Tuesday, August 28, 2012

Al-Fatihah ......




Jumaat lalu....saya sedang tidur ketika itu...dek penangan root canal treatment yang dibuat pada siang hari...
terlalu lalok dengan antibiotik...apabila tiba2 telefon berbunyi...
melihat nama yang terpapar di skrin hati terus berdebar kencang...
dan tatkala panggila dijawab..terdengar suara getar teman pemanggil memaklumkan...shah nizam omar rakan kami - wartawan kosmo telah kembali kepada PenciptaNya....

kelu lidah untuk berkata-kata....
baru semalam saya ditunjukkan gambar terkini arwah yang menderita sakit...
dan hari ini...saya menerima khabar duka yang arwah telah pergi selamanya....

saya tak punya kenangan yang banyak dengan arwah...
hanya perkenalan singkat apabila arwah membuat liputan konvokesyen UniMAP pada tahun 2009 bila mana  tahun itu akhbar KOSMO dilantik sebagai akhbar rasmi Festival Konvokesyen UniMAP...
setiap hari arwah akan bergilir-gilir dengan seorang lagi rakan setugasnya untuk membuat liputan...
dan selepas itu, arwah ditukarkan ke Shah Alam...
di sini kami menjadi lebih dekat...apabila rakan-rakan rapat saya di Shah Alam menjadi rakan-rakan rapat arwah..dan secara semulajadinya hubungan kami semakin rapat...

dan kunjungan arwah dan rakan-rakan shah alam ke Perlis tahun lalu menjadikan kami semakin dekat walaupun dipisahkan oleh jarak....


Inilah gambar terakhir sewaktu kami menikmati hidangan laut di Kuala Perlis...
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...

** Al-Fatihah juga buat arwah Khairul (berbaju belang) cinta hati Yong (gadis berbaju merah) yang juga telah dijemput Allah pada bulan April lalu akibat kemalangan... hanya inilah kenangan terakhir saya bersama kedua-duanya...

buat rakan-rakan di Shah Alam... - Yong, Wan, Ilah...bersabarlah ....kalian sahabat terbaik yang akan dikenang oleh arwah berdua... semoga allah merahmati hidup kalian .... love you guys so much...


3 memo menunggu dibaca:

Anonymous said...

Salam Saya salah sorang kawan rapat dengan arwah Shah Nizam semasa kami duduk serumah.Ketika itu arwah bekerja di Pejabat Kosmo Jalan Chan Sow Lin.Kenangan bersama arwah memang tidak dapat saya lupakan.Saya menerima panggilan telepon dari kawan serumah kami, mengatakan Shah Nizam telah meninggal dunia.Saya telah hilang seorang kawan rapat..

Diamilikku said...

Salam...

Semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...kita semua kehilangan seorang insan yang baik...

Lily@MamaZaraZareef said...

al-fatihah utk sume kawan2 akak yg dh pergi meninggalkan dunia ini..semoga roh mereka dicucuri rahmat..amin..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin