Tuesday, August 28, 2012

Al-Fatihah ......




Jumaat lalu....saya sedang tidur ketika itu...dek penangan root canal treatment yang dibuat pada siang hari...
terlalu lalok dengan antibiotik...apabila tiba2 telefon berbunyi...
melihat nama yang terpapar di skrin hati terus berdebar kencang...
dan tatkala panggila dijawab..terdengar suara getar teman pemanggil memaklumkan...shah nizam omar rakan kami - wartawan kosmo telah kembali kepada PenciptaNya....

kelu lidah untuk berkata-kata....
baru semalam saya ditunjukkan gambar terkini arwah yang menderita sakit...
dan hari ini...saya menerima khabar duka yang arwah telah pergi selamanya....

saya tak punya kenangan yang banyak dengan arwah...
hanya perkenalan singkat apabila arwah membuat liputan konvokesyen UniMAP pada tahun 2009 bila mana  tahun itu akhbar KOSMO dilantik sebagai akhbar rasmi Festival Konvokesyen UniMAP...
setiap hari arwah akan bergilir-gilir dengan seorang lagi rakan setugasnya untuk membuat liputan...
dan selepas itu, arwah ditukarkan ke Shah Alam...
di sini kami menjadi lebih dekat...apabila rakan-rakan rapat saya di Shah Alam menjadi rakan-rakan rapat arwah..dan secara semulajadinya hubungan kami semakin rapat...

dan kunjungan arwah dan rakan-rakan shah alam ke Perlis tahun lalu menjadikan kami semakin dekat walaupun dipisahkan oleh jarak....


Inilah gambar terakhir sewaktu kami menikmati hidangan laut di Kuala Perlis...
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...

** Al-Fatihah juga buat arwah Khairul (berbaju belang) cinta hati Yong (gadis berbaju merah) yang juga telah dijemput Allah pada bulan April lalu akibat kemalangan... hanya inilah kenangan terakhir saya bersama kedua-duanya...

buat rakan-rakan di Shah Alam... - Yong, Wan, Ilah...bersabarlah ....kalian sahabat terbaik yang akan dikenang oleh arwah berdua... semoga allah merahmati hidup kalian .... love you guys so much...


Monday, August 27, 2012

Kawin Campur......makan pun campur....a






Tahun ni giliran beraya di Terengganu....makanya menu wajib pagi raya seharusnya ketupat palas goreng digandingkan dengan rendang daging, tapai serta nasi dagang....tapi disebabkan menantu sesat dari Kedah ada sorang...makanya terpaksa la menantu kedah ni memasak rendang ayam warisan mama untuk digandingkan dengan ketupat kukus sahaja...bukannya apa....dari kecik tekak menantu Kedah ni dah terbiasa dengan rendang ayam....susah nak terima rendang daging....so kena lah ikut selera ye ... Walaupun perkahwinan campur dua negeri....tak salah menu hari raya pun gandingan dua negeri...hehheheeh...dapatlah org2 Pantai Timur merasa menu orang utara...dop gitu  MARINA?

Cumanya lepas ni kena belajar balut ketupat palas ala utara pulak...



Terima kasih la Marina sebab berkunjung ke kediaman suami saya di hari raya....nampaknya akan jadi kunjungan tradisi setiap dua tahun sekali....insya allah dua tahun lagi...kami pulak nak berkunjung raya ke rumah pakcik botak kesayangan awak...hheheheheh.....


~Diamilikku~

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, August 23, 2012

Salam Aidilfitri

Sebelum apa2...saya sapu blog dulu...
Tepek gambar raya dulu...
then nanti baru pikir entry apa nak up kay...

"SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA - Maaf Zahir Batin..."





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin