Tiada kejayaan yang mudah diraih.....
Melainkan setelah melalui keperitan dan kesusahan...
Begitu juga dengan perjalanan hidup saya...
Banyak mata yang memandang melihat dan menganggap saya bertuah...dipermudahkan dalam segala urusan...
Tapi bahu yang memikul ini yang lebih merasai betapa sukarnya dan beratnya beban yang ditanggung...
Segala pahit getir perjuangan membuahkan hasil yang cukup manis...
Sehinggakan saya tak berhenti mengalirkan air mata....
Sedari hari dimaklumkan bakal bergraduasi...
Hari mengambil jubah...
Waima ketika perarakan graduan masuk ke dewan juga air mata tak henti mengalir....tambah memilukan ketika lagu "ayah dan ibu" dimainkan di dalam dewa...dan sejenak itu juga terbayang wajah arwah mama di kelopak mata yang terus2an mengalirkan mutiara jernih....kalaulah arwah masih ada...saya pasti arwah akan berbangga dengan kejayaan ini...
Bukan kejayaan berseorangan...tetapi kejayaan bersama suami yang saya kasihi...terima kasih sayang kerana sudi menemani dan melalui pengalaman ini bersama2...
Terima kasih tidak terhingga buat keluarga besar saya yang hadir bersama2 menyaksikan detik saya dan suami bergelar graduan sarjana..
Terima kasih yang tidak terhingga kepada uncle dan makcik yang menjadi abah dan mama angkat kepada putera puteri saya sepanjang perjuangan dua tahun ini....jasa mereka teramat besar dan tak mampu untuk saya membalasnya....
Kejayaan anak tak bermakna tanpa ibu bapa...dihari bahagia kami...keluarga mr papa turut hadir meraikan brsama...terima kasih maa dan adik ta...perjuangan kami kini berakhir sudah....
Juga buat abah dan bonda tersayang.....abah...kejayaan ini untuk menebus kembali kegagalan kakak mendapat keputusan cemerlang di peringkat degree dulu...akhirnya...alhamdulillah...Allah merestui perjuangan ini dan hadiahkan kejayaan yang tak pernah disangka2....
Saat pertama dicium dahi sewaktu sah diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri...dan ciuman kali ini membawa erti yang terlalu mendalam...sukar untuk digambarkan dengan kata2.....sesungguhnya saya bersyukur dengan anugerah indah yang Allah kurniakan ini....menghadiri konovokesyen bersama suami tersayang adalah sesuatu yang tak pernah saya impikan...terima kasih tuhan utuk pengalaman indah ini....
Terima kasih juga buat adik2 yang sudi hadir memeriahkan konvokesyen kami...hanya Allah tahu betapa gembiranya hati ini melihat wajah2 yang disayangi ada di luar dewan.....syukur ya Allah....
Dan kejayaan kami menjadi lebih manis apabila ia turut dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo....akhbar yang menjadi sumber rezeki saya untuk tempoh tujuh tahun sebelum bertukar ke UniMAP....terima kasih bos2 atas penghargaan ini....
and last but not least....terima kasih UniMAP atas peluang ini....
Saya bahagia....sungguh bahagia...