Thursday, February 15, 2018

SELEPAS 10 TAHUN



Tarikh ini;
10 tahun yang lalu;
saya meninggalkan dunia kerjaya yang paling saya cintai.
Membuat satu keputusan yang amat sukar dalam hidup;
hanya untuk berada di sisi seorang yang bernama SUAMI.
.
Pada ketika itu, keputusan langsung tidak didasari kewarasan akal;
sebaliknya lebih kepada mengikut kata hati yang ingin melayari mahligai cinta seadanya seperti pasangan lain.
Ada satu ketika terlintas di fikiran saya;
Jika dapat diundur masa;
jika ada keputusan yang boleh diubah;
pasti saya tidak memilih untuk berada di sini.
.
Itu dulu - kata hati seorang yang masih belum matang.
Yang sering membiarkan diri larut dalam kenangan;
yang melihat apa yang berlaku itu sewajarnya tidak begitu.
Kata hati saya yang mengenepikan ketentuan Allah.
.
Tapi kini, saya sedar.
Hadirnya saya di sini adalah mengikut perancangan dan izin Allah jua.
Semuanya berlaku mengikut qada dan qadar yang telah tertulis sekian lama.
Benarlah, setinggi dan sehebat mana pun perancangan manusia tidak akan bisa mengatasi percaturan Dia yang satu!
.
Seperti lagu M. Nasir;
lihat dunia dari mata burung,
Atau lihat dari dalam tempurung
yang mana satu engkau pilih?
.
Bersyukurlah untuk semua nikmat kurniaan Allah.
pasti bahagia akan menjadi milik kita.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin