Monday, March 24, 2008

aku yang kau pilih






malam selalu panjang...
di waktu aku merindukanmu...
kau bisa menjaga aku...
hingga diriku merasa teduh...
aku seperti kamu..
menginginkan dan memerlukanmu...
karena kita tak mampu..
untuk selalu pergi menjauh...
kau jadikan aku ini..
wanita yang kau pilih...
untuk jadi kekasihmu...
dan kau pun tlah aku minta...
setia sepertiku... hingga waktunya tiba
aku percaya penuh...
kau kan buatku bahagia...
karena cinta tercipta...
datangnya dari dalam hatiku...

Entry yang sekian lama saya tangguh...hehhehe..banyak benda berlaku ditambah dengan kesibukan masa untuk upload gambar...17 Februari 2008, genap setahun usia perkahwinan saya dan hubby. Meskipun baru setahun menyulam cinta bersama, terlalu banyak kenangan yang kami kongsi dan lalui...saya bahagia memiliki dirinya dan saya berasa sungguh bertuah kerna menjadi wanita pilihannya...
Sungguhpun usianya muda, namun yang nyata hubby sangat matang dan bijak mengawal keadaan dan situasi terutama di kala keadaan saya yang sebegini...kadang kala tingkah laku saya sukar dikawal namun, hubby sering menggunakan kebijaksanaannya untuk memastikan setiap rajuk dan sedih saya diatasi...
Ternyata pilihan saya tepat. Dia LELAKI terbaik dalam hidup saya..hadirnya dia membawa sinar kebahagian...langit saya sentiasa biru dan cerah dengan adanya dia di sisi. Semoga hubungan ini akan terus mekar dan romantis selama2nya...
Untuk hubby tersayang : ``I really love you dear...thanx for ur love n care... mwaaaahhhh"

Friday, March 14, 2008

Rindu


"saat ini ada hati yang sedang merindu....."
Saya bukanlah seorang yang lemah..tapi dengan hadirnya dia dalam hidup saya, saya bagaikan kehilangan diri saya yang dulu...seorang yang kuat, tabah dan sentiasa bersemangat...huhuhu...sangat tidak menyeronokkan..tapi apakan daya...dua tahun memendam rasa dan bila akhirnya dia sah menjadi milik saya, hati ini telah saya serahkan 100 peratus padanya..dan kini..saat terpaksa berjauhan, saya semakin tersiksa..saya terlalu rindukan dirinya..
Bait lagu rossa ini sentiasa saya jadikan pegangan...kau jadikan aku ini wanita yang kau pilih untuk jadi kekasihmu...dan kau pun aku pinta, setia sepertiku, hingga waktunya tiba...aku percaya penuh, kau kan buatku bahagia...kerna cinta tercipta datangnya dari dalam hatiku....
Kala ini saya amat mengharapkan hadir dirinya...namun apakan daya..ada tugasan yang perlu dilaksanakannya..hanya satu yang saya harapkan..moga dirinya juga merindui saya seperti mana saya merinduinya....

Thursday, March 13, 2008

Aduh..serik rasanya


Last week, saya terpaksa ditempatkan di sini selama dua hari satu malam..kalau ditengokkan facilities memang mcm hotel..tapi bila memikirkan pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh tersebut..aduhhhh..serik rasanya...kalau boleh tak nak lagi dah dimasyukkkan ke wad..tapi apakan daya..saya harus melahirkan benih cinta saya di hospital juga kan....cuma pilihan saya kali ini untuk ke private selepas melalui satu pengalaman yang memeritkan di HSB...

Bukan saya ingin menidakkan hospital kerajaan tetapi saya merasakan dalam keadaan kita sakit nak melahirkan baby, perhatian dan jagaan insan2 tertentu adalah sesuatu yang perlu...

Pengalaman 1:
Tidak ada sesiapa pun dibenarkan menemani pesakit di hospital kecuali ketika waktu melawat sahaja...waima ibu atau kakak atau saudara perempuan pun tidak dibenarkan menemani pesakit wanita...aduhhh sungguh perit rasanya...melihatkan keadaaan patient di sebelah katil saya yang masih weng selepas melahirkan bayi terpaksa melakukan semua urusan sendirian..ke tandas, menukar pad dan menjaga bayi yang diletakkan di sebelah katil ibu...kasihan saya melihatkan dia yang terpaksa menahan kesakitan melakukan semua itu...Bagi saya, tak salah rasanya kalau dibenarkan seorang waris menemani...untuk memudahkan urusan...

Pengalaman 2 :
Mendengarkan pengalaman kakak di hadapan katil saya pun sudah cukup membuatkan bulu roma saya meremang...Kakak itu dipaksa untuk melahirkan anak secara normal, meskipun kala itu dia sudah tidak mampu untuk `push' lagi..tetapi apa yang dilakukan doktor??? Ditorehnya sehingga ke bontot (yesss bontot dan torehan yang sangat panjang)...dan kedua-dua kakinya dilipatkan sehingga menyentuh kepala...proses ini dilakukan untuk memaksa dan memudahkan bayi keluar..dan akhirnya keluarlah seorang bayi lelaki seberat 4.5 kg secara normal...Maka terperanjatlah doktor2 di situ kerana menyangkakan berat bayi itu cuma 3.7kg mengikut imbasan kali terakhir sebelum proses kelahiran....

Kedua-dua pengalaman yang dilalui itu sudah cukup membuatkan saya seram sendiri...itu baru satu malam saya di wad..bayangkan kalau tempoh itu lebih panjang, pastinya saya akan mendengar pelbagai cerita dan melalui pelbagai pengalaman lagi....arghhhhh tidakkkkkkkkk...takutnya nak bersalin..

** Tetapi saya tetap tidak sabar menantikan kelahiran benih cinta pertama saya dan hubby....umie dan papa tak sabar nak tgk baby....love u so much baby...

Wednesday, March 12, 2008

L.I.F.E

Hidup ni kadangkala membosankan..kadangkala menggembirakan...kadangkala pula menyedihkan..kenapa agaknya ya..?? Entahlah..cuma satu hakikat yang perlu diterima..tak semua yang kita inginkan akan kita perolehi..kadang-kadang saya selalu memikirkan adakah saya ini terlalu tamak..terlalu inginkan semua benda yang sempurna tanpa memikirkan perasaan insan lain terutama hubby...Bila saya terlalu memikirkan semua ini...jiwa saya jadi kacau..perasaan saya tidak tenang...dan akibatnya saya sentiasa berendam air mata...saya tahu ia sangat tidak baik untuk bayi yang saya kandung ini..tapi apakan daya saya...ia hadir tanpa saya mampu berbuat apa-apa...



Membaca mingguan wanita sebentar tadi..saya tertarik dengan satu artikel..Apakah perbezaan seorang suami dan seorang isteri...Menurut artikel itu, seorang isteri meletakkan suami sebagai insan terpenting dalam hidupnya...(bukan bermaksud suami tidak begitu)..dan seorang isteri juga merasakan hidupnya lengkap apabila bersuami dan dia tidak memerlukan kawan-kawan lain...Segala aktiviti yang dilakukan bersama-sama kawan dikurangkan dan lebih bererti apabila kawan-kawan turut memahami kedudukan isteri itu kini berbeza dari mereka.



Tapi lain halnya pula dengan lelaki...meskipun sudah beristeri dan menyayangi isterinya sepenuh hati, tetapi dia masih memerlukan kawan. Kawan rapat (bukan untuk dikongsikan masalah rumahtangga) tetapi kawan untuk melakukan apa jua aktiviti riadah dan sosial bersama2...Dan apabila si suami bersama kawannya itu, ia mungkin akan menimbulkan satu perasaan yang tidak sihat di pihak isteri...Dalam konteks ini, isteri harus memahami minat dan kesukaan suami, tetapi untuk proses memahami itulah yang menyukarkan. Isteri lebih rela memikirkan pelbagai perkara lain yang remeh temeh hingga akhirnya mencetuskan pergolakan jiwa...



Benarkah begitu????



Jawapan saya : 90 % benar.....aduhhh...sukarkan berumahtangga..banyak yang harus difikirkan.....

Monday, March 10, 2008

Angin Perubahan

Semua sedia maklum, keputusan PRU12 amat mengejutkan...bagi saya ia sudah dijangkakan...malah sudah pernah disuarakan oleh Tun Daim Zainuddin..kerajaan yang ada sekarang tidak boleh terlalu bongkak, terlalu yakin malah terlalu selesa kononnya rakyat akan terus memberikan sokongan padu...Kurangkan usaha untuk merampas kembali negeri Cik Siti Wang Kembang kerna masyarakat di negeri itu terlalu dominan dengan kerajaan PAS..mereka terlalu mengagumi kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz..seorang ulama yang begitu down to earth...Tun Daim turut mengingatkan pemimpin BN terutama di negeri-negeri panas, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor agar menggandakan usaha untuk mengekang kemasukan Barisan Alternatif yang dilihat semakin mengganas dan panas di ketiga2 negeri tersebut..

Namun apa yang dilakukan oleh BN - terus mendabik dada menyatakan negeri kita tidak akan jatuh ke tangan pembangkang...Nah kini, lihatlah sendiri hasilnya...Bukan setakat Kelantan terud mengukuhkan cengkaman, malah tiga negeri yang disebut Tun Daim turut ditawan Barisan Alternatif. Tidak cukup dengan itu, BA turut menembusi negeri Perak dan membentuk kerajaan negeri BA di situ..Apa agaknya sebab kebangkitan ini....

Saya ingin meminjam kata-kata Nabil RL2...."lu pikirlah sendiri"....

Negeri kelahiran saya kini milik parti HIJAU...semoga undi perubahan yang diberikan oleh penduduk negeri kelahiran saya ini akan memacu pertumbuhan yang lebih...tolong lah jangan mengulangi kesukaan BN - sekadar cakap kosong, janji politik untuk meraih undi...Balaslah kepercayaan rakyat dengan cara yang sebetulnya....jika tidak..mungkin penggal ini sahaja anda akan diberi peluang...lima tahun lagi ia mungkin dirampas kembali dari anda...

Bekas negeri tempat saya mencari rezeki kini dikuasai golongan BIRU MUDA...Tan Sri Khalid (calon di IJOK yang tewas pada bulan April tahun lalu) bakal mengemudi kapal di sini...tahniah Tan Sri...semoga janji2 Tan Sri akan ditunaikan dengan sebaiknya...saya masih mengingati setiap janji Tan Sri yang dilaungkan di Ijok...(setiap pagi kita bertemu tahun lalu, dan kala itu saya akan mendengar janji2 Tan Sri untuk tempoh hampir sejam)...so jangan sekadar JANJI TINGGAL JANJI....(walaupun saya kini tidak lagi di Selangor..tapi saya tetap mengikuti perkembangan politik di Selangor)

Ditanya perasaan saya kala ini...saya tidak gembira dengan angin perubahan ini..tetapi saya memandangnya dari sudut positif...suara rakyat menentukan segalanya....dan semoga mereka yang inginkan perubahan ini tidak akan menyesal untuk tempoh 5 tahun akan datang....amin

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin