Wednesday, December 26, 2012

Girlfriend Mr Eastguy.....

Jelesssssss....
Mr. Eastguy saya ada gf baru...
Jalan berpelukan...berpegangan tangan...siap berdukung beribaan lagi...
Depan mata saya pulak tu...
hahahhahahaha... nauzubillah...
moga dijauhkan..saya gurau je..
Tapi memang ini hakikatnya...
Anak dara saya mmg sangat rapat dengan Mr. Eastguy...tido pun nak dengan Mr Eastguy...tapi saya tak kisah...sebab saya sendiri mmg close dengan abah saya..bukan saya tak sayang arwah mama...sayang teramat sayang...cuma memang normal kan..anak perempuan close dengan ayah..dan kontrasnya Aisy close dengan saya...sangat close..so fair and square... :-) ♥♡♥♡

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 24, 2012

Year End Vacation

Alhamdulillah,,,dengan rezeki yang dikurniakan Allah..
tahun 2012 diakhiri dengan percutian yang tidak dirancang ke Cameron Highland...
Sebab apa saya katakan tidak dirancang? sebabnya plan ini dibuat pada saat akhir di saat saya dan mr eastguy sedang menunggu flight untuk pulang ke Alor Setar...Mr Eastguy di Subang menunggu firefly...saya di Sepang menunggu Air Asia...Mr Eastguy dari Laos dan saya dari tugasan di KL...so sambil menunggu flight..kami berwhatsapp..
Me : Sayang..weekend ni kita nak gi kenduri kat Taiping kan..jom terus naik Cameron..boleh bawak anak2 jalan..since duk sibuk keje bulan ni..
Eastguy : okay...nanti abang contact kawan abg kat sana...
selang beberapa minit 
Eastguy : Okay love abang dah call dah..dia dah bg no hotel...sat abg call..kita nak pi bila..
Me : 22 balik 24
Eastguy : Hurmm tak boleh la love..hotel kena bayar deposit dulu...
Me : Takpelah kalau tak boleh..lain kali kita pi...
So perbualan kami berakhir di situ..duk tak lama lepas tu..ada msg masuk..
Eastguy : Okay love..dah settle booking hotel..budak coach Rama tolong bayar deposit dah...lepas kenduri kita naik...
phewwwwww....Semua perbualan ni berlaku pada hari Khamis..dan plan kami untuk ke CH pada hari Sabtu..selang sehari sahaja...
Tapi demi anak yang disayangi...diketepikan semua penat dan letih..walaupun Eastguy saya demam..kami gagahi juga untuk putera dan puteri kesayangan....

Inilah wajah keriangan anak kami...gambar kiri ketika dalam perjalanan mendaki CH selepas menghadiri kenduri di Taiping...perjalanan agak memenatkan memandangkan kenderaan yang bertali arus...
TrafficJammed di Plaza tol Simpang Pulai sahaja dah cukup menyesakkan dada...
Inikan pula traffic jammed menghampiri Pekan Brinchang...bayangkan perjalanan sejauh 5 kilometer mengambil masa 1 setengah jam....anak dah restless dalam kereta..nak susu la..nak tido la...
tapi sebab excited nak bercuti...semua menunggu penuh kesabaran...sudahnya kami check in hotel lebih kurang hampir ke pukul 10 malam..
Sebabkan keletihan semuanya tidur dengan nyenyak..dan pagi esoknya bermulalah kembara kami menghiburkan hati anak2...

Destinasi Pertama ke Ladang Strawberry....
Anak2 bergaya serupa masing2 ada di Korea...dengan snow cap dan glove complete set...

Bukannya apa..di sekitar hotel jualan snow cap dan glove berleluasa..melihatkan rakan2 seusia dan yang lebih besar bergaya ala oversea..anak2 saya pun tak nak lepaskan peluang..so menjadi tugas achik kesayangan anak2 la untuk belanja...dapatlah sorang sepasang...so bergayalah masing2...

 
Di ladang strawberry ni..kami turut menikmati  aiskrim homemade dan strawberry coklat...
Dan bergambar bersama2 Giant Strawberry....

Destinasi seterusnya ialah ke Bharat Plantation Tea...
orang sesak ramai sesangat..sampaikan parking pun penuh..
tapi sebab orang kata tak sah ke CH kalau tak menikmati keindahan panorama ladang teh...
makanya kami tetap bersemangat nak mencium sendiri haruman teh segar dari ladang...
Dengan berhati-hati kami menuruni lembah dan lurah..ecewah untuk bergambar di tengah2 pokok2 teh..
tapi sebab bersama anak2 takde la nak turun ke bawah sangat... 
Syukur Alhamdulillah...sempat la kami menikmati keindahan panorama sebelum hujan turun menyiram bumi CH...walaupun tak lebat tapi memang agak bahaya untuk turun ke bawah...licin dan tanah basah..

So memandangkan niat kami ke CH nak hiburkan dua permata hati kesayangan kami..
Aisy Mifzal dan Daniya Alesha...
makanya..destinasi seterusnya ialah ke Tanah Rata...

   
Memberikan kebebasan untuk anak2 bermain di Playground CH di Tanah Rata...
memang ramai keluarga membawa anak2 ke sini..siap ada yang berkelah lagi..
memang lokasi ni sangat mendamaikan..dan sesuai untuk ibu bapa lepaskan anak2..
permainan semua tak begitu membahayakan..

Selepas puas di playground sambil menikmati hidangan cucuk2 yang dibeli mr eastguy..anak2 beralih pula ke fruits and vege park bertentangan playground... Teruja budak2 ni melihatkan buah2an bersaiz giant...
tapi Aisy sangat teruja nak mendaki kesemuanya..contras ngan kakak yang agak penakut...
Tapi apapun..saya puas hati bila anak having a good time kat sini..
balik ke bilik masing2 terbungkang lena..kepenatan..



hehehehheheheh...tapi kan...
 tak sah percutian tanpa aksi2 romantika di amour...
Haruslah ummi dan papa ambik kesempatan juga untuk bergambar berdua...
to be honest..ni kali pertama kami ke CH...
yang betul menikmati kedinginan dan keindahan panorama...
So to my dearest Mr Eastguy...
Thank you for everything....
thank you for make us happy..
and thank you for the unplanned vacation to end our 2012
..
May 2013 akan disusuli dengan lebih banyak percutian family...
Insya Allah...

 

Saturday, December 15, 2012

Apple Dumpling ♥♡♥ Cappuchino Cheesecake

Dah besar dah anak2 saya...
Alesha tahun depan 5 tahun dah..Aisy pulak 4 tahun... aduhhh cepat sungguh masa berlalu kan..terasa mcm baru sangat lahirkan depa..
Kedua2nya sangat pandai mengambil hati...sangat menceriakan...dan sangat membuatkan saya terhibur...walau ada kalanya kepenatan dan kelelahan melayan keaktifan keduanya...kelasakan yg tiada batasnya... phewww..
Ya Allah kau terangilah hati anak2 kecil ini agar mudah menerima pelajaran yg diajar..kau kuatkanlah hatiku untuk mendidik mereka menjadi anak yg solehah/soleh. Agar kedua2nya berjaya di dunia dan akhirat.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 13, 2012

Benci....

Sungguh...to the max....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 12, 2012

Novel Yg Menyesakkan

Saya tak suka novel ni.....
Saya menyesal baca novel ni...
Saya rasa marah sgt dengan watak2 dalam novel ni....

Cerita dia mengenai Hersalina...seorang gadis yang dilahirkan hasil persetubuhan haram Puan Rita dengan kekasih hatinya... Puan Rita telah menpunyai suami (Tuan Karim) tetapi pada masa sama masih menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih yang amat dicintainya... perkahwinannya hanya atas dasar kekayaan suami semata2... so bila asyik beehubungan akhirnya Puan Rita termengandung...tapi bf nya x mau anak tu dan x mau bertanggungjawab....Puan Rita lakukan macam2 untuk menggugurkan kandungan tersebut tapi Allah tetap inginkan bayi itu dilahirkan...nak menutup malu... Puan Rita berlakon yg dirinya diperkosa di hadapan suami... akibat geram..suaminya membunuh bf Rita..tapi dendam x berakhir disitu... sebaik bayi tu dilahirkan Puan Rita x mengaku anaknya...so bayi tu dijaga oleh pembantu rumah mereka....Hersalina x dibenarkan bergaul dengan sesiapa pun dan x dibenarkan tahu status dirinya...sekolah pun x dibenarkan..maka membesarlah Hersalina dlm persekitaran yang dikongkong dalam suasana yg menyedihkan...didera...dimaki..dipukul...oleh Puan Rita sekeluarga...apabila meningkat remaja..Hersalina menjadi anak gadis yang cantik...walaupun sentiasa berpakaian hodoh...hersalina hanya tinggal di pondok buruk di pinggir hutan... disebabkan kawasan tersebut sunyi..Hersalina menjadi mangsa rogol anak2 lelaki Puan Rita dan Tuan Karim...berulang kali...sehinggalah mengandung...disebabkan lemah Hersalina di bawa ke hospital oleh pengasuh tp masing2 x tahu yg Hersalina diperkosa...maka di hospitallah terbongkar segalanya....kedua2 pembantu membuat laporan polis tapi disebabkan keadaan Hersalina yg lemah polis x dpt ambil kenyataan. Hersalina kemudiannya dibawa balik ke rumah...pembantu rumah cuba berbincang dengan Puan Rita sekeluarga..tapi langsung x dilayan...kedua2 pembantu dikurung dalam bilik..Hersalina dibawa berjumpa bidan kampung untuk digugurkan kandungan...bila gagal x berjaya Hersalina ditinggalkan dalam hutan agar mati....namun Allah terus bersama Hersalina...hiduplah dia sebagai gelandangan untuk mencari makanan untuk bayi di dalam perut...sehinggalah perut semakin membesar...Hersalina masih bertahan...bila Puan Rita suami isteri dapat tahu..terus dicarinya Hersalina...kali ni bertindak kejam..memijak perut Hersalina sehingga bayi terkeluar dan meninggal dunia....Kemudian hersalina dan baby ditinggalkan begitu sahaja...selepas terjaga dari pengsan..Herasalina gagahkan diri untuk kebumikan anak...lepas dikebumikan Hersalina pengsan x sedarkan diri...nak dijadikan cerita kawasan Hersalina ditinggalkan merupakan kawasan dusun terbiar milik sebuah keluarga...setelah 10 tahun terbiar...anak lelaki keluarga tersebut berhasrat ke dusun untuk membersihkan kawasan... dan akhirnya bertemu dengan Hersalina dan dibawa ke hospital..kebetulan pemuda itu seorang doktor...terus merawat Hersalina yang dalam keadaan koma...masa ni Puan Rita dan suaminya jadi buruan polis dah...so hospital call rumah nak maklumkan Hersalina dijumpai.. (rekod lama masa Hersalina diperkosa dulu). Puan Rita kemudiannya menyamar jadi pbantu rumah dan ke hospital dengan niat nak bunuh Hersalina...di sinilah Puan Rita akhirnya mati ditembak polis.... Hersalina akhirnya sedar dari koma..dan digambarkan hidup bahagia dengan pasangan suami isteri pembantu rumah yang dijumpai polis disorokkan dalam salah satu bilik rahsia di banglo Puan Rita....sekian sangat penat baca cerita ni...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 10, 2012

Abang yang manja

Dah lama rasanya tak berceloteh kisah anak2 di blog..sungguh lama...
rasanya skill nak mengarang pun dah berkurangan...saya minta maaf kepada pengunjung blog yang masih setia...atas sifat kemalasan saya...
Sebenarnya hati sangat memberontak untuk berceloteh di blog...tapi keadaan dan masa tak mengizinkan...
Alhamdulillah hari ni punya sedikit kesempatan...
Aisy Mifzal kini dah berusia 3 tahun...tahun depan bakal menginjak ke usia 4 tahun...tapi pertuturan masih pelat dan tidak seperti kakaknya...yang petah dan mampu bertutur sebutir2 pada usia 2 tahun ++... dari segi sikap dan perangai pun memang jauh berbeza...Alesha dah free baby sit pada usia 2 tahun...sedangkan aisy masih menjadi penghuni tetap baby sit sehingga kini...sebabnya aisy sangat susah nak duduk diam...putera kecil saya ni hanya akan diam apabila tido...selain itu aktif bergerak ke sana sini..tak kira masa...berjalan bukan aisy mifzal namanya...si kecil ni hanya suka berlari dan berlari.... *Mewarisi keaktifan papa eastguy*
walaupun masih baby pada saya...tapi aisy sudah mula membahasakan dirinya abang...terlalu inginkan adik mungkin...tapi apakan daya rezeki masih belum memihak kepada saya...
Buat masa sekarang saya bersyukur dengan kedua-dua permata hati saya yang dikurniakan Allah...
Seperti yang saya katakan tadi..walaupun dah membahasakan dirinya abang..tapi masih terserlah sisi manja seorang aisy mifzal...
Tido sentiasa nak berpelukan...bukan peluk yang sikit2..memang peluk yang kadang2 saya terasa ishhh tak lemas ke dia..tapi itulah hakikatnya...disembamkan mukanya di dada dengan tangan dan kaki memeluk erat kita....kalau tengah malam terlepas pelukan.. akan kedengaran lah dialog... "ummi... ummi mana..big hug abang ummi" selepas dipeluk akan nyenyak kembali....


Saya kan ke Penang last week since Selasa..Jumaat petang baru balik...sampai2 sahaja terus ke umah mama pengasuh jumpa both of them...rindu sangat2...tapi tak boleh nak ambil balik rumah tido sebabnya Sabtu saya ke Haatyai ada tugasan..so malam tu kami dinner sama2... dan alhamdulillah..sewaktu saya hantar balik kedua-duanya nampak happy dan tak menangis...
Dan semalam (ahad) saya ambil kedua-duanya dan terus balik rumah abah di Alor Setar...dan dua minggu tak balik...rindu pulak owan n maktok pada cucu2...
Disebabkan terlalu letih saya sampai je terus tido....tersedar jaga bila aisy datang peluk sambil cium pipi..." ummi bangun kita makan nasi"... After lunch aisy dah mula tenyeh2 mata dan menyendeng2...bawak masuk bilil..peluk...usap2 rambut..tak sampai 5 minit...zzzzzzzzzz ketiduran....dengan ummi2 sekali ketiduran...hahahahahahha....kakak as usual melayan tv...
petang bangun solat..then minum petang sama2...layan both of them main...lepas tu terus mandikan diorang since kami perlu balik ke Perlis... lepas mandi suapkan nasi for dinner sesiap...sambil nonton tv....lepas solat maghrib kami pun balik ke Perlis...dan inilah aksi si kecil ni sepanjang malam...
berbaring di ribaan ummi...tak lepas2...naik lenguh paha ummi jadi bantal abang...hehehhehe...
Lepas habis layan cerita cinta halal di TV3...terus ajak both of them masuk tido....
Usap2 kakak... sekejap je dah lena since kakak tak tido siang...


Tapi abang sempat bikin drama swasta ngan ummi...diusapnya pipi ummi...disentuhnya hidung...diciumnya dahi....disusuli dengan pelukan...sambil dalam pelat mulut bersuara : abang sayang ummi..ummi jangan risau kay... aduhhh tersentuh hati....saya peluk tubuh kecil dan cium tanpa henti...saya bisik ditelinganya ummi pun sayang abang juga... terus diciumnya pip saya sekali lagi... abang sayang ummi banyak2... good night ummi...i love u....

Aduhhhh....terbuai emosi seketika...moga kasih sayang anak teruna saya ni akan berpanjangan selamanya...jangan bila dah besar malu nak sayang ummi yer abang.... muahhhhhhhhhh.....

Tuesday, December 4, 2012

Merindu.....

Sedang bertugas di Pulau Pinang....
Dan saya merindu kedua2 putera puteri saya... 4 hari bukan jangka masa yang singkat... dan hari ke 5 perlu ke tugasan lain pula di daerah lain... huhuhu....

Monday, December 3, 2012

Anak-anak penenang jiwa.....


Lama blog saya dibiarkan sepi....
Lama blog saya sunyi tanpa entry...
Lama juga blog saya terbiar tak dihuni..




Rindu untuk menulis....
Rindu untuk menitip kata....
Rindu untuk berkongsi gelak tawa tangis...
Rindu untuk berkongsi cerita...






Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..
Gelanggang blogging kembali dibuka...


Hehheheheheh...
Mulakan dengan entry anak2 penyejuk jiwa....dan selepas ini In Syaa Allah akan sentiasa ada....



SURPRISE 2

Alhamdulillah....
hadiah yg tak disangka dari suami tercinta...tak pernah impikan pun diberikan hadiah seumpama ini...tapi kasih seorang suami....sentiasa tahu apa inginnya di hati sang isteri.... terima kasih suami....


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin