Showing posts with label feelings. Show all posts
Showing posts with label feelings. Show all posts

Monday, January 22, 2018

W.I.S.H.L.I.S.T 2018

Bila bermulanya tahun baharu maka bermulalah azam baharu.
Menjelang usia 40 tahun ni, satu benda yang saya sedar - saya tidak menginginkan sesuatu yang fizikal/barangan.
Mr Papa belikan beg Prada masa birthday pun dah tak rasa apa.
Walaupun dulu menginginkan ia tapi bila dah dapat rasa..Ya Allah membazirnyaaaa.
Entahlah. rasa macam apa yang paling dikehendaki sekarang adalah MASA.
Masa untuk bersama keluarga.
Masa untuk diri sendiri.
Masa untuk bersenang lenang selepas waktu kerja.
Masa untuk mendekatkan diri padaNya.
.
Banyak dah masa saya yang terbuang sebelum ini.
alpa, lalai leka.
Syukurlah Allah masih izinkan bernafas. Kalau dicabutnya nyawa waktu skrg?
Adakah dah besedia di sana?
.
Kalau orang baca orang kata macam bagus ja tulis.
Well..kita tak akan dapat puaskan hati sesiapa pun.
Hati kita hanya kita yang tau yang rasa.
Lantaklah apa orang nak kata kan. Yang penting bila kita rasa nak buat macam tu kita buat sahaja.
Orang suka dia terima kita, orang tak suka kita duduk ja diam-diam.
.
Dan menjelang usia 40 tahun ni juga saya mula merasakan kualiti KAWAN adalah lebih penting dari kuantiti.
Ada yang berjauh hati, ada yang berdengki, ada yang depan lain belakang lain tu bagi saya dah tak berapa nak utama.
Sebab dalam apa juga keadaan dan situasi kita tahu siapa yang kita boleh menumpang kasih dan sayang.
Kawan mana yang akan ada dalam susah dan senang kita.
Kalau orang nak kata kera sumbang sebab tak berkawan pun biarkanlah.
Kawan tak semestinya ada dan sentiasa bersama kita setiap masa.
Biar jauh di mata, yang utama kita sentiasa ada dalam doa mereka2 yang ada di hati kita.
.
Wishlist tahun ni juga nak amalkan gaya hidup sihat.
Bukan untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan.
Tapi lebih kepada nak memastikan kesihatan sentiasa di tahap yang terbaik.
Alesha tahun ni 10 tahun, Aisy pula 9 - harapannya dapatlah bertahan hidup lebih lama nak tengok keduanya membesar dengan sempurna, jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
.
Aurat - pun nak ditingkatkan. Slowly but surely kata orang.
Insya Allah.
.
PhD - hurm. not this year i guess.
Sebab ada satu wishlist paling utama yang diinginkan tahun ini.
dan moga Allah makbulkan dan izinkan ia berlaku.
Aamiin.
.
Pssst - hidup adalah berdasarkan aturan kita. Hentikan memikirkan ia dari sudut pandang orang luar.




R.E.Z.E.K.I

Sesuatu yang terlalu subjektif untuk diperkatakan.
Ada orang melihat rezeki itu pada nilaian duit semata-mata.
Namun hakikatnya rezeki itu pelbagai.
Datang dalam pelbagai bentuk/takrifan/kurniaan yang kita tak terjangkakan.
.

Image result for rezeki

Seperti ayat di atas.
Rezeki itu ujian Allah. Kadang kita nampak mewah tapi apakah kita dipandang Mulia di sisiNya?
Kadang kita lihat ada orang yang rezekinya sempit. Tapi hidupnya jauh lebih bahagia dari kita.
.
Nampak tak?? Kalau Allah tak bagi bukan bererti Allah tak sayang.
Kalau setiap yang diinginkan tak dipenuhi bukan bererti Allah tak izin.
.
Pegang satu sahaja - Allah akan bagi pada masa dan ketika yang Dia kehendaki.
Kalau dapat bersyukurlah.
Kalau tak dapat Sabar dan redhalah.
.
Dan bagi saya - Saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan suami yang penyayang. Suami yang ringan tulang membantu di rumah. Suami yang sentiasa menjaga hati isterinya yang kuat cemburu, yang suka merentan ini.
.
Saya juga bersyukur dengan puteri putera kesayangan. Yang Alhamdulillah sentiasa dalam tahap kesihatan yang baik, yang dipermudahkan urusan menuntut ilmu keduanya.
.
Psssst : Maka nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan?


Saturday, May 16, 2009

Terima Kasih Cikgu


Seronoknya kalau diingat kembali zaman persekolahan...
Serasa ingin kembali ke zaman itu..
zaman saya sangat kurus..kecil..comel dan cun...hahahhhaha
sekarang masih cun dan comel cuma tak kurus dan kecil jer...
Dalam banyak2 cikgu yang mengajar di SAS..
saya paling sayang dengan seorang cikgu yang comel lote ini..
Cikgu Halimaton namanya..ajar saya Geog masa tingkatan 2 dan 3..
masa form 3 siap jadi cikgu kelas saya lagi..
cikgu ni bukan sahaja comel..tapi sangat cute..baik dan caring...
Masa kat sekolah saya dulu..semua gila ber S.A (secret Admirer)..
siap bagi kad la...ketas turas la..segala2nya dengan S.A kita..
dan saya masih ingat lagi..yang saya anggap cikgu nih S.A saya (poyo kannn)..
macam2 saya bagi..kad, coklat, bunga...(org2 lain S.A dengan senior/junior tapi saya ngan cikgu)
Sampaikan berebut dengan sorang junior..masing2 duk tak mau mengalah nak S.A kat cikgu ni..
tapi last2 saya ngan junior ni pulak jadi kamceng sampai sekarang...
(Hanim aku ingat lagi berebut kak adilah ngan hang...hahahahha...macam poyo ja kannn)

Nih la wajah kesayangan hamba...(cikgu tersayang)
Nih masa last day lepas PMR..kami pakat bagi hadiah kat cikgu..
yang lain2 tuh gambar kenangan ngan kawan2...

Gambar ni plak masa sambutan hari guru..
ada sukaneka..
nak jugak ni duk dekat2 ngan cikgu..dapat sipi2 pun jadilah...
yg baju kuning tu pun cikgu kesayangan jugak..
cikgu mahfuzah...anak teruna dia hensem ooooo...
Yang paling best..cikgu kesayangan saya ni turut hadir memeriahkan majlis persandingan saya dan mr papa...ooowwwhh sangat terharu yer....
dan ramai juga cikgu2 SAS yang hadir termasuk Allahyarham Ustaz Hassan Don..

Dikesempatan ni..saya nak ambil peluang untuk ucapkan SELAMAT HARI GURU..
buat semua guru yang pernah mengajar saya di Sekolah Kebangsaan Taman Uda Alor Setar, Sekolah Menengah Sultanah Asma Alor Setar, Pusat Persediaan Pelajar Bachelor of Commerce n Management (Lincoln Universiti- Institut Kejuruteraan Teknologi Tenaga Nasional (kini Uniten) Kajang, Kolej Matrikulasi Yayasan Perak Ipoh, Fakulti Ekonomi dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua..
Semua ilmu yang anda curahkan menjadikan saya seperti hari ini..
mungkin saya tidak se success mana..tapi saya tetap berjaya dengan cara saya yang tersendiri..
TERIMA KASIH CIKGU2...


Ucapan dan kenangan oleh,

Thursday, May 7, 2009

Dating yang Sangat INDAH

Bahagia....sungguh bahagia..
disaat hati yang sedang berbunga kerinduan pada yang jauh nun di utara..
ada insan yang sudi menemani petang ku yang sunyi...
siapakah insan itu??
..
..
..
..
..
Yesszzzzzzzaaaaaaa...

Inilah partner ngedates ku....Mbam-mbam lyana aka kembar alesha....
sangat comellll...sangat tembam...sangat menggeramkan...
ya allah...sungguh..budak nih macam baby doll okay...
dah lah aksi2 pun ala2 alesha..
terus bergenang air mata teringatkan puteri kesayangan...
lantas tanpa membuang masa..handphone dicapai..
terus video call mr papa...dan sudahnya...alesha buat muka tak puas hati..
nape umie ada baby lain dan tinggalkan alesha...
owhhh no....sorry sayang...umie tetap sayang alesha...lyana nih cuma bayangan alesha jer..
umie rindu sangat2 kat alesha...so umie lepaskan kerinduan dekat lyana...
hehehehhe...mr papa pun terkejut tgk isteri tercenta duk dukung baby lain..
dalam hati confirm duk terfikir anak sape pulak wife aku dukung peluk2 nih...

Say hi to alesha please lyana...
"Hye Alesha...jgn marah tau..umie alesha cuma peluk lyana kejap jer...umie alesha tetap sayang alesha...esok umie alesha balik peluk alesha ehhhh"
Mommy lyana kata..lyana ni anak pasembor..
nape pasembor..sebab darah campuran yang pelbagai..
mamak penang, india, pakistan, myanmar, mat salleh dan ntah apa2 lagi daddy lyana sebut..tapi aunty tak leh recall..
dan sebab itulah hasilnya sangat baby doll..
kawan saya cakap..mcm anak jepun pun ada...
cuma sebab mata bulat jerrr yang kurang kejepunannnya...

Masa posing ni...lyana dah kenyang dah makan heinz dalam botol...
sedap aunty tgk dia makan..
tapi lepas dah kenyang mula ahh main2...disembur2nya makanan...
sama sejibik macam alesha..
aduhhh rindu sungguh dah rasa...tu lah gedik gatal sangat nak jumpa mbam2...
terus kerinduan tahap kronik...
kalau tak jumpa lyana sure boleh control lagi feeling tu...
Alesha......esok umie balik ye sayang...malam kot umie sampai...
kalau alesha dah tido umie akan gomol sampai alesha bangun...
umie nak peluk cium puas2....hurmmm....

**Love rindu abg jugak tau**

Kak Shaf...thanx ya bawak lyana jumpa sone...
puas hati dapat peluk gomol di kecik tuh...
tq tq tq tq tq so muchhhhhh

Friday, October 10, 2008

Lumrah Hidup

Dalam hidup..kita tak mungkin dapat lari dari membuat keputusan..
Setidak-tidaknya sekali dalam seumur hidup kita pasti PERLU membuat keputusan...
Tapi saya yakin dan percaya..
proses membuat keputusan itu akan berulang kali hadir dalam diri kita...
Ada keputusan yang mudah diambil..tapi ada yang memerlukan penelitian...
.
.
.
Jika masa sekolah dahulu kita sering diasak dengan proses membuat keputusan berkenaan aktiviti2 sekolah...persatuan apa yang ingin disertai..kelab apa yang ingin dimasuki dan permainan apa yang ingin diceburi...
beralih ke alam persekolahan menengah berdepan dengan saat getir (pada waktu itu) untuk memilih bidang pengajian yang bersesuaian dengan minat dan jiwa kita...
Di Universiti lain pula cabarannya...tapi pokok pangkalnya semua memerlukan kita membuat keputusan...
.
.
.
Saya juga perlu membuat keputusan yang penting dalam hidup saat mahu memilih teman bersesuaian yang akan saya kongsi hidup ini selama hayat saya di dunia..
alhamdulillah...urusan itu dipermudahkan...
Dan kini..ada satu keputusan yang telah saya buat membuatkan saya menyesal...
Menangis pun sudah tidak berguna lagi..semuanya telah saya pilih...
Kesilapan saya - terburu2 dalam membuat keputusan..
dan kini menyesallah saya sendirian...
.
.
.
Kalau lah dapat..ku ulang kembali waktu dulu...
pasti saya tidak akan mengulangi kebodohan saya ini...
Ya Allah...kau bantulah aku..
bimbinglah aku...
bukakanlah jalan untukku agar dapat ku betulkan kembali kesilapanku..
Kau permudahkanlah urusan ku..
Moga ada sinar yang menanti ku di sana...
.
.
.
Aku ingin terbang bebas seperti camar..aku ingin menjadi diriku sendiri...
bebaskan aku dari belengu hipokrit ini...
aku benci berada dalam dunia yang bermuka2 ini...
sungguh aku benci...
.
.
.
Mungkinkah ada harapan untuk aku betulkan kembali jalan hidupku ini...??


Friday, November 9, 2007

feelings















You cant have this feelings until u xperienced it urself....benar gitu...perasaan ketika pregnant ini sangat menyeronokkan..mendengar cerita kawan2 atau sedara mara sahaja tidak cukup untuk kita merasai keseronokan itu....dan apabila berpeluang merasainya sendiri baru anda akan menyatakan...: "ohh begini rupanya perasaan apabila hamil". :p

Imej itu dirakamkan pada 23 Oktober lalu, kali pertama saya ke pakar untuk melakukan pemeriksaan dan usia kandungan ketika itu 14 minggu...perasaan ketika itu?? Tersangat gembira sehingga saya mengalirkan air mata saat kali pertama melihat imej bayi yang sedang saya kandung...aduhhh sungguh bahagia sekali..berpeluang mengandungkan zuriat hasil semaian benih cinta saya dan hubby...

Kata doktor bayi saya panjang dan aktif...Panjang..??? hahahaha..teman2 mentertawakan saya..like father like son/daughter lah kot..takpelah, saya tak kisah semua itu, asalkan bayi yang bakal dilahirkan ini sihat dan sempurna sifat fizikal dan organ dalamannya. Aminn




papa sedang berlatih dukung baby...practise makes perfect kan sayang...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin