Friday, March 30, 2012

Bergedik Santai di Putrajaya......

Menjadi penghuni Putrajaya untuk tempoh 5 hari 4 malam mengundang banyak aksi gedik santai....ahakssss...aksi syiok sendiri and feeling cunss...so terasa nak berkongsi dengan rakan2 blogger.....jgn muntah hijau sudehhhhh......


Aksi pertama...ibarat gadis melayu terakhir...sedang hakikatnya...."hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu"......


Aksi kedua bersama tuan punya handphone yg merakamkan aksi gedik santai....


Manakala aksi ketiga bersama individu yang bertanggungjawab menjaga emosi perut dengan makanan yang lazat2 agar mood bergedik santai sentiasa maintain......hahahahhahahah.....

* tujuan sbnr entry ni adalah untuk memaklumkan yg saya terasa2 mcm nak tukar phone...dan beli phone baru yg merakamkan gambar2 cantik gedik santai..... Walaupun birthday jauh lagi....tapi tak salah kan kalau ada yg nak hadiahkan....kita celebrate monthly anniversary lahhhh.... :p *


~Diamilikku~

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 29, 2012

La nueva casa





Just to share sneak preview of our nueva casa.....





~Diamilikku~

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 22, 2012

Menghargai Yang Gemilang

Last tuesday night...diadakan majlis Anugerah Seri Gemilang...
khusus untuk menghargai staf yang cemerlang dan gemilang di opis saya...
dan untuk memeriahkannya...
penyanyi lagu GEMILANG diundang sebagai artis jemputan...
Dan saya - staf yang tidak cemerlang dan gemilang tahun ini...
tak melepaskan peluang bergambar bersama...
bukan sebab minat pun...
tapi saja sbb tgk semua AJK duk bergambar...

mak pun nak jugak la nokss...ahaksss....

"Kini gemilang itu semakin hampir ku genggam"

~ Semoga Allah permudahkan semua perjalanan hidup saya selepas ini.......~
*Amin*






Wednesday, March 21, 2012

Saya glamer lepas dapat RESULT SPM




Cemerlang tak cemerlang result saya..sampai boleh keluar paper ahh...
siap pegang handphone besaq bagak yang baling anjing pun mati...
kau ada ???
kau mampu??
 hahahahahahahhahah

Gila aahhh...tgk caption meremang bulu tengkuk...
konon hebat sangat...
padahal semua tu propa..lakonan semata2....
agaknyalahkan saya ni dilahirkan sebagai seorang insan yang disukai ramai...
photographer tu sekali pandang saya terus nak ambil gambar saya...
hahahahahahahahha..
walaupun saya kata..result saya teruk bang...
dia cakap takpe..nanti abg cr handphone..kita berlakon kasi gempak sket...
dan terus lah geng2 saya masuk sekali...semua nih bff saya...
result kami semuanya agregat dua digit....tak main aahh satu digit...(owhh ya zaman saya agregat yerrr)...
Tapi alhamdulillah sekarang semua dah menjadi manusia yang berjaya...

miss you guys muchoss laaah....
asmarians always the best :)

* bila saya keje reporter..saya tunjuk gambar nih kat abg photographer yg ambik nih kannn..dia terus gelak berdekah2...."tersuka" katanya...hahahahahahah*

Monday, February 20, 2012

5 tahun yang indah.....

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am home again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am whole again
 Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am young again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am fun again
However far away I will always love you
However long I stay I will always love you
Whatever words I say I will always love you
I will always love you


Alhamdulillah.....dah 5 tahun kami bersama....17 Februari 2007 - 17 Februari 2012.....syukur kami masih merasai cinta yang sama...dan bertambah syukur dikurniakan buah hati pengikat cinta...
tiada sambutan istimewa tahun ni..sebab saya bz mengemas untuk masuk rumah baru...insya allah..penghujung bulan ni...
so anniversary saya dihabiskan dengan proses pemilihan fabrik dan tempahan langsir....house cleaning (rumah baru dan lama)...serta basuh rumah baru....tapi petang anniversary...mr papa buat surprise bawak kek anniversary ke rumah baru...haiyyaaa...mmg sangat surprise...jenuh memikir nak makan camner...mmg ramai org bersama kami..tapi pinggan n sudu takde...cawan nak minum pun takde...mujurlah jiran kami merangkap office mate hubby tumpangkan rumah untuk lokasi potong cake..alhamdulillah...i'm blessed....
he's the one that i love...he wasn't my first love...but i'll make sure he'll be my true love and forever till Jannah...amin....

to my dear mr papa....i love you more everyday...:)



Tuesday, February 14, 2012

Pengantin kecik....

Layankan aje.....
teringin nak jadi pengantin sangat kan....
siap posing control ayu yang tak tahan tu....
alahai anak dara...
awak masih kecik kot...jgnlah cepat sangat besar...
kesian ummi rindu ada baby....

**anak2 dah besar...rindunya bau baby....teringin2 lauk pantang...Ya Allah kurniakanlah rezeki buatku...**






Thursday, February 2, 2012

Selamat Jalan Kak Kamariah...wartawan Meja Mahkamah Utusan Malaysia

Di petik dari blog SYAHRIL KADIR 


Menjadi seorang wartawan Meja Mahkamah bukanlah semudah yang disangka
benar, mereka tidak perlu terkejar-kejar menghadiri sidang akhbar, mereka tak perlu sangat menelefon sana-sini untuk membuat susulan atau follow-up satu-satu isu atau bekerja hingga larut malam
namun menulis berita mahkamah tidak boleh sedap mulut atau sesuka hati, ia perlu berdasarkan fakta yang dikemukakan di dalam perbicaraan
untuk itu seseorang wartawan Meja Mahkamah kena faham betul-betul perjalanan satu-satu kes, paling penting, mereka kena faham istilah perundangan yang adakalanya bunyinya pelik-pelik….contohnya mala fide, bona fide, prima facie, habeas corpus dan macam-macam lagilah (sekadar menyebut beberapa istilah)
dalam hal ini aku sangat terhutang budi dengan seorang wartawan yang dikenali cukup otai di kalangan wartawan mahkamah, sehingga ada yang menganggapnya ‘Ketua Hakim Negara untuk wartawan’
namanya Kamariah Ahmad atau Kak Kay
apatak otainya, daripada dia masuk Utusan Malaysia pada tahun 1979 hingga pencen pada tahun 2009, Kak Kay hanya bertugas sebagai wartawan mahkamah kalau tak silap aku
maknanya 30 tahun beb dia jadi wartawan mahkamah!
boleh dikatakan banyak kes yang menggemparkan negara seperti kes Mona Fandey, kes Al-Maunah, kes Tan Sri Muhammad Taib – dialah wartawannya!
yang aku boleh terhutang budi tu bukan sebab apa, dengan dialah aku belajar bagaimana hendak menulis berita-berita mahkamah
walaupun aku wartawan jenayah, tapi setiap kali dia habis kerja, aku selalu akan pergi ke mejanya dan bersembang mengenai kes-kes besar yang pernah beliau tulis
yang bestnya, dia selalu menceritakan perkara-perkara ‘off record’ pada aku…maksudnya cerita ‘di sebalik tabir’ mengenai satu-satu kes yang tak dapat disiarkan untuk siaran
sambil-sambil tu, dia mengajar aku mengenai istilah-istilah perundangan yang sering digunakan di mahkamah…pendek kata dapat tutorial free lah
cuma ada satu hari tu hubungan kami agak ‘tegang’…semuanya gara-gara ada satu kes lemas di Sungai Kelangl berhampiran mahkamah dekat Dataran Merdeka
memandangkan ia berlaku berhampiran mahkamah dan kebetulan beliau ada di situ, aku harap Kak Kay dapatlah tulis berita itu tetapi sebaliknya dia tetap menyuruh aku yang ketika itu masih di pejabat untuk datang ke lokasi kejadian
rupa-rupanya dia hendak mengajar aku supaya jangan hanya mengharapkan diri ‘disuap’, sebaliknya kenalah berusaha untuk mendapatkan berita
akhirnya kami rapat semula, hubungan yang ibarat ibu dan anak itu bagaimana terputus bila aku berhenti dari Utusan Malaysia
yang pasti, walaupun agak pendiam, Kak Kay akan diingati sebagai seorang yang cukup mahir dalam tugasannya, mempunyai ‘contact’ yang cukup baik di kalangan ramai peguam dan hakim serta tak lokek ilmu
dan malam tadi aku menerima berita yang mengejutkan dari seorang teman, Kak Kay meninggal dunia di kediamannya kerana barah payudara
lebih sayu lagi, tiada siapa di sisi Allahyarham sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, kebetulan arwah memang tidak pernah berkahwin
Alhamdulillah, aku sempat menziarahi jenazah sewaktu hendak disembahyangkan di surau Hospital Kuala Lumpur (HKL) tengah malam tadi
sebak ni tak tau nak cakaplah bila tengok wajah arwah waktu nak dikafankan, Allah je yang tahu
ya, beliau sudah tiada, tapi jasanya tetap aku kenang sampai bila-bila
selamat jalan Kak Kamariah….Al-Fatihah.

** NOTA SAYA :

Saya tidak pernah menjadi anak didik beliau...kerna saya bukan wartawan mahkamah...
Tapi hubungan saya dengan arwah agak rapat memandangkan teman serumah saya waktu itu merupakan wartawan meja mahkamah...dan saya sering meluangkan masa berbual dengan arwah sementara menunggu rakan serumah saya selesai tugasan..tapi tak selalu...sebabnya arwah akan sibut dengan proses editing story...sesekali saya dan teman serumah akan makan bersama arwah di kantin Utusan...
tak dapat saya nafikan...arwah seorang yang sangat baik, tenang dan lembut...
tak pernah sekali pun saya mendengar arawah meninggikan suara...
Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang yang beriman...
Al-Fatihah.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin