - hurm. not this year i guess.
Sebab ada satu wishlist paling utama yang diinginkan tahun ini.
dan moga Allah makbulkan dan izinkan ia berlaku.
Aamiin.
.
Pssst - hidup adalah berdasarkan aturan kita. Hentikan memikirkan ia dari sudut pandang orang luar.




R.E.Z.E.K.I

Sesuatu yang terlalu subjektif untuk diperkatakan.
Ada orang melihat rezeki itu pada nilaian duit semata-mata.
Namun hakikatnya rezeki itu pelbagai.
Datang dalam pelbagai bentuk/takrifan/kurniaan yang kita tak terjangkakan.
.

Image result for rezeki

Seperti ayat di atas.
Rezeki itu ujian Allah. Kadang kita nampak mewah tapi apakah kita dipandang Mulia di sisiNya?
Kadang kita lihat ada orang yang rezekinya sempit. Tapi hidupnya jauh lebih bahagia dari kita.
.
Nampak tak?? Kalau Allah tak bagi bukan bererti Allah tak sayang.
Kalau setiap yang diinginkan tak dipenuhi bukan bererti Allah tak izin.
.
Pegang satu sahaja - Allah akan bagi pada masa dan ketika yang Dia kehendaki.
Kalau dapat bersyukurlah.
Kalau tak dapat Sabar dan redhalah.
.
Dan bagi saya - Saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan suami yang penyayang. Suami yang ringan tulang membantu di rumah. Suami yang sentiasa menjaga hati isterinya yang kuat cemburu, yang suka merentan ini.
.
Saya juga bersyukur dengan puteri putera kesayangan. Yang Alhamdulillah sentiasa dalam tahap kesihatan yang baik, yang dipermudahkan urusan menuntut ilmu keduanya.
.
Psssst : Maka nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan?


Wednesday, September 3, 2014

Review Wishlist 2014

2014 dah melangkah ke bulan kesembilan...entry tahun ni boleh je dikira berapa ... sungguh pemalas to the max.... haishhh laaa... apa nak jadi ntah...bukan tak sayang blog nih..selalu ja masuk baca entry lama....tapi nak aktif macam dulu memang tak lahhhh...nak2 dah ada insta tuh kan.. dah jadi diari baru dah insta tu...

So bila dah baca2 entry lama terview entry wishlist...ada 5 wishlist mega yang disenaraikan... Alhamdulillah...3 darinya dah dimakbulkan... syukur sesangat...

Pastinya kenangan wishlist 1 - Menunaikan umrah paling meninggalkan kesan yang cukup mendalam di lubuk hati...saat menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi...air mata tak henti2 mengalir...sayu je rasa..Ya Allah...dapat juga peluang yang sekian lama didambakan... Bila tiba di Masjidil Haram..saat menunaikan umrah yang pertama...Subhanallah... sungguh indah terpukau mata memandang.... will update entry in umrah later..Insya Allah...

Wishlist no 2 - beli mixer...hurmmm masih belum diizinkan..sebab tahap kemalasan membaking adalah tinggi so merasakan ia bukanlah keperluan lagi untuk masa ini.. hahahahahha

Wishlist no 3 - Vacuum cleaner..alhamdulillah mr papa belikan hadiah awal2 tahun dulu...agaknya mr papa baca blog saya yang tulis wishlist tu...hahahahhaha..tq so much husband...

Wishlist no 4 - menambah zuriat... juga belum diizinkanNya..terus berdoa dan berusaha..moga diberikan peluang melalui pengalaman itu sekali lagi..

Wishlist no 5 - Bawak anak2 holiday naik flight - alhamdulillah..dah dimakbulkan...Kota Kinabalu Sabah pilihan kami... hoyeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... tahun depan kita buat wishlist lain plak... angan2 nak buat garden kat rumah laaa...







Wednesday, January 15, 2014

DAH TAHAP WAJIB .....


Bismillahirrahmanirrahim....

Dalam hidup ni takde sesiapa pun yang nak hidup dengan adanya penyakit menyinggah....tapi dalam hidup juga kita kena terima hakikat yang perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya...sakit yang diberi pasti ada sebab musababnya... sama macam saya... tahun 2013 meninggalkan kenangan yang cukup sedih dan pahit buat saya bila mana pemeriksaan doktor mendapati sebelah buah pinggang saya membengkak 3x ganda dari saiz asal.... sebagai manusia biasa saya agak sukar untuk menerima hakikat tersebut...lantas mengambil keputusan untuk berubat secara kampung....tapi tak ada hasilnya...maka bulan Mac 2013 saya terpaksa menyerah diri untuk dibedah....perasaan sebelum masuk ke bilik pembedahan tu hanya Allah SWT yang tahu...keluar masuk toilet...ya allah...rasa nervous...susah la nak explain....lebih kurang jam 9 masuk ke bilik pembedahan....masuk2 terus dibius dan saya tak sedar apa sehinggalah jam 6.30 ptg hari yang sama...operation mengambil masa 5 jam setengah....sedar2 je yang pertama..syukur sangat2 sebab dapat bukak mata terus lihat dunia....bernafas dengan bantuan oksigen...ditempatkan di HDU untuk observation 48 jam.....maka bermulalah kehidupan saya dengan hanya berbekalkan satu buah pinggang....dan secara berkala perlu melakukan ujian darah untuk memastikan satu2nya buah pinggang yang ada ini dapat berfungsi dengan baik ke penghujung nyawa saya..

Namun seperti yang saya katakan tadi...hidup kita adalah percaturan Allah..dan sekarang masalah pasca pembedahan saya yang pertama ialah kadar kolestrol yang tinggi...

                           

Untuk mengatasinya saya terpaksa menghadap menu sihat yang tak pernah lalu dek tekak saya ni...tapi satu kekuatan saya...bila dalam keadaan TERPAKSA...saya akan makan apa sahaja yang saya tak lalu atau x pernah makan...contohnya..saya tak suka sawi..tapi dalam pantang saya tetap makan sayur sawi....saya tak suka timun...tapi kalau balik terengganu timun dibuat sayur lemak kuning..saya tetap ambik makan....saya juga tak suka ulam2an yang pahit...tapi kalau ianya perlu untuk pulihkan sakit saya telan jua....begitulah jugak dengan oat ni...walaupun dah banyak komen sana sini yang tulis kata oat tak sedap...tapi untuk menjaga kolestrol dalam badan saya...terpaksa saya telan juga...tapi bila dah mula makan..rasanya okay jer pun..jom sama2 kita jaga diri kita sebelum sakit mula menyinggah :)


Semoga istiqomah lah hendaknya ....


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 13, 2014

Welcome 2014


Alhamdulillah...masih dipanjangkan usia untuk merasai udara di tahun 2014...masih diberikan kesempatan untuk bersama dengan yang tersayang....merasai dan memberi kasih sayang....syukur...dan tahun ini genap 10 tahun saya berblog... - bermula dengan blog friendster sebelum beralih ke blog dunia cinta saya (yang telah didelete) dan akhirnya blog ini - DIAMILIKKU yang didedikasikan khas untuk suami tersayang...yang juga merupakan pembaca tetap blog saya walau tanpa entry baru... justeru sebagai menghargai suami..insya allah tahun ini saya akan berblog dengan lebih rajin....



Gambar pertama saya dan mr papa selepas 12 hari kita berada di tahun baru...baru nak merasa percutian keluarga selepas mr papa sibuk berkursus dari tahun 2013 sampai 2014... nampak macam lama jerrr kannn...sebenarnya tak lama mana pun...dari 25 Disember sampai 9 Januari...makanya last weekends kami ambil peluang untuk bawak anak2 bercuti pendek - istilah cuti bagi anak2 ialah tidur hotel..mandi swimming pool..makanya itulah yang dibuat..check in hotel Park Avenue Sungai Petani...mandi kolam..main boling..makan2 jalan2... esoknya check out selepas breakfast.... asalkan anak2 happy konsepnya....

So sempena melangkah tahun baru ni...saya takde azam...tapi ada beberapa wishlist...nak tau??? jom....teruskan membaca...

WISHLIST NO 1


Saya berhasrat nak tunaikan umrah tahun ini...insya allah...sedang berusaha untuk memastikan impian ini tercapai sebelum penghujung tahun ini...kalau tak tercapai akan terus dibawa ke tahun tahun hadapan...tapi hati ni nak sangat2 ke sana...semoga dimakbulkan hendaknya....

WISHLIST NO 2


Ni bukan keperluan...tapi kehendak...makanya kalau dapat seronok..tak dapat pun takpe...tapi sebenarnya teringin sebab nak asah semula skill baking yang dah lama tinggalkan... (lama bermaksud lebih dari 10 tahun) dan memang tak ada skill dah rasanya... sebab apa teringin nak ada sebab anak2 terpengaruh dengan cerita cupcake strawberry so duk ajak ummi buat cupcake...dan ummi selalu bagi alasan takde mixer...so kali ni memang nak usahakan jugak...boleh je nak beli yang stand mixer tapi biasalah kehendak yang melampau...nak juga yang canggih manggih konon nak profesional lah kannnn.... fefeeling masterchef sangat...

WISHLIST NO 3
Haaa... ni kategori keperluan...wanita berkerjaya seperti saya amat perlukan bantuan2 seperti ini untuk memastikan rumah kekal bersih dan selesa untuk pembesaran anak2...memandangkan saya agak buta bab2 vacuum cleaner nih...makanya saya hold dulu keperluan ini sampai dpt survey dari keluarga/rakan2/sahabat handai ...

WISHLIST NO 4


kalau diizinkan allah....nak juga tambah bilangan anak...saya bersyukur dikurniakan sepasang anak tapi rasa sunyi bila anak2 semakin membesar...naluri terasa ingin nak bermain dengan baby...semoga allah kurniakan saya rezeki yang satu ini... ameen

WISHLIST NO 5


Nak menunaikan impian anak2 untuk naik aeroplane...kakak dah 6 tahun adik pula dah 5 tahun...so rasanya dah bersesuaian nak bawa bercuti...insya allah....bagi menyokong sektor pelancongan negara dan bertepatan dengan TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014... makanya destinasi percutian kami cukuplah dalam Malaysia untuk tahun 2014 ni...ada rezeki kita holiday oversea ye anak2....

Sekian 5 wishlist saya yang MEGA....yang kecik2 ada banyak lagi....tapi yg tu let me keep it to myself.... yg ni sebab memerlukan dana yang agak besar..makanya kena masuk wishlist dulu.... :)

Selamat tahun baru semua..semoga tahun 2014 ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya... :)



Friday, March 29, 2013

DOAKAN SAYA


Assalamualaikum WBT...

Saat entry ini dipublish....saya mungkin sedang berada di dalam dewan pembedahan...
Mengambil keberkatan Jumaat untuk menjalani pembedahan untuk membuang buah pinggang di sebelah kanan...
Tak pernah saya coretkan di blog....tak pernah saya ceritakan secara terbuka...
Namun saat ini..saya pasti saya mengharapkan doa dari semua rakan2 saya...
Doakan pembedahan ini lancar...
Doakan saya tidak mengalami sebarang komplikasi....
Doakan saya kuat untuk melawan sakit ini...
Doakan usia saya panjang....

Tolong doakan saya ya... Saya mengharap sangat2.....  



Monday, March 18, 2013

Salam Mac 2013 untuk Semua



Menghabiskan hujung minggu di Shah Alam bersama sahabat2 yang sentiasa ada di kala suka dan duka saya sepanjang saya di Shah Alam sejak tahun 2006-2008 ...
rakan-rakan wartawan dan rakan PR yang selalu menghiburkan hati saya yang gundah..meski tak complete semuanya setidak2nya saya berpuas hati dengan pertemuan singkat ini...

Moga Allah izinkan dan beri peluang untuk perjumpaan seterusnya....

 Lelaki ini sentiasa di sisi saya...
lelaki yang menjadi pujaan hati saya...
moga allah panjangkan usia pernikahan kita...
moga allah satukan kasih sayang kita hingga ke syurga...
Love akan tetap sayang abg hingga ke hujung nyawa love...


 Anak2 ini pula sentiasa membahagiakan saya..
moga allah beri saya kesempatan untuk melihat anak2 ini membesar...
moga Allah sentiasa pelihara iman anak2 ini..
agar mereka menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat...

Saya sayang anda semua sangat2....
 Asmarians - Sayang hampa semua 
Rakan-rakan blogger ... saya juga sayangkan anda semua...
Doakan saya selalu ya...




 

Wednesday, January 2, 2013

Ahlan Wasahlan 2013

Alhamdulillah... selepas setahun berperang dengan segala perasaan suka duka tawa ria gembira sedih sayu pilu sentap marah kecewa kecik hati terkilan (pendek kata semua rencah rasa dirasai lah..secukup rasa konsepnya) maka akhirnya tahun 2012 melabuhkan tirainya...
Walaupun penghujung tahun 2012 dikhabarkan dengan berita yang merentap naluri kewanitaan saya..namun saya memandang semua itu dari sudut yang positif... Allah tak akan menguji HambaNya sekiranya Dia tahu hamba itu tidak mampu untuk menanggung beratnya ujian...
Alhamdulillah saya sambut tahun 2013 dengan rasa yang cukup positif...rasa betapa diri ini segar dan lebih bersemangat dari biasa...Walaupun di malam tahun baru anak2 demam tahap tertinggi 39'c...muntah2...hidung berair...namun semuanya saya anggap sebagai ujian awal tahun..
Makanya prpses pendaftaran kedua-duanya ke taska dan kindy saya tangguhkan dahulu sehingga kedua-duanya sembuh sepenuhnya.


Dan atas sebab itu jugalah..saya telah mengubahsuai bilik pejabat saya untuk lebih segar...
Untuk dapatkan mood baru orang kata...
Takde buat apa2 pun..just reorganize dan rearrange perabot dalam bilik...
Yang pasti wajah2 kesayangan tetap kena ada di pejabat untuk membangkitkan rasa semangat membuat kerja...ehhh tipu... mana ada gambar Aisy lagi... errr...
Hari ni kena print gambar barulah..hehehhehe

So to all readers....
HAPPY NEW YEAR 2013...
Semoga tahun ini lebih baik buat kita dan yang paling penting semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.



Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami di dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa dan kesalahan kami, dan dosa serta kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kecil.
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Enkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat. Dan peliharalah kami daripada azab siksaan api neraka.Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah cintaku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku dan satukanlah cinta kami dalam mencintaiMu dan di atas kecintaanMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang daripada yang menyayangi.Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan pergi dan pulang suamiku, dekatkanlah rezeki yang suamiku cari, kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang, dan hindarilah suamiku dari kasih sayang wanita-wanita lain. Aku insan yang lemah Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mampu untuk kehilangan suami yang aku cintai, maka Engkau bantulah aku Ya Allah, suburkanlah kasih sayang antara kami, dekatkanlah hati kami dan bimbinglah kami ke jalan yang engkau redhai. Kau bantulah suamiku Ya Allah, ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku dari teringin atau menyukai sesuatu yang Engkau tegah. Jauhilah suamiku dari godaan dunia Ya Allah dan cenderungkanlah hatinya kepada apa yang engkau Ingini Ya Allah. Sesungguhnya aku bukanlah isteri yang terbaik Ya Allah, tetapi aku akan beruasaha untuk menjadi yang terbaik. Kau kuatkanlah hatiku Ya Allah agar aku dapat menjalani kehidupan berumahtangga ini dengan penuh kesabaran dan kebahagiaan.
Ya Allah, aku serahkan kedua-dua anakku, Daniya Alesha dan Aisy Mifzal di bawah perlindunganMu agar jauh dari hasutan dan gangguan Syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh dengan sifat dengki. Ya Allah, berkatilah anak-anakku, jangalah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah aku ketaan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan juga buah hati kami sekeluarga. Ya Allah, kau akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang Soleh dan Solehah, yang beriman kepadaMu Ya Allah, serta kau permudahkanlah segala urusan pembelajaran mereka agar mereka dapat mempelajari ilmu-ilmu baru. Kau kurniakanlah kepada kami anak-anak yang pintar Ya Allah agar mereka mampu menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Kau bantulah kami Ya Allah dalam memberi didikan terbaik kepada mereka berlandaskan syarakmu Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk kami sekeluarga. Dari itu Ya Allah, aku berserah kepadaMu untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.




Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, May 21, 2012

Lama Sudah Menyepi

Saya akui saya amat tidak adil pada blog ini....
Membiarkan ia sepi tanpa sebarang updates...
Sebenarnya saya amat sibuk sekali....
Terlalu sibuk dengan urusan rumah yang masih tak berkesudahan...
Sibuk dengan urusan kelas...kerja dan juga anak2....
Akhirnya terbiarlah sepi begitu sahaja....

Ampun maaf dipinta...saya akan cuba kembali aktif...insya allah....




So untuk entry ini...pemanas badan kata org...
Saya lampirkan wajah2 kesayangan saya....
Untuk tatapan readers semua....
Anak2 saya dah semakin membesar....
Semakin petah berdebat dan berbahas....
Macam alesha ayat paling disukai...."apa ummi cakap mcm tu dengan anak2....ummi tak sayang anak2 ke"....~ ayat ni keluar kalau dia kena marah dengan kita....last2 kita yg sentap balik.....tapi sesentap manapun...nilah penawar hati saya.....




Aisy pulak as usual...dalam pelat masih riuh berbicara....manja semakin menjadi2....agaknya sebab dah nak masuk 3 tahun this year...dan masih terus dimanjakan dek sbb ummi tak diberikan rezeki lagi untuk menambah ahli keluarga....so sikit merajuk...menangis...mengalahkan kakak rajuknya.....

Okaylah...cukup dulu untuk kali ni.....selamat bertemu kembali kengkawan...insya allah lepas ni saya tinggal jejak di blog kengkawan yer....selalu baca je sbb kadang2 tak cukup masa nak menulis komen...ekekekekekke....alasan baik punya....

Terima kasih kepada pembaca setia yang menghantar pesanan...."blog sudah tak adavpenulis ke?" kiriman msg itu menyedarkan saya untuk menyapu sawang dan membuang lalang....untuk kali ini....ahhahahahaha...dan saya tak pasti seberapa lama entry ini akan menghuni dikedudukan atas page....kalau saya rajin maka cepatlah entry ini ke bawah...vice versa...

Adios.......


~Diamilikku~

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 22, 2012

Menghargai Yang Gemilang

Last tuesday night...diadakan majlis Anugerah Seri Gemilang...
khusus untuk menghargai staf yang cemerlang dan gemilang di opis saya...
dan untuk memeriahkannya...
penyanyi lagu GEMILANG diundang sebagai artis jemputan...
Dan saya - staf yang tidak cemerlang dan gemilang tahun ini...
tak melepaskan peluang bergambar bersama...
bukan sebab minat pun...
tapi saja sbb tgk semua AJK duk bergambar...

mak pun nak jugak la nokss...ahaksss....

"Kini gemilang itu semakin hampir ku genggam"

~ Semoga Allah permudahkan semua perjalanan hidup saya selepas ini.......~
*Amin*






Wednesday, March 21, 2012

Saya glamer lepas dapat RESULT SPM




Cemerlang tak cemerlang result saya..sampai boleh keluar paper ahh...
siap pegang handphone besaq bagak yang baling anjing pun mati...
kau ada ???
kau mampu??
 hahahahahahahhahah

Gila aahhh...tgk caption meremang bulu tengkuk...
konon hebat sangat...
padahal semua tu propa..lakonan semata2....
agaknyalahkan saya ni dilahirkan sebagai seorang insan yang disukai ramai...
photographer tu sekali pandang saya terus nak ambil gambar saya...
hahahahahahahahha..
walaupun saya kata..result saya teruk bang...
dia cakap takpe..nanti abg cr handphone..kita berlakon kasi gempak sket...
dan terus lah geng2 saya masuk sekali...semua nih bff saya...
result kami semuanya agregat dua digit....tak main aahh satu digit...(owhh ya zaman saya agregat yerrr)...
Tapi alhamdulillah sekarang semua dah menjadi manusia yang berjaya...

miss you guys muchoss laaah....
asmarians always the best :)

* bila saya keje reporter..saya tunjuk gambar nih kat abg photographer yg ambik nih kannn..dia terus gelak berdekah2...."tersuka" katanya...hahahahahahah*

Wednesday, December 21, 2011

Sumpah tak minat Apex...tapi saja....

Boleh tak nak buat tajuk gitu?? hehehehhehe
apa yang tak minat...dan apa yang saja...
sampai bersumpah2 bagai nih....
yang pasti sumpah ni sumpah boleh pakai..bukan sumpah yang dipaksa2 dan berlakon2 sumpah ye...

Okaylah...awal bulan 12 ni kan saya dua kali travel ke KL..atas urusan rasmi pejabat...dan kedua2 kali itulah saya terjumpa selebriti...selebriti sukan dan jugak artis komedi...sumpah saya tak minat pun diorang nih...tapi sebab diorang nih glamer dan ramai peminat which is among orang2 yang disekeliling saya...so saja je lah ambik gambar..dengan niat nak show off - boleh??? Ya Allah ampunkan dosaku...heheheheh :)


Nih la insan2 glemer yang saya jumpa....
Nabil Raja Lawak dan dua pemain bola Harimau Muda yang paling glemer untuk season ni...
Siapa lagi kalau bukan FahmiApex dan Nazmi Faiz...
saya tak minat pun dua2 player ni...saya minat player lain...tapi mcm yang saya kata tadi..saja ja bergambar sampaikan ada org hantar sms "kakak bukan minat pun dia..." hahahahahhahaah.
dah memang suka menyakat orang nak buat macam mana..gunakanlah kesempatan yang ada...
so kepada peminat mereka bertiga..layankan gambar nih jgn marah yerrr :)



Monday, October 31, 2011

HELP...TOLONG


HELP...TOLONG....

Kenapa saya tak leh view blog saya ehh...bila click
http://diamilikku.blogspot.com
terus keluar page cannot be displayed...
dah sekian lama dah....
nak baca blog kengkawan pun susah...
lepas tu saya try post entry guna BB pun x masuk...
hwaaaaaaaaaaaaaaaa...
dah le saya kurang update...
bila jadi macam ni tensennya rasa.....
ada sesapa boleh tolong??

boleh emel saya di : suhana.mutalib@gmail.com

bantuan anda dinantikan...

notajari : saya dah tru buka guna IE, Chrome, Mozilla tapi semuanya tak boleh
End up blog saya kuar gini jer...
tak boleh browse apa2 melainkan entry separuh itu semata2....








Monday, October 17, 2011

Never Say Never

 Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...
Saya buka entry baru minggu baru dengan semangat baru...
The Karate Kid membuka minda saya...
menenangkan hati dan jiwa raga saya...
Fighter takkan mudah mengalah...
Saya tonton cerita ini dengan *myotherhalf*  tahun lalu...
dan kebetulan cerita ini diulang tayang di Astro HBO...
Dan kesannya cukup terasa....
"Your focus needs more focus"


Hanya dengan fokus...
hanya dengan kekuatan minda dan jiwa...
semangat akan membara...seperti kata mr han...
 
 
Chi. Internal energy. The essence of life. 
It moves inside of us. It flows through our bodies. Give us power from within.

I will never say never
I will fight
I will fight till forever!
Make it right
Whenever you knock me down
I will not stay on the ground.
Pick it up, pick it up, pick it up,
Pick it up up up and never say never

Walau kaki dihentak kuat...
walau musuh bertindak jahat...
walau kekejaman bermaharajalela...
semangat perjuangan takkan meluntur...
Insya allah....

You have taught me very important lesson, Xiao Dre.
Life will knock us down, but we can choose whether or not to stand back up.

Dan kemuncak kebangkitan semangat ialah pada sesi akhir pertarungan...
yang membuatkan saya tersentak dan tersedar...
Perjuangan kita belum selesai...
saya kongsi sebahagian petikan itu di sini..
mungkin untuk jadi kebangkitan buat kawan2 yang sedang terduduk kehampaan...
ayuh bangkit semula...perjuangan harus diteruskan...


Dre Parker: Do you think I could've won?
Mr. Han: Win or lose doesn't matter, Xiao Dre.
Dre Parker: You know that's not I mean.
Mr. Han: Yes. I think you had a good chance.
Dre Parker: So let's do the fiery cup thing.
Mr. Han: You don't need to fight anymore. You have proven everything you need to prove.
Dre Parker: What, that I can get beat up easy and then quit? That's not balance, that's not real kung fu. You said that when life knocks you down, you could choose whether or not to get back up. Well, I'm trying to get back up, and why won't you help me?
Mr. Han: Because I cannot watch you get hurt anymore.
Dre Parker: Please, Mr. Han, please.
Mr. Han: Just tell me, Xiao Dre, why? Why do you need to go back out there so badly?
Dre Parker: Because I'm still scared. And no matter what happens, tonight, when I leave, I don't want to be scared anymore. 
 
Peace all !




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin