Bismillahirrahmanirrahim.....
Minggu lalu...terlalu banyak isu anak yang menghiasi dada akhbar dan media elektronik....
Pertamanya isu kanak-kanak di Sweden yang kini terpaksa tinggal dengan keluarga bukan Islam selepas kedua ibu bapa mereka masih ditahan untuk siasatan atas kesalahan memukul anak yang enggan solat...
sesungguhnya saya simpati kepada pasangan suami isteri tersebut yang terpaksa berdepan hukuman apabila cuba mendidik anak2 yang dianugerahkan oleh Allah untuk menjadi manusia yang berguna di dunia dan di akhirat...dan di pihak anaknya pula..mungkin perkara ini bakal menjadi satu kenangan pahit yang akan dikenang sehingga ke akhir hayatnya...
Disaat sepasang suami isteri terpaksa menerima hukuman disebabkan ingin mendidik anak ke jalan yang benar...kita dikejutkan pula dengan penahanan seorang ibu muda di Terengganu yang membuat laporan palsu berhubung kehilangan anak perempuannya berusia 2 tahun yang sebenarnya bukan hilang pun..tapi dibiarkan keluar dengan teman lelaki yang juga seorang penagih dadah..sudahnya anak itu ditemui mati dalam keadaan yang cukup zalim... nauzubillah...apa nak jadi dengan masyarakat zaman skrg??? tergamaknya seorang ibu membiarkan anaknya keluar dengan lelaki seperti itu?? apa agaknya dalam fikiran ibu tersebut?? tidak kah terfikir susah payah mengandungkan anak itu selama sembilan bulan 10 hari..sebelum melalui fasa menyakitkan sewaktu kelahiran???? sungguh sukar untuk dimaafkan ! Semoga Allah membalas perbuatan anda semua... huhuhu...
Dan yang terakhir berita penemuan mayat seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan ditemui di sebuah Masjid di Kangar... sungguh menitik air mata saat melihat mayat bayi tersebut..syurgalah tempat mu nak...
Anak-anak merupakan anugerah Allah yang tidak terhingga....anda mungkin tak dapat membayangkan kehidupan dengan kehadiran anak kandung sekiranya masih belum memilikinya...tetapi apabila sudah memilikinya..anda pasti tidak akan dapat bayangkan kehidupan jika hidup tanpa mereka...mereka adalah nyawa..mereka adalah harga yang bernilai...biarlah semak rumah..biarlah bersepah mainan...biarlah bising dengan jerit pekik, tangisan...biarlah terpaksa melayan tantrum anak sekalipun....namun kehadiran mereka membenihkan satu perasaan yang cukup syahdu...merekalah utusan Allah yang bakal mendoakan kita di akhirat kelak....
Untuk Alesha dan Aisy : walau kita tidak hidup dalam kemewahan harta benda..ummi dan papa berjanji untuk limpahkan kalian dengan kemewahan kasih sayang yang tidak berbelah bagi... kehadiran kalian berdua menyerikan lagi kehidupan ummi dan papa... we love both of u till jannah Insya Allah.....
0 memo menunggu dibaca:
Post a Comment