Hidup ni kadangkala membosankan..kadangkala menggembirakan...kadangkala pula menyedihkan..kenapa agaknya ya..?? Entahlah..cuma satu hakikat yang perlu diterima..tak semua yang kita inginkan akan kita perolehi..kadang-kadang saya selalu memikirkan adakah saya ini terlalu tamak..terlalu inginkan semua benda yang sempurna tanpa memikirkan perasaan insan lain terutama hubby...Bila saya terlalu memikirkan semua ini...jiwa saya jadi kacau..perasaan saya tidak tenang...dan akibatnya saya sentiasa berendam air mata...saya tahu ia sangat tidak baik untuk bayi yang saya kandung ini..tapi apakan daya saya...ia hadir tanpa saya mampu berbuat apa-apa...
Membaca mingguan wanita sebentar tadi..saya tertarik dengan satu artikel..Apakah perbezaan seorang suami dan seorang isteri...Menurut artikel itu, seorang isteri meletakkan suami sebagai insan terpenting dalam hidupnya...(bukan bermaksud suami tidak begitu)..dan seorang isteri juga merasakan hidupnya lengkap apabila bersuami dan dia tidak memerlukan kawan-kawan lain...Segala aktiviti yang dilakukan bersama-sama kawan dikurangkan dan lebih bererti apabila kawan-kawan turut memahami kedudukan isteri itu kini berbeza dari mereka.
Tapi lain halnya pula dengan lelaki...meskipun sudah beristeri dan menyayangi isterinya sepenuh hati, tetapi dia masih memerlukan kawan. Kawan rapat (bukan untuk dikongsikan masalah rumahtangga) tetapi kawan untuk melakukan apa jua aktiviti riadah dan sosial bersama2...Dan apabila si suami bersama kawannya itu, ia mungkin akan menimbulkan satu perasaan yang tidak sihat di pihak isteri...Dalam konteks ini, isteri harus memahami minat dan kesukaan suami, tetapi untuk proses memahami itulah yang menyukarkan. Isteri lebih rela memikirkan pelbagai perkara lain yang remeh temeh hingga akhirnya mencetuskan pergolakan jiwa...
Benarkah begitu????
Jawapan saya : 90 % benar.....aduhhh...sukarkan berumahtangga..banyak yang harus difikirkan.....
It has been 17 years..
1 day ago
0 memo menunggu dibaca:
Post a Comment