Wednesday, April 24, 2013

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kita takkan sedar apa yg kita ada sehinggalah kita kehilangannya.....

Bismillahirrahmanirrahim.....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....

Sesungguhnya dalam kehidupan ini...apa yang kita lalui tidak sama dengan apa yg org lain lalui....

Adakalanya kita merasakan kasut kita buruk x cantik tp ada insan yg berjalan tanpa kasut...

Adakalanya kita marah bila makanan yg sampai pada kita x menepati selera...tp kita lupa ada yg meneruskan hidup dengan sisa makanan org lain...

Kita marah bila Allah bg kita sakit yg mengganggu perancangan kita tp kita lupa ada yg sdg bertarung nyawa untuk hidup....

Semua ini sebenarnya sifat dan lumrah semulajadi manusia...tidak akan cukup apa yg kita ada sehinggalah kita kehilangannya....

Saya teringat sebuah kisah yg saya baca di internet....seorang suami yg ingin menceraikan isterinya kerana merasakan tiada lagi cinta di hatinya pada isteri yg telah dikahwini lebih 10 tahun yg lalu...cintanyaulai pudar bersama mekarnya cinta baru yg di sulam bersama gadis lain.....isterinya juga turut mendapat rumah yang mereka diami dan kereta beserta 30% saham syarikat...hancur luluh hati isteri bilamana mendengar permintaan suami...dalam berat hati isteri itu bersetuju dengan syarat suami menangguhkan perceraian untuk tempoh sebulan mmndgkan anak mereka akan menduduki peperiksaan..justeru x nak mengganggu emosi anak ...dan dlm tempoh itu suami harus mengulangi rutin yang mereka lakukan di awal perkahwinan iaitu mendukung isteri dr bilik tidur hingga ke ruang tamu dan ke pintu sebelum ke tempat kerja... suami pada awalnya permintaan isterinya itu mengarut namun melalukannya juga kerana memikirkan selepas 30 hari mereka tetap akan bercerai juga...

Maka bermulalah rutin suami setiap pagi...hari pertama tiada apa2 yang dirasai...usai minggu pertama suami mula merasakan sesuatu...saat tangan memeluk erat tubuh isteri dan saat mata bertentang mata....rutin tersebut menjadi lebih mudah pada minggu berikutnya...masing2 melakukan tanpa ada keterpaksaan lagi...suami merasakan isteri semakin ringan dan isteri merasa rangkulan di leher suami semakin kemas dan mudah...sehinggalah pada minggu terakhir...suaminya mula sedar...sebenarnya cinta pada isteri tidak pernah malap cuma keintiman antara mereka yang sudah pudar disebabkan kesibukannya dengan kerja dan hubungan sosial di luar... sekian lama dia mengabaikan rasa hati dan cinta isteri... rutin yang sering dilakukan bersama telah berkurangan...dia mula sedar dia sendiri kurang menghubungi isteri...sms..call jarang sekali...sehari dua atau tiga kiriman sms itupun untuk memberitahu lambat pulang... apabila di rumah tiada perbualan romantis dengan isteri...lebih suka menonton bola atau masuk tidur....tiada lagi gurau senda dan aksi romantis bersama isteri.... satu persatu ingatannya kembali ke saat awal perkahwinan...Ya Allah sesungguhnya aku berdosa kerana mengabaikan perasaan isteriku.... lantas lelaki itu bingkas bangun menuju ke keretanya.... hati nekad untuk membatalkan perceraian..dlm perjalanan pulang dia singgah di sebuah kedai bunga ..kuntuman mawar segar yg sering dihadiahkan kepada isteri dahulu dibeli dengan ucapan "sayang akan sentiasa dlm pelukan abg sehingga maut memisahkan kita".

Dengan rasa tidak sabar lelaki itu memandu pulang ke rumah hanya untuk melihat sekujur jasad isteri yang tidak lagi bernyawa bersama sepucuk surat...

"Suamiku...terima kasih kerana membahagiakan hari2 terakhirku...sesungguhnya ia merupakan detik terindah dalam hidupku...maafkan saya kerana merahsiakan penyakit ini dari abang...bukan tidak mahu mengkhabarkan tetapi abang sendiri sibuk dengan cinta baru...mungkin abang merasakan permintaan saya sebulan yg lalu sbg pelik..namun ketahuilah saya ingin anak kita tahu bahawa kita pasangan yg plg bahagia...setidak2nya jika abg berkahwin lain selepas ini bukan atas sebab perceraian kita... abang...saya tidak inginkan harta..rumah yang besar atau wang ringgit...tetapi saya hanya inginkan kasih sayang abg yang pernah saya rasakan diawal perkahwinan kita...saya inginkan rasa cinta itu tidak malap ditelan waktu....tapi keinginan saya semata tidak mencukupi...jika api di pihak abg telah malap dan hampir padam.... terima kasih untuk segalanya...saya izinkan abg berkahwin lain... "

Hanya tangisan sahaja yang mampu menggambarkan kesedihan dan kepiluan suami.... dalam keterpaksaan merelakan pemergian isteri....

begitulah kita dalam kehidupan.....isteri diciptakan dari tulang rusuk suami bukan untuk disakiti...tetapi untuk dicintai...peringatan untuk saya dan pasangan lain..sekiranya merasakan cinta telah pudar...mekarkanlah ia kembali...jgn diabaikan segala rasa...jgn dilupakan rutin percintaan atau rutin di awal perkahwinan... jika zaman bercinta sehari top up 3x untuk terus bersms kenapa bila berkahwin ia dihentikan? Jangan abaikan isteri semata2 untuk mencari keseronokan di luar.... kebahagiaan di luar...kebahagiaan du luar rumah yang keterlaluan boleh mendorong kepada kurangnya rasa sayang pada pasangan...ingatlah sayang bukan sekadar lafaz tetapi perbuatan...kasihilah pasangan sebelum dia pergi meninggalkan kita dengan sesalan....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, March 29, 2013

DOAKAN SAYA


Assalamualaikum WBT...

Saat entry ini dipublish....saya mungkin sedang berada di dalam dewan pembedahan...
Mengambil keberkatan Jumaat untuk menjalani pembedahan untuk membuang buah pinggang di sebelah kanan...
Tak pernah saya coretkan di blog....tak pernah saya ceritakan secara terbuka...
Namun saat ini..saya pasti saya mengharapkan doa dari semua rakan2 saya...
Doakan pembedahan ini lancar...
Doakan saya tidak mengalami sebarang komplikasi....
Doakan saya kuat untuk melawan sakit ini...
Doakan usia saya panjang....

Tolong doakan saya ya... Saya mengharap sangat2.....  



Wednesday, March 20, 2013

Aisy Mifzal yang membahagiakan....



Dah lama entry ni terbiar dalam draft...
bukan tak nak buat..tapi entahlah..mood tak mari kata orang...
Pada usia tiga tahun setengah ni...saya masih gagal mencari apa kesukaan Aisy....
Ultraman biasanya menjadi kegilaan budak2 seusia..tapi Aisy excitednya sekejap sahaja...
beg sekolah sememangnya gambar ultraman...
beli patung ultraman biar berlampu bagai..
tapi mainnya hanya sekejap...

Sabda Rasulullah S.A.W :
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih. Maka menjadi tanggungjawab ibu bapalah untuk mendidik anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi...

Saya sedar tanggungjawab saya...dan atas dasar itu saya tak pernah henti mencari kaedah terbaik untuk mendidik dan menimbulkan minat Aisy...

Pencarian saya tak pernah terhenti...walau mungkin Aisy boleh dikategorikan sebagai hyperaktif...saya percaya ada sisi Aisy yang tetap membahagiakan saya..anak manja yang tak pernah tidak sentiasa tidur berbantalkan lengan saya...dalam pelukan saya...jika jauh sikit ja dari Aisy...tengah malam..hening pagi pasti akan terdengar rengekan suara manja ini "ummi...mana...nak bighug"... dengan pelukan inilah..Aisy akan nyenyak tidurnya hingga ke pagi...

Saat membahagiakan menjadi ummi Aisy...Ya Allah..panjangkanlah usia saya untuk anak2 ini...saya masih perlukan mereka di sisi....Amin...



Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, March 18, 2013

Salam Mac 2013 untuk Semua



Menghabiskan hujung minggu di Shah Alam bersama sahabat2 yang sentiasa ada di kala suka dan duka saya sepanjang saya di Shah Alam sejak tahun 2006-2008 ...
rakan-rakan wartawan dan rakan PR yang selalu menghiburkan hati saya yang gundah..meski tak complete semuanya setidak2nya saya berpuas hati dengan pertemuan singkat ini...

Moga Allah izinkan dan beri peluang untuk perjumpaan seterusnya....

 Lelaki ini sentiasa di sisi saya...
lelaki yang menjadi pujaan hati saya...
moga allah panjangkan usia pernikahan kita...
moga allah satukan kasih sayang kita hingga ke syurga...
Love akan tetap sayang abg hingga ke hujung nyawa love...


 Anak2 ini pula sentiasa membahagiakan saya..
moga allah beri saya kesempatan untuk melihat anak2 ini membesar...
moga Allah sentiasa pelihara iman anak2 ini..
agar mereka menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat...

Saya sayang anda semua sangat2....
 Asmarians - Sayang hampa semua 
Rakan-rakan blogger ... saya juga sayangkan anda semua...
Doakan saya selalu ya...




 

Thursday, January 31, 2013

Entering Bulan Cinta... February with Love

As usual...bulan Februari adalah bulan cinta...makanya saya nak berkongsi tips2 cinta..yang saya dapat dari facebook...cuma saya hiasi ngan gambar cinta saya dan mr eastguy....btw..bulan cinta bagi kami di Februari bukanlah sebab Valentine's Day ya..tapi ia bulan ulangtahun pernikahan kami berdua...so insya allah...entry bulan februari semua entry cinta jaaa...(kalau rajin lah yeeee)...hehehehehhehe

So jom kita tgk 19 tips cinta suami isteri...Alhamdulillah ianya menjadi amalan kami sekeluarga..mungkin ada a few yang tak dipraktikkan....tapi insya allah akan diperbaiki di masa2 akan datang...Semoga kasih sayang kami berkekalan hingga ke syurga...Amin


19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI 





1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. (Check)

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan 
dan ciuman di bibir. (ahah check)

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. (check)

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. (check - kadang2 dalam gelak tawa gurau senda)

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. (kadang-kadang aja)

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. (selalu sangat - hanya kau yg mengerti daku)

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. (hat ni jarang sbb anak2 kacau...ummi papa diamlah tidoq..duk sembang ja)
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. (alahai sedangkan lidah lagi tergigit.....) 

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi. (aduhhh camner nak tgk bola MU..wa tak minat dowh)


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. (tak pisah..berimpit je 4 beranak...hahahah)

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. (alhamdulillah....masih diamalkan)


12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
(ssangat selalu...he's my DBKL...habiskan semua makanan)

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. (ahah...banyak sangat dah kejutannn..)
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. (he's our joker)

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. (ingat selalu....)

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. (tudung shawl curtain..ke guane ieta? )

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. (Jgn pendam2 dalam hati...jgn berahsia)

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. (insya Allah)

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
 (Alhamdulillah...semoga diteruskan ke akhir hayat hendaknya)



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin