Tuesday, May 13, 2008

First Mother's Day Celebration

"Motherhood is a tough 24 hours job. No Pay, No day off, most often unapreciated; n yet resignation is imposible."
Hurmmm...bila dah jadi ibu ni, barulah saya realize semua ni..sebelum ni kita selalu membayangkan tugas ibu ni mudah tapi hakikatnya, hanya Allah sahaja yang tahu....Saya baru bergelar ibu untuk tempoh kurang dua bulan, namun kesukarannya bagaikan sudah bertahun-tahun saya membawa gelaran itu...Anak adalah amanah Allah dan tanggungjawab itu cukup berat...cukup berat terutama jika kita terpaksa menanggungnya sendirian...dan kala ini saya cuma mampu membayangkan kesukaran mereka yang memegang gelaran ibu tunggal memikul amanah dan tanggungjawab mendidik anak bersendirian tanpa insan bergelar SUAMI.

Sesungguhnya saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerna dikurniakan suami yang bertanggungjawab, baik dan bertimbangrasa. Alhamdulillah, semua tugas menjaga anak kami lakukan bersama2 dengan bantuan keluarga tersayang..Walaupun kadang-kadang saya sedikit pressure dengan kerenah Daniya Alesha terutama ketika dia begitu gelojoh menyusu sambil merengek...tetapi perasaan itu serta merta hilang bila melihat semnyuman dibibirnya selepas kenyang...bahagia sungguh perasaan ini, dan saya amat bersyukur kerna berpeluang merasai semua ini.

Bersama Bunda meniup kek hari ibu hadiah dari hubby

Tahun ini juga tahun pertama saya menyambut hari ibu. Seawal pagi lagi ucapan dan kucupan mesra dari hubby membuatkan saya sebak..dan seperti biasa pastinya mengundang tangis...Tengah hari saya dikejutkan pula dengan sebiji kek hadiah dari suami untuk saya dan 'ibu ' saya kini yang saya panggil bunda. Meskipun bukan insan yang bertanggungjawab melahirkan saya, namun hadirnya bunda dalam keluarga saya membawa makna yang cukup mendalam. Bergelar 'mak tok' kepada Daniya Alesha, bunda tidak pernah berhenti mahupun penat menjaga keperluan saya dan Daniya. Bunda jugalah yang menyediakan segala juadah 'berpantang' saya dan pastinya mengikut menu yang ditetapkan abah. Terima Kasih Bunda...


Bersama arwah mama di Alamanda Putrajaya

Pun begitu, bergelar ummi kepada Daniya Alesha mengingatkan saya kepada arwah mama tersayang..betapa saya banyak melukakan hati mama, membuatkan mama sedih dengan segala tingkah laku saya...tidak banyak membantu meringankan bebannya...sesungguhnya perasaan seorang ibu hanya akan dapat diselami apabila kita bergelar ibu...Buat arwah mama tersayang.. i love you so much...semoga roh mama tenang di sana..

1 memo menunggu dibaca:

*SiRibenMerah said...

best kan jadi ibu??

selamat hari ibu nana.. jadilah ibu yg terbaik untuk daniya alesha..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin