Friday, May 16, 2008

Dunia Baru The Movie OST - Cinta Antara Kita Lirik :-

Duta:
sejak dari dulu
ku menyintaimu

kau tahu begitu namun kau berpura

ku masih teringat
kau peluk diriku

yg t
elah membuat ku menyintai mu
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

Duta:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

Baizura Kahar:
setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

Duta:
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu

Baizura Kahar:
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

Duta:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu

Baizura Kahar:
hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

Duta and Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…



Lagu ni sangat kena dengan kisah cinta saya suatu ketika dulu...tapi kini cinta hati saya dah bergelar suami tersayang...saya pasti akan coretkan kisah cinta kami suatu hari nanti..TAPI bukan SEKARANG...cinta hati saya kini ada dua..kedua2nya di dalam gambar di atas....love u 2 with all my heart..

Tuesday, May 13, 2008

First Mother's Day Celebration

"Motherhood is a tough 24 hours job. No Pay, No day off, most often unapreciated; n yet resignation is imposible."
Hurmmm...bila dah jadi ibu ni, barulah saya realize semua ni..sebelum ni kita selalu membayangkan tugas ibu ni mudah tapi hakikatnya, hanya Allah sahaja yang tahu....Saya baru bergelar ibu untuk tempoh kurang dua bulan, namun kesukarannya bagaikan sudah bertahun-tahun saya membawa gelaran itu...Anak adalah amanah Allah dan tanggungjawab itu cukup berat...cukup berat terutama jika kita terpaksa menanggungnya sendirian...dan kala ini saya cuma mampu membayangkan kesukaran mereka yang memegang gelaran ibu tunggal memikul amanah dan tanggungjawab mendidik anak bersendirian tanpa insan bergelar SUAMI.

Sesungguhnya saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerna dikurniakan suami yang bertanggungjawab, baik dan bertimbangrasa. Alhamdulillah, semua tugas menjaga anak kami lakukan bersama2 dengan bantuan keluarga tersayang..Walaupun kadang-kadang saya sedikit pressure dengan kerenah Daniya Alesha terutama ketika dia begitu gelojoh menyusu sambil merengek...tetapi perasaan itu serta merta hilang bila melihat semnyuman dibibirnya selepas kenyang...bahagia sungguh perasaan ini, dan saya amat bersyukur kerna berpeluang merasai semua ini.

Bersama Bunda meniup kek hari ibu hadiah dari hubby

Tahun ini juga tahun pertama saya menyambut hari ibu. Seawal pagi lagi ucapan dan kucupan mesra dari hubby membuatkan saya sebak..dan seperti biasa pastinya mengundang tangis...Tengah hari saya dikejutkan pula dengan sebiji kek hadiah dari suami untuk saya dan 'ibu ' saya kini yang saya panggil bunda. Meskipun bukan insan yang bertanggungjawab melahirkan saya, namun hadirnya bunda dalam keluarga saya membawa makna yang cukup mendalam. Bergelar 'mak tok' kepada Daniya Alesha, bunda tidak pernah berhenti mahupun penat menjaga keperluan saya dan Daniya. Bunda jugalah yang menyediakan segala juadah 'berpantang' saya dan pastinya mengikut menu yang ditetapkan abah. Terima Kasih Bunda...


Bersama arwah mama di Alamanda Putrajaya

Pun begitu, bergelar ummi kepada Daniya Alesha mengingatkan saya kepada arwah mama tersayang..betapa saya banyak melukakan hati mama, membuatkan mama sedih dengan segala tingkah laku saya...tidak banyak membantu meringankan bebannya...sesungguhnya perasaan seorang ibu hanya akan dapat diselami apabila kita bergelar ibu...Buat arwah mama tersayang.. i love you so much...semoga roh mama tenang di sana..

Friday, May 9, 2008

Cerita hari Rabu

Firstly..saya sangat penat sekarang ini...Alesha sangat meragam...
Dia rindukan papa yang berada di KL...tapi nak buat mcm mana...takkan nak paksa papa balik...
So terpaksa lah bersabar menunggu....Hari rabu lepas bawak Alesha pegi check up sebulan..berat princess saya kini dah 4.1 kg dengan kepanjangan 52cm..dia sangat cepat membesar...tapi kesian sesangat..ari rabu tu jugak Alesha kena buat nose suction..hidungnya dipenuhi lendir2...tapi bukan kat bahagian luar..jauh ke dalam..jadi agak sukar untuk saya menyedut dan membuangnya sendiri..maka terpaksalah menggunakan bantuan kepakaran di hospital..kesian alesha menangis tak berenti...dan malam itu sepanjang malam dia tak tido (hingga saya hilang kesabaran)...aduhhhh..baru sikit je nih..saya dah tak dapat tahan sabar kan...ye lah pressure jugak..suami jauh...anak meragam...semua kena handle sorang2..Dan semalam papanya pun balik...sangat mengejutkan..alesha menjadi seorang anak yang begitu baik..sepanjang malam tidak meragam dan hanya merengek ketika waktu menyusu...terus kena kutuk...(umi yang rindu papa ke anak..saja nak suruh papa balik cepat)...dah agak dah..Alesha nih kan..memang nak kena tau..saja je buat umi gini...huhuhuuh...

Okaylah..back to cerita gembiranya...hari rabu jugak saya menerima dua berita gembira...yang pertama masa otw nak ke KMC untuk check up alesha...hubby msg bgtau, kak long (biras saya) akhirnya pregnant setelah lima tahun menunggu cahaya mata sulung...alhamdulillah..bertambah lagi cucu tok ma n tok ki....berita yang keduanya pulak...diterima sewaktu keluar dari parkir kereta KMC...kawan ofis saya cal bgtau ada surat dan beliau mintak izin nak bukak surat tu..bagi saya go aheadlah..bukannya surat cinta..surat rasmi kan...Dan kandungan surat itu sangat memeranjatkan saya....kontrak kerja saya sebagai pegawai media di UniMAP telah ditamatkan...jeng jeng jeng...hehheheh...dan saya ditawarkan jawatan tetap berkuatkuasa 1 Jun ini....alhamdulillah..semua nih rezeki Alesha...hubby ditawarkan jawatan tetap 1 April lalu, dan saya pula 1 Jun ini....semuanya berlaku sangat pantas..di saat penghujung kelahiran Alesha...

Petang Rabu plak..saya dan adik (siriben merah itulah) ke Pacific membeli baju2 untuk Alesha...sangat geram melihatkan koleksi baju kanak2 perempuan...aduhh Alesha..cepatlah membesar sayang..umi tak dabar nak beli baju2 cantek2 untu sayang.....

Sunday, May 4, 2008

Hidup Yang Indah


SAMPAI SYURGA......

Saya suka lagu ini..sangat suka...walaupun lagunya menggambarkan cinta yang tak kesampaian...namun saya tetap sukakannya...ada bait2 lirik tertentu yang membelai jiwa saya...saya begitu terbuai dengan lagu ini....Untuk hubby sayang.....mungkin bait lirik ini sesuai untuk sayang...sampai syurga kan ku cinta dirimu...insya ALLAH

Ku membenarkan jiwaku
Tuk mencintaimu
Kupersembahkan hidupku
Tuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Kumembiarkan hatiku
Tuk merinduimu
Kumenghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Kuberikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin