Monday, October 29, 2007

new family member..insya allah

‘‘Kasih dan cinta saya pada Kak Endon tetap teguh. Tuhan menciptakan banyak ruang dalam hati sanubari kita bagi berlainan orang untuk disayangi.

‘‘Kita boleh sayangi ibu, anak, isteri, cucu, adik tetapi kita tidak dapat bandingkan kasih kita kepada ibu dengan kasih kepada isteri. Jeanne adalah satu daripadanya... itu adalah kelebihan Allah,’’ Itu kata Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi kala mengumumkan pernikahannya dengan Jeanne Abdullah.

Dan saya pasti perasaan sama tetap subur dalam hati abah meski kini telah bertemu dengan pengganti arwah mama. Yang pergi tetap pergi, dan kita yang hidup perlu meneruskan hidup sebagaimana biasa tanpa dibayangi perasaan sedih dan pilu..Biarkan sejarah menjadi sejarah...hakikatnya, hidup perlu sentiasa memandang kehadapan, jika kita tidak mahu ketinggalan.

Dan kini, selepas kira-kira setahun lapan bulan pemergian arwah mama, akhirnya abah terbuka hati untuk menyunting suri baru dalam hidupnya. Sebagai anak perempuan sulung, saya tiada sedikit pun halangan waima tentangan..malah saya memberi sokongan seratus peratus agar abah mencari teman kerna saya kini bukan lagi saya yang dulu...Saya sudah berkeluarga dan agak sukar untuk saya memperuntukkan setiap waktu terluang yang saya ada untuk abah tersayang...saya kini perlu berbagi kasih...satu di Kedah, satu di Terengganu...dan Kedah dengan Terengganu menjarakkan lagi kasih sayang saya...

Alhamdulillah, kini saya boleh menarik nafas lega..sekurang-kurangnya sudah ada insan yang akan menjaga makan pakai minum abah..ada insan yang akan menemani abah di kala susah mahupun senang...ada teman yang akan mengiringi langkah kakinya...satu harapan saya...agar kasih sayang abah tak akan hilang untuk arwah mama...dan semoga kasih baru abah ini membawa bahagia dan saling mengambil berat antara satu sama lain...
Abah1
28 Oktober detik pertama kehadiran insan baru meski bukan secara rasmi..cincin disarung tanda termeterainya ikatan yang bakal disimpulkan dalam tempoh sebulan lagi....dan ia nyata satu pengalaman baru buat saya...jika sebelum ini, saya merasa detik bahagia saat disarungkan cincin oleh bakal ibu mertua...merasa debaran saat kali pertama bersalaman dan mencium tangannya, kini saya tetap merasakan debaran untuk menyarungkan cincin ke jari bakal "mak"...alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik... pelukan sayang dan ciuman kasih bakal "mak" menguatkan perasaan saya yang abah akan dijaga dengan baik....insya allah....

Friday, October 26, 2007

due date...

Tarikh Mizan was born 04041981....n the due date for my baby (expected) 24042008...Mizan hope the baby kuar on 04042008 so that they both can share the same birthday...as for me tak kisah la...mana-mana pun takpe..kongsi tarikh lahir ke bulan lahir yang sama ke tetap boleh buat double celebration..hehehehe

TAPI

Kalau dapat tarikh 20042008 pun menariks jugak kan...heheheh..dalam tak kisah tu nak jugak plan tarikh.....tak kisahlah..asalkan baby yang akan dilahirkan ini sempurna sifat fizikalnya...complete dan sempurna organ dalamannya, cerdik n pintar serta menjadi anak yang soleh/solehah...amiinnn...insyaallah

Monday, October 22, 2007

Syawal yang membahagiakan

Hari raya saya sangat indah dan meriah. Indah kerna adanya suami yang dapat saya kucup tangannya di pagi Syawal...indah kerna adanya keluarga tersayang meraikan dalam suasana yang cukup meriah dan gembira....indah juga kerana tahun ini, anak buah saya, Batrisyia sudah mulai bising mulutnya meminta itu dan ini....


Namun disebalik kemeriahan itu, saya tetap berasa sayu...sayu kala mencium tangan suami memohon keampunan atas segala dosa2 saya sepanjang 8 bulan usia perkahwinan kami...sayu juga kala suami memeluk tanda mengampunkan semua dosa saya...agak lama kami berpelukan hinggakan saya merasakan ia bagai pelukan terakhir kami.....

hati saya juga sayu mengenangkan arwah mama yang kini masuk tahun kedua bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Al Bukhary...dan mungkin juga ini tahun terakhir kami beraya tanpa seorang wanita bergelar ibu...Dalam situasi sekarang, saya merasakan abah akan memperkenalkan calon isteri terbarunya...dan saya berdoa semoga wanita yang dipilihnya itu mampu menjadi peneman kala suka dan duka abah...insya allah...

Saya meneruskan rutin hari raya seperti tahun lalu...menyediakan juadah wajib, ketupat rendang dan juga hidangan rasmi pagi raya...masi beriyani, dalca, ayam merah dan daging hitam....saya juga turut sediakan nasi himpit, kuah lontong dan sambal bilis..sudah lama saya mengidamkan nasi himpit dan lontong...amat puas bila dapat menikmatinya hari raya lalu...Dan seperti biasa juga, raya saya banyak dihabiskan di rumah, melayan tetamu yang datang. Hanya beberapa rumah sahaja yang sempat kami kunjungi....

Raya ketiga, saya dan suami bergerak ke penang dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Terengganu..sepanjang perjalanan saya muntah dan akibatnya saya begitu lemah dan tidak bermaya....tapi rutin menziarahi keluarga di Terengganu harus diteruskan....

Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik dan sempurna..saya bersyukur berpeluang menikmati puasa dan syawal pada tahun ini...moga ada Ramadan dan Syawal untuk saya di tahun hadapan yang pastinya lebih bermakna dengan kehadiran cahayamata pertama kami...Insya Allah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin