Monday, December 24, 2012

Year End Vacation

Alhamdulillah,,,dengan rezeki yang dikurniakan Allah..
tahun 2012 diakhiri dengan percutian yang tidak dirancang ke Cameron Highland...
Sebab apa saya katakan tidak dirancang? sebabnya plan ini dibuat pada saat akhir di saat saya dan mr eastguy sedang menunggu flight untuk pulang ke Alor Setar...Mr Eastguy di Subang menunggu firefly...saya di Sepang menunggu Air Asia...Mr Eastguy dari Laos dan saya dari tugasan di KL...so sambil menunggu flight..kami berwhatsapp..
Me : Sayang..weekend ni kita nak gi kenduri kat Taiping kan..jom terus naik Cameron..boleh bawak anak2 jalan..since duk sibuk keje bulan ni..
Eastguy : okay...nanti abang contact kawan abg kat sana...
selang beberapa minit 
Eastguy : Okay love abang dah call dah..dia dah bg no hotel...sat abg call..kita nak pi bila..
Me : 22 balik 24
Eastguy : Hurmm tak boleh la love..hotel kena bayar deposit dulu...
Me : Takpelah kalau tak boleh..lain kali kita pi...
So perbualan kami berakhir di situ..duk tak lama lepas tu..ada msg masuk..
Eastguy : Okay love..dah settle booking hotel..budak coach Rama tolong bayar deposit dah...lepas kenduri kita naik...
phewwwwww....Semua perbualan ni berlaku pada hari Khamis..dan plan kami untuk ke CH pada hari Sabtu..selang sehari sahaja...
Tapi demi anak yang disayangi...diketepikan semua penat dan letih..walaupun Eastguy saya demam..kami gagahi juga untuk putera dan puteri kesayangan....

Inilah wajah keriangan anak kami...gambar kiri ketika dalam perjalanan mendaki CH selepas menghadiri kenduri di Taiping...perjalanan agak memenatkan memandangkan kenderaan yang bertali arus...
TrafficJammed di Plaza tol Simpang Pulai sahaja dah cukup menyesakkan dada...
Inikan pula traffic jammed menghampiri Pekan Brinchang...bayangkan perjalanan sejauh 5 kilometer mengambil masa 1 setengah jam....anak dah restless dalam kereta..nak susu la..nak tido la...
tapi sebab excited nak bercuti...semua menunggu penuh kesabaran...sudahnya kami check in hotel lebih kurang hampir ke pukul 10 malam..
Sebabkan keletihan semuanya tidur dengan nyenyak..dan pagi esoknya bermulalah kembara kami menghiburkan hati anak2...

Destinasi Pertama ke Ladang Strawberry....
Anak2 bergaya serupa masing2 ada di Korea...dengan snow cap dan glove complete set...

Bukannya apa..di sekitar hotel jualan snow cap dan glove berleluasa..melihatkan rakan2 seusia dan yang lebih besar bergaya ala oversea..anak2 saya pun tak nak lepaskan peluang..so menjadi tugas achik kesayangan anak2 la untuk belanja...dapatlah sorang sepasang...so bergayalah masing2...

 
Di ladang strawberry ni..kami turut menikmati  aiskrim homemade dan strawberry coklat...
Dan bergambar bersama2 Giant Strawberry....

Destinasi seterusnya ialah ke Bharat Plantation Tea...
orang sesak ramai sesangat..sampaikan parking pun penuh..
tapi sebab orang kata tak sah ke CH kalau tak menikmati keindahan panorama ladang teh...
makanya kami tetap bersemangat nak mencium sendiri haruman teh segar dari ladang...
Dengan berhati-hati kami menuruni lembah dan lurah..ecewah untuk bergambar di tengah2 pokok2 teh..
tapi sebab bersama anak2 takde la nak turun ke bawah sangat... 
Syukur Alhamdulillah...sempat la kami menikmati keindahan panorama sebelum hujan turun menyiram bumi CH...walaupun tak lebat tapi memang agak bahaya untuk turun ke bawah...licin dan tanah basah..

So memandangkan niat kami ke CH nak hiburkan dua permata hati kesayangan kami..
Aisy Mifzal dan Daniya Alesha...
makanya..destinasi seterusnya ialah ke Tanah Rata...

   
Memberikan kebebasan untuk anak2 bermain di Playground CH di Tanah Rata...
memang ramai keluarga membawa anak2 ke sini..siap ada yang berkelah lagi..
memang lokasi ni sangat mendamaikan..dan sesuai untuk ibu bapa lepaskan anak2..
permainan semua tak begitu membahayakan..

Selepas puas di playground sambil menikmati hidangan cucuk2 yang dibeli mr eastguy..anak2 beralih pula ke fruits and vege park bertentangan playground... Teruja budak2 ni melihatkan buah2an bersaiz giant...
tapi Aisy sangat teruja nak mendaki kesemuanya..contras ngan kakak yang agak penakut...
Tapi apapun..saya puas hati bila anak having a good time kat sini..
balik ke bilik masing2 terbungkang lena..kepenatan..



hehehehheheheh...tapi kan...
 tak sah percutian tanpa aksi2 romantika di amour...
Haruslah ummi dan papa ambik kesempatan juga untuk bergambar berdua...
to be honest..ni kali pertama kami ke CH...
yang betul menikmati kedinginan dan keindahan panorama...
So to my dearest Mr Eastguy...
Thank you for everything....
thank you for make us happy..
and thank you for the unplanned vacation to end our 2012
..
May 2013 akan disusuli dengan lebih banyak percutian family...
Insya Allah...

 

6 memo menunggu dibaca:

mummy_ayu said...

bestnya jenjalan ke cameron.
wah pic last tu...romantik tu..

iEtaFAkyR@ said...

sampai jugak kamu kesini heh, alhamdulillah... u guys deserved this vaccay after a hard work thru out the year *peace*

Diamilikku said...

mummy ayu : alhamdulillah...mmg best... ♥♡♥
ietafakyra : tu ahhh...puas hati ku...hahhahahaha...tq dear...

Diamilikku said...
This comment has been removed by the author.
wati said...

salam su...dh besar panjang alesya n aisy, pandai pulak tu posing..hehe..

Diamilikku said...

Salam wati... Alhamdulillah .. dah besar dua2nya... heheheh bab posing tu tak dapat nak kata apa la..dah semulajadi dalam diri... :p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin