Wednesday, April 24, 2013

Kita takkan sedar apa yg kita ada sehinggalah kita kehilangannya.....

Bismillahirrahmanirrahim.....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....
Sesungguhnya dalam kehidupan ini...apa yang kita lalui tidak sama dengan apa yg org lain lalui....
Adakalanya kita merasakan kasut kita buruk x cantik tp ada insan yg berjalan tanpa kasut...
Adakalanya kita marah bila makanan yg sampai pada kita x menepati selera...tp kita lupa ada yg meneruskan hidup dengan sisa makanan org lain...
Kita marah bila Allah bg kita sakit yg mengganggu perancangan kita tp kita lupa ada yg sdg bertarung nyawa untuk hidup....
Semua ini sebenarnya sifat dan lumrah semulajadi manusia...tidak akan cukup apa yg kita ada sehinggalah kita kehilangannya....
Saya teringat sebuah kisah yg saya baca di internet....seorang suami yg ingin menceraikan isterinya kerana merasakan tiada lagi cinta di hatinya pada isteri yg telah dikahwini lebih 10 tahun yg lalu...cintanyaulai pudar bersama mekarnya cinta baru yg di sulam bersama gadis lain.....isterinya juga turut mendapat rumah yang mereka diami dan kereta beserta 30% saham syarikat...hancur luluh hati isteri bilamana mendengar permintaan suami...dalam berat hati isteri itu bersetuju dengan syarat suami menangguhkan perceraian untuk tempoh sebulan mmndgkan anak mereka akan menduduki peperiksaan..justeru x nak mengganggu emosi anak ...dan dlm tempoh itu suami harus mengulangi rutin yang mereka lakukan di awal perkahwinan iaitu mendukung isteri dr bilik tidur hingga ke ruang tamu dan ke pintu sebelum ke tempat kerja... suami pada awalnya permintaan isterinya itu mengarut namun melalukannya juga kerana memikirkan selepas 30 hari mereka tetap akan bercerai juga...
Maka bermulalah rutin suami setiap pagi...hari pertama tiada apa2 yang dirasai...usai minggu pertama suami mula merasakan sesuatu...saat tangan memeluk erat tubuh isteri dan saat mata bertentang mata....rutin tersebut menjadi lebih mudah pada minggu berikutnya...masing2 melakukan tanpa ada keterpaksaan lagi...suami merasakan isteri semakin ringan dan isteri merasa rangkulan di leher suami semakin kemas dan mudah...sehinggalah pada minggu terakhir...suaminya mula sedar...sebenarnya cinta pada isteri tidak pernah malap cuma keintiman antara mereka yang sudah pudar disebabkan kesibukannya dengan kerja dan hubungan sosial di luar... sekian lama dia mengabaikan rasa hati dan cinta isteri... rutin yang sering dilakukan bersama telah berkurangan...dia mula sedar dia sendiri kurang menghubungi isteri...sms..call jarang sekali...sehari dua atau tiga kiriman sms itupun untuk memberitahu lambat pulang... apabila di rumah tiada perbualan romantis dengan isteri...lebih suka menonton bola atau masuk tidur....tiada lagi gurau senda dan aksi romantis bersama isteri.... satu persatu ingatannya kembali ke saat awal perkahwinan...Ya Allah sesungguhnya aku berdosa kerana mengabaikan perasaan isteriku.... lantas lelaki itu bingkas bangun menuju ke keretanya.... hati nekad untuk membatalkan perceraian..dlm perjalanan pulang dia singgah di sebuah kedai bunga ..kuntuman mawar segar yg sering dihadiahkan kepada isteri dahulu dibeli dengan ucapan "sayang akan sentiasa dlm pelukan abg sehingga maut memisahkan kita".
Dengan rasa tidak sabar lelaki itu memandu pulang ke rumah hanya untuk melihat sekujur jasad isteri yang tidak lagi bernyawa bersama sepucuk surat...
"Suamiku...terima kasih kerana membahagiakan hari2 terakhirku...sesungguhnya ia merupakan detik terindah dalam hidupku...maafkan saya kerana merahsiakan penyakit ini dari abang...bukan tidak mahu mengkhabarkan tetapi abang sendiri sibuk dengan cinta baru...mungkin abang merasakan permintaan saya sebulan yg lalu sbg pelik..namun ketahuilah saya ingin anak kita tahu bahawa kita pasangan yg plg bahagia...setidak2nya jika abg berkahwin lain selepas ini bukan atas sebab perceraian kita... abang...saya tidak inginkan harta..rumah yang besar atau wang ringgit...tetapi saya hanya inginkan kasih sayang abg yang pernah saya rasakan diawal perkahwinan kita...saya inginkan rasa cinta itu tidak malap ditelan waktu....tapi keinginan saya semata tidak mencukupi...jika api di pihak abg telah malap dan hampir padam.... terima kasih untuk segalanya...saya izinkan abg berkahwin lain... "
Hanya tangisan sahaja yang mampu menggambarkan kesedihan dan kepiluan suami.... dalam keterpaksaan merelakan pemergian isteri....
begitulah kita dalam kehidupan.....isteri diciptakan dari tulang rusuk suami bukan untuk disakiti...tetapi untuk dicintai...peringatan untuk saya dan pasangan lain..sekiranya merasakan cinta telah pudar...mekarkanlah ia kembali...jgn diabaikan segala rasa...jgn dilupakan rutin percintaan atau rutin di awal perkahwinan... jika zaman bercinta sehari top up 3x untuk terus bersms kenapa bila berkahwin ia dihentikan? Jangan abaikan isteri semata2 untuk mencari keseronokan di luar.... kebahagiaan di luar...kebahagiaan du luar rumah yang keterlaluan boleh mendorong kepada kurangnya rasa sayang pada pasangan...ingatlah sayang bukan sekadar lafaz tetapi perbuatan...kasihilah pasangan sebelum dia pergi meninggalkan kita dengan sesalan....
Published with Blogger-droid v2.0.10

0 memo menunggu dibaca:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin