Tuesday, January 30, 2018

M.I.M.P.I


Kata orang mimpi itu mainan tidur.
Tak usah di layan syirik jadinya.
Tak ada niat saya untuk melayan mimpi2 ini, cumanya bila;
bermimpikan sesuatu yang agak menggerunkan.
.
Situasinya saya sedang berjalan2 di hadapan jalan rumah abah,
dengan tiba2 kawasan tersebut dipenuhi ular.
Yang pelbagai bentuk, saiz dan warna.
Yang datangnya dari pelbagai arah menuju kepada saya yang mana akhirnya ular2 tersebut memanjat tubuh saya.
.
Sungguh saya gusar - apakah ini petanda Allah azab yang bakal saya terima kelak;
sering dalam pembacaan balasan2 Allah berbentuk binatang berbisa ini ada.
.
Kejadian mimpi ini saya ceritakan kepada Mr. Papa dan anak2 pun ada berdekatan bermain.
Tak saya menyangka, kejadian mimpi itu diceritakan Alesha kepada ustaz di sekolahnya.
Yang kemudiannya bila balik ke rumah Alesha menjelaskan maksud mimpi tersebut dari tafsiran ustaznya.
Yang antara lainnya bermaksud - ada orang sedang berusaha dan mencuba untuk melakukan sihir
.
Sihir.
Nauzubillah.. moga Allah lindungi.
Tiada sedikit pun niat untuk mempercayainya.
Kepada Allah jua saya berserah.
.
Aamiin.




Tuesday, January 23, 2018

M.E and H.I.M




Pemilik hati.
Yang kadang-kadang tetap bikin saya makan hati
Dan ada ketikanya cambahkan bunga-bunga dalam hati
.
Saya dan dia jauh beza.
Baik dari segi tingkah mahupun usia
Namun ketaksamaan itulah yang jadikan kami berdua
Saling lengkapi dan sentiasa berusaha
Untuk terus menongkah cabaran dan juga ujian dariNya.
.
Sayang sepenuhnya
Moga kekal selamanya
Biar sampai syurga cinta kita
Yang memisahkan hanya jasad dan nyawa
Serta ajal ketentuanNya
Mudah-mudahan hendaknya.
Amiiin.
.

Posting khas menjelang ulang tahun pernikahan ke-11 Februari ini.








W.A.N.I.T.A


Saya masih tak boleh hadam kejadian tular wanita semalam tu.
Serius saya kesian.
Dengan mendukung anak kecil, phisically she's okay.
Tak gemok, takdelah tak cantik.
Entah apalah yang ada dalam fikiran si suami. Nauzubillah.
.
Saya bukan penentang poligami.
Kahwinlah dua atau tiga sekalipun sekiranya mampu.
Pakcik saya sendiri beristeri lebih seorang. Tapi dari segi kewangan memang dia lebih dari mampu.
Cuma dari segi didikan dll. Saya kira banyak yang terabai.
Dan satu prinsip saya - kalau betul-betul hendak, berkahwinlah dan halalkanlah.
.
Saya cukup pantang lelaki yang dah beristeri dan mempunyai kekasih gelap di belakang isterinya.
Dan kepantangan saya juga apabila ada yang bersekongkol menghalalkan perbuatan tersebut.
Terutama bila yang bersekongkol itu kenal baik si isteri.
Nampak tak pengkhianatan yang terang-terangan??
.
Wanita ni darjatnya cukup mulia.
Allah menyuruh setiap dari kita memuliakan wanita.
Ibu diberikan penghormatan tiga kali berbanding ayah.
Makanya seorang suami yang punya isteri yakni ibu kepada anak2nya - wajar dihormati.
Tapi kalau lelaki atau suami tadi lebih suka berhubungan tidak halal.
Untuk apa lagi wanita itu perlu setia.
.
Perkahwinan - akad - ijab dan kabul.
Perjanjian sang suami untuk bertanggungjawab menjaga isteri dan seterusnya keluarga.
Jika perjanjian itu telah dikhianati apa masih perlu setia?
Orang akan melihat tulisan saya sebagai - benda tak jadi dekat kau senang lah cakap.
Tapi saya masih berpegang kepada sayangkan suami tu berpada-pada.
Selagi dia masih suami ayah yang bertanggungjawab - setia dan menjaga hubungan perkahwinan dengan baik sayanglah sepenuh hati.
Tapi kalau sedah sebaliknya - janganlah direndahkan martabat wanita untuk merayu sang suami.
Unless beliau taubat dan insaf sepenuhnya untuk tidak mengulangi.
Sebabnya banyak lelaki yang kantoi minta maaf pujuk dan belai maka cairlah isteri.
Dan teruslah memaafkan dan menganggap yang salah ialah wanita kedua yang hadir.
Sedang kita tak tau di belakang sang suami masih berhubungan secara rahsia ibarat pasangan asyik bercinta.
.
Moga Allah pelihara mahligai perkahwinan yang saya bina dan jauhkan kami dari ujian sebegini. Aamiin
.



T.U.L.A.R ataupun V.I.R.A.L

Tular merupakan istilah yang boleh dikatakan menghantui hidup masyarakat kini.
Perkara positif ditularkan untuk kebaikan.
Yang negatif pula ditularkan kononnya untuk pengajaran.
.
Tapi betulkah orang melihat tular itu dalam konteks yang begitu?
Seperti yang saya coretkan semalam, manusia hanya ingin melihat apa yang matanya suka dan mendengar apa yang telinganya mahu dan bercakap apa yang mulutnya utarakan. Tidak pernah (atau jarang) ada manusia yang memberi pemahaman mengikut kehendak individu yang bercakap. Betul kan??
.
Yang paling saya yakin, dalam banyak2 tular..tular yang membuka aib orang lain yang paling banyak menghiasi media sosial dan mengundang komen2 netizen yang pelbagai termasuk menjatuhkan hukum.
Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman bekerja di sektor media konvensional, saya amat mengutamakan ETIKA. Etika dalam perkongsian di media sosial atau pun etika dalam menyalurkan apa2 berita dan maklumat. Baik di saluran media sosial rasmi atau peribadi.
Meskipun ia sering dikaitkan dengan hak asasi manusia namun yang paling utama bagi saya - belajar menghormati hak dan peribadi orang lain.
.
Seperti semalam, kecoh di media sosial seorang wanita menampar suami yang ditangkap bersama seorang gadis di sebuah mall.
Ianya pada asalnya hal dalaman wanita terbabit - cuma yang salahnya ia berlaku di tempat awam.
Perkara kedua yang salah ialah apabila ada yang merakamkan dan menularkannya.
Nampak tak?? Bilamana tular menguasai minda kita kadangkala gagal untuk menafsir dan bertindak secara rasional.
.
Wanita (baca mangsa) dalam kes tersebut sedang dalam amarah.
Tindakan yang dilakukannya juga adalah tindakan refleks apabila amarah menguasai diri.
Syaitan memulakan aksi mencucuk jarum - sehinggakan minda tidak rasional.
Maka berlakulah adegan seperti di dalam video.
Tetapi individu yang menjadi perakam itu sepatutnya lebih rasional.
Mencuri merakam dan menyebarkan rakaman itu adalah satu kesalahan.
Entah apalah yang ada dalam fikiran individu tersebut sewaktu bertindak merakam dan menyebarkannya.
Wallahualam.
.
Konklusinya. Kita perlu ada etika.
Hentikan sesuatu yang melanggar hak orang lain.
Pokok pangkalnya pada diri kita.
Tindakan kita yang menentukan kematangan dan pemikiran kita.
.
Psst - balik ke asal. Didikan mak ayah dah sempurna untuk ajar kita bezakan mana baik dan mana buruk.



Monday, January 22, 2018

W.I.S.H.L.I.S.T 2018

Bila bermulanya tahun baharu maka bermulalah azam baharu.
Menjelang usia 40 tahun ni, satu benda yang saya sedar - saya tidak menginginkan sesuatu yang fizikal/barangan.
Mr Papa belikan beg Prada masa birthday pun dah tak rasa apa.
Walaupun dulu menginginkan ia tapi bila dah dapat rasa..Ya Allah membazirnyaaaa.
Entahlah. rasa macam apa yang paling dikehendaki sekarang adalah MASA.
Masa untuk bersama keluarga.
Masa untuk diri sendiri.
Masa untuk bersenang lenang selepas waktu kerja.
Masa untuk mendekatkan diri padaNya.
.
Banyak dah masa saya yang terbuang sebelum ini.
alpa, lalai leka.
Syukurlah Allah masih izinkan bernafas. Kalau dicabutnya nyawa waktu skrg?
Adakah dah besedia di sana?
.
Kalau orang baca orang kata macam bagus ja tulis.
Well..kita tak akan dapat puaskan hati sesiapa pun.
Hati kita hanya kita yang tau yang rasa.
Lantaklah apa orang nak kata kan. Yang penting bila kita rasa nak buat macam tu kita buat sahaja.
Orang suka dia terima kita, orang tak suka kita duduk ja diam-diam.
.
Dan menjelang usia 40 tahun ni juga saya mula merasakan kualiti KAWAN adalah lebih penting dari kuantiti.
Ada yang berjauh hati, ada yang berdengki, ada yang depan lain belakang lain tu bagi saya dah tak berapa nak utama.
Sebab dalam apa juga keadaan dan situasi kita tahu siapa yang kita boleh menumpang kasih dan sayang.
Kawan mana yang akan ada dalam susah dan senang kita.
Kalau orang nak kata kera sumbang sebab tak berkawan pun biarkanlah.
Kawan tak semestinya ada dan sentiasa bersama kita setiap masa.
Biar jauh di mata, yang utama kita sentiasa ada dalam doa mereka2 yang ada di hati kita.
.
Wishlist tahun ni juga nak amalkan gaya hidup sihat.
Bukan untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan.
Tapi lebih kepada nak memastikan kesihatan sentiasa di tahap yang terbaik.
Alesha tahun ni 10 tahun, Aisy pula 9 - harapannya dapatlah bertahan hidup lebih lama nak tengok keduanya membesar dengan sempurna, jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
.
Aurat - pun nak ditingkatkan. Slowly but surely kata orang.
Insya Allah.
.
PhD - hurm. not this year i guess.
Sebab ada satu wishlist paling utama yang diinginkan tahun ini.
dan moga Allah makbulkan dan izinkan ia berlaku.
Aamiin.
.
Pssst - hidup adalah berdasarkan aturan kita. Hentikan memikirkan ia dari sudut pandang orang luar.




R.E.Z.E.K.I

Sesuatu yang terlalu subjektif untuk diperkatakan.
Ada orang melihat rezeki itu pada nilaian duit semata-mata.
Namun hakikatnya rezeki itu pelbagai.
Datang dalam pelbagai bentuk/takrifan/kurniaan yang kita tak terjangkakan.
.

Image result for rezeki

Seperti ayat di atas.
Rezeki itu ujian Allah. Kadang kita nampak mewah tapi apakah kita dipandang Mulia di sisiNya?
Kadang kita lihat ada orang yang rezekinya sempit. Tapi hidupnya jauh lebih bahagia dari kita.
.
Nampak tak?? Kalau Allah tak bagi bukan bererti Allah tak sayang.
Kalau setiap yang diinginkan tak dipenuhi bukan bererti Allah tak izin.
.
Pegang satu sahaja - Allah akan bagi pada masa dan ketika yang Dia kehendaki.
Kalau dapat bersyukurlah.
Kalau tak dapat Sabar dan redhalah.
.
Dan bagi saya - Saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan suami yang penyayang. Suami yang ringan tulang membantu di rumah. Suami yang sentiasa menjaga hati isterinya yang kuat cemburu, yang suka merentan ini.
.
Saya juga bersyukur dengan puteri putera kesayangan. Yang Alhamdulillah sentiasa dalam tahap kesihatan yang baik, yang dipermudahkan urusan menuntut ilmu keduanya.
.
Psssst : Maka nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan?


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin