Thursday, January 31, 2013

Entering Bulan Cinta... February with Love

As usual...bulan Februari adalah bulan cinta...makanya saya nak berkongsi tips2 cinta..yang saya dapat dari facebook...cuma saya hiasi ngan gambar cinta saya dan mr eastguy....btw..bulan cinta bagi kami di Februari bukanlah sebab Valentine's Day ya..tapi ia bulan ulangtahun pernikahan kami berdua...so insya allah...entry bulan februari semua entry cinta jaaa...(kalau rajin lah yeeee)...hehehehehhehe

So jom kita tgk 19 tips cinta suami isteri...Alhamdulillah ianya menjadi amalan kami sekeluarga..mungkin ada a few yang tak dipraktikkan....tapi insya allah akan diperbaiki di masa2 akan datang...Semoga kasih sayang kami berkekalan hingga ke syurga...Amin


19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI 





1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. (Check)

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan 
dan ciuman di bibir. (ahah check)

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. (check)

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. (check - kadang2 dalam gelak tawa gurau senda)

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. (kadang-kadang aja)

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. (selalu sangat - hanya kau yg mengerti daku)

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. (hat ni jarang sbb anak2 kacau...ummi papa diamlah tidoq..duk sembang ja)
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. (alahai sedangkan lidah lagi tergigit.....) 

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi. (aduhhh camner nak tgk bola MU..wa tak minat dowh)


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. (tak pisah..berimpit je 4 beranak...hahahah)

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. (alhamdulillah....masih diamalkan)


12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
(ssangat selalu...he's my DBKL...habiskan semua makanan)

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. (ahah...banyak sangat dah kejutannn..)
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. (he's our joker)

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. (ingat selalu....)

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. (tudung shawl curtain..ke guane ieta? )

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. (Jgn pendam2 dalam hati...jgn berahsia)

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. (insya Allah)

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
 (Alhamdulillah...semoga diteruskan ke akhir hayat hendaknya)



Tuesday, January 8, 2013

Nikmat...puass!!!!





Tiada yang lebih membahagiakan...
apabila melihat anak2 menikmati hasil masakan yang tidak seberapa...
Ditambah pula dengan pujian2 yang keluar dari mulut masing2...
fuhhhh..nikmat...hilang segala rasa penat dan letih...



Anak2 saya ni very fussy dalam memilih makanan..
agak susah nak makan nasi actuallynya..
so semalam kebetulan bahan2 dah ada..so saya just prepare spaghetti meatball untuk diorang...Kebetulan pula kakak balik dengan papa then terus ikut papa workout...
so saya dengan adik sampai rumah agak lewat gara2 adik yang ketiduran di school..
balik rumah solat..bagi adik makan biskut dengan air..bukak Geng : Pengembaraan Bermula..biar dia duk depan tv...
Saya grill meatball dan sosej (of course guna Magic Pan HIG)..
rebus spaghetti dapur satu lagi..
dah siap mula masak kuah...masukkan meatball n sosej..siap...
anak dara sampai rumah bukak pintu terus :
"sedapnya bau...ummi masak apa ni..."
saya tak layan je..konon2 merajuk sebab dia balik awal ngan papa...
then papa turun kereta bukak pintu :
"Love masak apa ni untuk abang..sedapnya bau"

amboihhh dialog sama je dedua..saya ngan aisy duduk di rumah tak terbau pun apa2..
diorang sampai berdua kemain lagi kata bau sedap..

Lepas solat Maghrib berjemaah..kami terus ke dapur makan..
tgk anak2 menikmati buat saya rasa sayu..ye lah..saya kan jarang masak2 ni..
rasa bersalah pulak sebab tak sentiasa sediakan makanan untuk keluarga..
:(
Hari ni tak sure lagi sempat nak masak ke tak..ingat nak buat sup..
rebus bihun...Ya Allah berilah kekuatan buat hamba Mu ini...



Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 7, 2013

Happy Birthday Abah

61 tahun usianya kini...
Alhamdulillah masih kuat, sihat dan bertenaga..
Syukur kerna masih di dalam lindungan dan Rahmat Allah...
berbahagia abah bersama keluarga tersayang...
2 Januari tarikh rasminya...
namun dek kekangan masa dan tugasan saat akhir...
tidak dapat menyertai surprise yang dirancang lebih awal..
makanya hujung minggu lalu, sambutan ringkas sekadar makan2 meraikan abah kesayangan diadakan..
Damiral's Grill Jalan Pegawai lokasi pilihan...



Meski tak banyak menu yang dapat dipilih..sekurang-kurangnya...
hajat nak bawak abah bonda celebrate di luar tercapai jua..plan asal nak bawak kek sekali..
tapi selepas diwarning..kek tinggal di rumah..
makanya muncunglah anak dara dan teruna saya yang kempunan tak dapat makan kek..
owhh ya..di lokasi celebration juga terserempak dengan S.A saya di zaman sekolah..
hahahahha..lawak seyhh...sumpah tak cam..sebabnya dah berubah...
Mohd. Feriza Ismail... footballer Kedah berjersi 15... menggugat hati remaja saya ketika itu..
dah 17 tahun ditinggalkan zaman hye hye bye bye itu...
tapi yang kelakarnya my Mr. Eastguy boleh duk bersembang mesra ngan Feriza..dah beberapa kali dah Mr. Eastguy duk sibuk nak tanya Feriza ingat lagi tak saya...chaiishhhhhhhhhhhh...
zaman hingusan dulu ni..mana nak ingat dah...
hahahahahahha...
Tapi masih terbayang lagi kenakalan zaman itu...kerja2 menjadi mudah bilamana anak sedara Feriza junior saya..
oppsss... dah lari tajuk...tapi nak jugak bgtau
Alesha siap berlari2an berkejaran dengan anak Feriza...boleh imagine dak???
anak kita dengan anak S.A kita duk bermain berkejaran...
owhh emm gee...Tapi bila ingat2 balik zaman dulu memang seronok...
okay back to real life...

Mr Eastguy... saya sayang awak...
muahhhhhhhhhh

So upacara memotong kek diadakan hari berikutnya..
memandangkan anak2 dah ketiduran dalam kereta otw balik ke rumah..
bangun pagi2 dah sibuk nak potong kek..dengan mandi apa pun belum...
puas disuruh mandi siap nangis2 sebab nak potong kek..
haiii la anak oowhh anak...
akhirnya disebabkan owan ke pasar..makanya dapat la dipujuk kedua2nya mandi..
bila owan balik baru la sama2 potong kek dan tiup lilin..



Alhamdulillah...
saya happy sangat... Hasrat saya ingin menjadi anak yang membahagiakan abah..Insya Allah..dan bonda juga...Semoga anak2 saya juga jadi cucu yang membahagiakan owan dan mak tok...


Published with Blogger-droid v2.0.9

Masanya sudah tiba.....


It's already time for me to let them exploring new thing...
Alesha tahun ini bakal melangkah ke usia 5 tahun...dan adik pula 4 tahun..
Sudah tiba masanya kedua2nya didedahkan dengan persekitaran yang lebih proper untuk masing-masing belajar di peringkat usia ini...
Jika tahun lalu saya gagal dalam cubaan menghantar Alesha ke sekolah..Alhamdulillah tahun ini kedua-duanya menunjukkan perubahan yang positif..Aisy walaupun cubaan kali pertama untuk ke sekolah, namun dia lebih excited dari kakak (pada tahun lalu). Makanya urusan hari pertama masing-masing berjalan lancar...saya tak perlu masuk lewat ke pejabat untuk menguruskan kedua-duanya...Alhamdulillah...
Aisy sebenarnya hanya ke taska - tiada pembelajaran rasmi..tiada uniform...tapi memandangkan istilah school yang sering disebut kedua-duanya..maka saya dan Mr. Eastguy terpaksa juga mencari baju yang seakan2 uniform untuk Aisy..so end up kami beli dua helai T-shirt berkolar (biru dan putih) serta dua seluar panjang untuk dijadikan uniform...Alesha pula memang dah diberikan dua pasang uniform - satu seluar panjang dan satu lagi skirt...so akan berselang seli pakai..buat masa skrg cukuplah dulu dua pasang..sayang sebabnya budak2 semakin membesar..kalau dibeli banyak2 sekejap saja dah senteng... Baju Alesha tu actually saiz paling besar...Confirm setengah tahun dah senteng..nampak gayanya Ticher Alesha kena prepare one size bigger selepas ini sebab ada baby giant... hahahhahahaha...

Anak-anak : Semoga jadi insan yang soleh/solehah dan berguna untuk agama bangsa dan negara ya sayang.... we love you so much...




Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, January 2, 2013

Ahlan Wasahlan 2013

Alhamdulillah... selepas setahun berperang dengan segala perasaan suka duka tawa ria gembira sedih sayu pilu sentap marah kecewa kecik hati terkilan (pendek kata semua rencah rasa dirasai lah..secukup rasa konsepnya) maka akhirnya tahun 2012 melabuhkan tirainya...
Walaupun penghujung tahun 2012 dikhabarkan dengan berita yang merentap naluri kewanitaan saya..namun saya memandang semua itu dari sudut yang positif... Allah tak akan menguji HambaNya sekiranya Dia tahu hamba itu tidak mampu untuk menanggung beratnya ujian...
Alhamdulillah saya sambut tahun 2013 dengan rasa yang cukup positif...rasa betapa diri ini segar dan lebih bersemangat dari biasa...Walaupun di malam tahun baru anak2 demam tahap tertinggi 39'c...muntah2...hidung berair...namun semuanya saya anggap sebagai ujian awal tahun..
Makanya prpses pendaftaran kedua-duanya ke taska dan kindy saya tangguhkan dahulu sehingga kedua-duanya sembuh sepenuhnya.


Dan atas sebab itu jugalah..saya telah mengubahsuai bilik pejabat saya untuk lebih segar...
Untuk dapatkan mood baru orang kata...
Takde buat apa2 pun..just reorganize dan rearrange perabot dalam bilik...
Yang pasti wajah2 kesayangan tetap kena ada di pejabat untuk membangkitkan rasa semangat membuat kerja...ehhh tipu... mana ada gambar Aisy lagi... errr...
Hari ni kena print gambar barulah..hehehhehe

So to all readers....
HAPPY NEW YEAR 2013...
Semoga tahun ini lebih baik buat kita dan yang paling penting semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.



Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami di dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa dan kesalahan kami, dan dosa serta kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kecil.
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Enkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat. Dan peliharalah kami daripada azab siksaan api neraka.Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah cintaku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku dan satukanlah cinta kami dalam mencintaiMu dan di atas kecintaanMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang daripada yang menyayangi.Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan pergi dan pulang suamiku, dekatkanlah rezeki yang suamiku cari, kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang, dan hindarilah suamiku dari kasih sayang wanita-wanita lain. Aku insan yang lemah Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mampu untuk kehilangan suami yang aku cintai, maka Engkau bantulah aku Ya Allah, suburkanlah kasih sayang antara kami, dekatkanlah hati kami dan bimbinglah kami ke jalan yang engkau redhai. Kau bantulah suamiku Ya Allah, ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku dari teringin atau menyukai sesuatu yang Engkau tegah. Jauhilah suamiku dari godaan dunia Ya Allah dan cenderungkanlah hatinya kepada apa yang engkau Ingini Ya Allah. Sesungguhnya aku bukanlah isteri yang terbaik Ya Allah, tetapi aku akan beruasaha untuk menjadi yang terbaik. Kau kuatkanlah hatiku Ya Allah agar aku dapat menjalani kehidupan berumahtangga ini dengan penuh kesabaran dan kebahagiaan.
Ya Allah, aku serahkan kedua-dua anakku, Daniya Alesha dan Aisy Mifzal di bawah perlindunganMu agar jauh dari hasutan dan gangguan Syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh dengan sifat dengki. Ya Allah, berkatilah anak-anakku, jangalah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah aku ketaan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan juga buah hati kami sekeluarga. Ya Allah, kau akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang Soleh dan Solehah, yang beriman kepadaMu Ya Allah, serta kau permudahkanlah segala urusan pembelajaran mereka agar mereka dapat mempelajari ilmu-ilmu baru. Kau kurniakanlah kepada kami anak-anak yang pintar Ya Allah agar mereka mampu menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Kau bantulah kami Ya Allah dalam memberi didikan terbaik kepada mereka berlandaskan syarakmu Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk kami sekeluarga. Dari itu Ya Allah, aku berserah kepadaMu untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.




Published with Blogger-droid v2.0.9

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin