KENTANG KEBEBASAN
"Suatu ketika dahulu, ada seorang guru yang meminta murid-muridnya untuk membawa satu kantungplastik jernih ke sekolah. Lalu, dia meminta setiap orang daripada mereka untuk memasukkan beberapa kentang ke dalamnya. Setiap orang diminta memasukkan sebiji kentang sebagai mewakili setiap orang yang mereka tidak mahu maafkan. Mereka diminta untuk menulis nama orang yang mereka tidak mahu maafkan itu. Ada beberapa orang daripada kanak-kanak itu memiliki kantung yang ringan walau banyak juga yang memiliki plastik dnegan berat berlebihan. Mereka diminta untuk membawa kantung itu ke mana-mana sahaja mereka pergi - makan, tido, mandi, siang malam selama seminggu berterusan. Pendek kata, sentiasa perlu ada di sisi. Lama kelamaan keadaan kentang tersebut semakin tidak menetu. Banyak daripadanya membusuk dan berbau dan murid-murid mulai mengeluh dengan tugasan yang diberikan guru mereka itu. Akhirnya tempoh seminggu itu selesai, dan majoriti murid-murid memilih untuk membuangnya daripada menyimpannya."

Apa conclusionnya ??????
Ia memberikan pengajaran kepada kanak-kanak itu, suka duka semasa membawa kantung yang berat menjelaskan kepada mereka bahawa sesungguhnya membawa beban itu sangatlah tidak menyenangkan. Memaafkan, sebenarnya adalah pekerjaan yang lebih mudah daripada membawa semua beban itu ke mana saja kaki melangkah. Ini adalah sebuah perumpamaan yang baik tentang harga yang perlu kita bayar untuk sebuah kepahitan yang kita simpan, dan dendam yang kita genggam terus menerus. Getir, berat dan merupakan aroma yang tidak menyedapkan. Boleh jadi itulah nilai yang akan kita dapat saat memendam amarah dan kebencian. Kita sering berfikir, memaafkan adalah hadiah bagi orang yang kita beri maaf. Namun kita harus kembali belajar bahawa pemberian itu juga adalah hadiah buat diri kita sendiri. Hadiah untuk sebuah kebebasan. Kebebasan dari rasa tertekan, dendam, amarah dan kedegilan hati.
So, MEMAAFKAN dan MELUPAKAN....tak rugi tang mana pun kan?
0 memo menunggu dibaca:
Post a Comment