Tular merupakan istilah yang boleh dikatakan menghantui hidup masyarakat kini.
Perkara positif ditularkan untuk kebaikan.
Yang negatif pula ditularkan kononnya untuk pengajaran.
.
Tapi betulkah orang melihat tular itu dalam konteks yang begitu?
Seperti yang saya coretkan semalam, manusia hanya ingin melihat apa yang matanya suka dan mendengar apa yang telinganya mahu dan bercakap apa yang mulutnya utarakan. Tidak pernah (atau jarang) ada manusia yang memberi pemahaman mengikut kehendak individu yang bercakap. Betul kan??
.
Yang paling saya yakin, dalam banyak2 tular..tular yang membuka aib orang lain yang paling banyak menghiasi media sosial dan mengundang komen2 netizen yang pelbagai termasuk menjatuhkan hukum.
Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman bekerja di sektor media konvensional, saya amat mengutamakan ETIKA. Etika dalam perkongsian di media sosial atau pun etika dalam menyalurkan apa2 berita dan maklumat. Baik di saluran media sosial rasmi atau peribadi.
Meskipun ia sering dikaitkan dengan hak asasi manusia namun yang paling utama bagi saya - belajar menghormati hak dan peribadi orang lain.
.
Seperti semalam, kecoh di media sosial seorang wanita menampar suami yang ditangkap bersama seorang gadis di sebuah mall.
Ianya pada asalnya hal dalaman wanita terbabit - cuma yang salahnya ia berlaku di tempat awam.
Perkara kedua yang salah ialah apabila ada yang merakamkan dan menularkannya.
Nampak tak?? Bilamana tular menguasai minda kita kadangkala gagal untuk menafsir dan bertindak secara rasional.
.
Wanita (baca mangsa) dalam kes tersebut sedang dalam amarah.
Tindakan yang dilakukannya juga adalah tindakan refleks apabila amarah menguasai diri.
Syaitan memulakan aksi mencucuk jarum - sehinggakan minda tidak rasional.
Maka berlakulah adegan seperti di dalam video.
Tetapi individu yang menjadi perakam itu sepatutnya lebih rasional.
Mencuri merakam dan menyebarkan rakaman itu adalah satu kesalahan.
Entah apalah yang ada dalam fikiran individu tersebut sewaktu bertindak merakam dan menyebarkannya.
Wallahualam.
.
Konklusinya. Kita perlu ada etika.
Hentikan sesuatu yang melanggar hak orang lain.
Pokok pangkalnya pada diri kita.
Tindakan kita yang menentukan kematangan dan pemikiran kita.
.
Psst - balik ke asal. Didikan mak ayah dah sempurna untuk ajar kita bezakan mana baik dan mana buruk.
It has been 17 years..
1 day ago
0 memo menunggu dibaca:
Post a Comment