Monday, November 14, 2011

Zahiril Adzim: bukan sajak untuk semut

Zahiril Adzim: bukan sajak untuk semut:

Aku tak mahu menulis sajak pasal semut. Bukan pasal deretan semut di balik siku kanan, tangan aku yang sedang berahi meraba - raba papan kekunci ini.

Tapi mungkin juga ya.

Mungkin juga aku kagum dengan binatang kecil ciptaan Maha Kuasa ni, yang terus bekerja tanpa henti, biar apa pun terjadi. Terus dan terus. Tanpa memperdulikan sekelilingnya. Tunggang langgang terbalik dok, pun semut - semut ni lari kejap bertempiaran. Tapi kejap - kejap lepas tu, semut - semut ni sambung balik kerja, carma (cari makan).

Taknak. Aku taknak tulis pasal semut.

Tapi semut lah yang paling hampir dengan aku sekarang. Bukan hampir pada jasad sahaja, malah terlalu hampir dengan keadaan aku sekarang. Apa yang aku masih peduli tentang apa yang terjadi sekeliling aku? Dah selalu sangat, jiwa runtuh, hati lerai, mengharapkan sesuatu yang entah bila akan berakhir lalu bermula yang baru.

Tapi apa dan kenapa masih aku peduli?

Kenapa tak boleh ikut perangai semut? Yang tidak dikurniakan akal fikiran oleh Allah Ta'ala. Tapi aku yang dikurniakan akal, sibuk nak peduli tentang perkara - perkara yang menyakiti hati sendiri.

Sebab aku manusia. Sebab aku manusia yang sibuk nak terasa hati, nak kecil hati, nak makan hati. Sibuk nak amik tahu hal - hal sekeliling yang kurang penting. Yang kuman - kuman. Sampai terabaikan perkara yang lebih besar. Sampai membunuh acara - acara masa depan yang pernah cemerlang di dalam genggaman.

Yang aku sudah hilang.

Memang lah sakit. Hati. Lara dibuatnya. Habis kalau aku ketuk - ketuk papan kekunci ni, semut - semut ni tak sakit dengan gegaran meja ni?

Kenapa aku tak boleh buat ni?




**Saya suka Entri ini....sangat suka...sungguh suka**

Perubahan Ketara...*wink wink*


My hubby...sejurus tiba ke garisan penamat..Sukan Sea 2003..
pemenang pingat emas 100m dan 200 m...


My Mr papa....latest pic of him...ayooooo....banyaknya nak kena repair nak bagi sama ngan yang atas balik...camno nih???
ahaksss...:)

Whatever it is...am still proud of you sayang...moga ada rezeki kita sekeluarga nanti...amin


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin