Wednesday, February 20, 2008

New Work..new environment

15 Februari bermulalah detik baru dalam hidup saya..penghijrahan dari bidang kewartawanan ke bidang perhubungan awam..selain itu saya juga berhijrah dari Lembah Klang ke sebuah negeri terpencil di utara tanah air...(negeri yang terkenal dengan buah mangga)...

Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan lancar...takde masalah sebabnya saya ditemani hubby tersayang...sehingga ke petang saya masih belum bertemu dengan rakan-rakan yang akan bersama2 saya di unit media...semuanya sibuk menguruskan program seminar anti dadah dan gejala HIV/AIDS...hari pertama saya berakhir tanpa sebarang hasil...(settlekan pendaftaran je).

Hari kedua, saya ditugaskan menulis laporan mengenai Seminar..dalam erti kata lain menyediakan kenyataan media untuk dihantar ke pejabat2 media...pejabat saya tak ramai staf...ada 4 org semuanya..dua pegawai, seorang penolong pegawai dan seorang pembantu tadbir. Alhamdulillah, kesemua mereka sangat baik dan ramah...moga kerja-kerja kami akan berjalan lancar dan baik.

Kerja baru memberikan saya satu pengalaman baru..pengalaman yang tidak saya jangka akan melaluinya dalam usia semuda ini...alhamdulillah..mungkin ini rezeki kurniaan Allah untuk bayi yang saya kandung...

PREGNANCY..

Hurmmm..saya agak runsing sekarang...berat badan saya turun 1.5kg ketika pemeriksaan terbaru...aduhhh kenapa ya jadi begini..nak kata saya tak makan, dah puas saya makan...nak kata saya pressure tak de lah pulak...apa-apa pun saya berdoa moga bayi yang saya kandung ini selamat dan sihat...tak lama je lagi..59 hari..dan saya terus berdebar....

Nantikan entry sambutan hari kasih sayang dan ulang tahun perkahwinan saya dan hubby....takde masa nak upload gambar..so hold dulu...

Tuesday, February 5, 2008

wanita @ isteri


Dalam meniti kehidupan berumahtangga, pasti ada saja cerita sedih yang bertandang...dan kebiasaannya cerita2 itu hanya sebesar hama tetapi bila ia membabitkan perasaan seorang isteri, maka kisah yang kecil boleh menjadi besar...Seringkali saya perhatikan, wanita @ isteri ini gemar menceritakan masalah dan kisah sedih rumahtangga mereka pada org2 tertentu..mungkin yang rapat dengan mereka..bukan untuk mengaibkan tapi sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati...mungkin itu fitrah wanita...tetapi berbeza dengan lelaki yang tidak langsung menceritakan walau sedikit pun kisah2 yg berlaku waima kepada teman rapat sendiri...

Kes 1 :
Seorang wanita yang hampir separuh abad usianya..menerima gangguan dari seseorang wanita lain yang pada fikirannya mahu menggugat rumahtangga yang dilayari bersama suami dan anak-anak yg sudah menginjak dewasa...lantas kisah sedih itu dipublishkan di blog peribadinya (yang masih boleh dibaca oleh org lain) lalu ia mengundang simpati dan kata-kata nasihat dari teman2 seblogger...saya percaya, wanita itu pasti tenang selepas mendengar kata2 nasihat teman2 sekeliling....Tapi saya tetap terfikir apa agaknya perasaan si suami jika kebetulan ditakdirkan suami itu membaca blog tulisan isterinya???? malukah...?? sedih??? wallahhualam....


Kes 2 :
Seorang gadis yang baru mendirikan rumahtangga...sentiasa berfikiran positif tentang suami yang dinikahinya, tapi kadangkala syaitan tetap meracuni untuk si gadis memikirkan perkara negatif..bukan tidak percaya..cuma kadangkala merasa jauh dari suami walaupun suami menyatakan cinta yang tidak berbelah bahagi...maka berlangsunglah sesi kiriman sms yang berlarutan dan ungkit mengungkit yang saya pasti cukup membuatkan si suami kecewa...hal itu kemudiannya dipanjangkan oleh si isteri untuk mendapat nasihat dari sahabat baiknya..dan setelah itu..tenanglah fikiran si isteri lalu hubungan bersama suami kembali mekar..tetapi si suami, tidak sedikitpun menceritakan hal 'pertengkaran kecil' itu kepada sesiapa pun termasuk rakan karibnya walaupun pertengkaran itu membabitkan rakan karib si suami...

Dua kes di atas sudah cukup membuktikan betapa perasaan wanita terlalu goyah dan cepat melatah..dan sebagai seorang wanita..saya harus mengakuinya...wanita dikurniakan dengan satu akal dan sembilan nafsu..sedangkan lelaki sembilan akal dan satu nafsu..maka tidak hairanlah mereka lebih lojik rasional berbanding wanita...

mengisi hari yang kosong

hari ini hari keenam saya bercuti dari tugas sementara menunggu tarikh akhir perletakan jawatan saya...agak bosan sebenarnya...mujurlah saya masih waras dan tidak pernah membuat keputusan drastik untuk menjadi suri rumah..sungguh saya tidak betah duduk di rumah seharian..tanpa berbuat apa2...mungkin rutin hidup saya sebelum ini sudah terbiasa dengan kesibukan...ke sana ke sini mencari berita dan melaporkan apa jua kejadian yg berlaku...dan mujurlah juga ada internet yang menemani hari hari saya..ada kelapangan saya akan berchatting dgn hubby dan teman2 di Shah Alam...ahhhh rindunya saya pada mereka...

Hari ini juga hubby akan ke kelantan untuk program universitinya...lima hari lagi baru dia pulang dan kala itu saya masih berada di KL untuk menguruskan barang2 dan urusan pindah memindah...mujur ada keluarga tersayang yang menemani...insya allah...pertengahan bulan ini saya akan memulakan tugas baru di Perlis...entah bagaimana situasinya kelak..yang pasti saya sentiasa berdoa agar semuanya baik dan perjalanan saya dimudahkan....amiinn...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin