Thursday, March 13, 2008

Aduh..serik rasanya


Last week, saya terpaksa ditempatkan di sini selama dua hari satu malam..kalau ditengokkan facilities memang mcm hotel..tapi bila memikirkan pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh tersebut..aduhhhh..serik rasanya...kalau boleh tak nak lagi dah dimasyukkkan ke wad..tapi apakan daya..saya harus melahirkan benih cinta saya di hospital juga kan....cuma pilihan saya kali ini untuk ke private selepas melalui satu pengalaman yang memeritkan di HSB...

Bukan saya ingin menidakkan hospital kerajaan tetapi saya merasakan dalam keadaan kita sakit nak melahirkan baby, perhatian dan jagaan insan2 tertentu adalah sesuatu yang perlu...

Pengalaman 1:
Tidak ada sesiapa pun dibenarkan menemani pesakit di hospital kecuali ketika waktu melawat sahaja...waima ibu atau kakak atau saudara perempuan pun tidak dibenarkan menemani pesakit wanita...aduhhh sungguh perit rasanya...melihatkan keadaaan patient di sebelah katil saya yang masih weng selepas melahirkan bayi terpaksa melakukan semua urusan sendirian..ke tandas, menukar pad dan menjaga bayi yang diletakkan di sebelah katil ibu...kasihan saya melihatkan dia yang terpaksa menahan kesakitan melakukan semua itu...Bagi saya, tak salah rasanya kalau dibenarkan seorang waris menemani...untuk memudahkan urusan...

Pengalaman 2 :
Mendengarkan pengalaman kakak di hadapan katil saya pun sudah cukup membuatkan bulu roma saya meremang...Kakak itu dipaksa untuk melahirkan anak secara normal, meskipun kala itu dia sudah tidak mampu untuk `push' lagi..tetapi apa yang dilakukan doktor??? Ditorehnya sehingga ke bontot (yesss bontot dan torehan yang sangat panjang)...dan kedua-dua kakinya dilipatkan sehingga menyentuh kepala...proses ini dilakukan untuk memaksa dan memudahkan bayi keluar..dan akhirnya keluarlah seorang bayi lelaki seberat 4.5 kg secara normal...Maka terperanjatlah doktor2 di situ kerana menyangkakan berat bayi itu cuma 3.7kg mengikut imbasan kali terakhir sebelum proses kelahiran....

Kedua-dua pengalaman yang dilalui itu sudah cukup membuatkan saya seram sendiri...itu baru satu malam saya di wad..bayangkan kalau tempoh itu lebih panjang, pastinya saya akan mendengar pelbagai cerita dan melalui pelbagai pengalaman lagi....arghhhhh tidakkkkkkkkk...takutnya nak bersalin..

** Tetapi saya tetap tidak sabar menantikan kelahiran benih cinta pertama saya dan hubby....umie dan papa tak sabar nak tgk baby....love u so much baby...

0 memo menunggu dibaca:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin