Hadis yang tidak sahih banyak disebarkan mengenai bulan Rejab..kononnya puasa satu hari ganjarannya sekian sekian...saya terbaca tweet imam muda asyraf : "
Jgn sebarkan hadis2 tentang kelebihan puasa khususnya pada 1 Rejab...ianya bukan hadis sahih...sebenarnya sama sahaja antara kelebihan puasa sunat yang lain..dahulukan puasa ganti itu yang penting"....maka untuk kesahihan lagi saya google dan ini yang saya temui :
"Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam
bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih.
Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab
adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita
tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan
seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain
lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut
apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan"
So....ayuh kita menjalankan ibadat sunat untuk membiasakan diri dengan ibadat wajib di bulan Ramadhan nanti...Kepada yang masih belum sempurna ganti puasa tahun lalu...silalah berusaha gigih ya..masa semakin suntuk....:)
0 memo menunggu dibaca:
Post a Comment