Alhamdulillah... selepas setahun berperang dengan segala perasaan suka duka tawa ria gembira sedih sayu pilu sentap marah kecewa kecik hati terkilan (pendek kata semua rencah rasa dirasai lah..secukup rasa konsepnya) maka akhirnya tahun 2012 melabuhkan tirainya...
Walaupun penghujung tahun 2012 dikhabarkan dengan berita yang merentap naluri kewanitaan saya..namun saya memandang semua itu dari sudut yang positif... Allah tak akan menguji HambaNya sekiranya Dia tahu hamba itu tidak mampu untuk menanggung beratnya ujian...
Alhamdulillah saya sambut tahun 2013 dengan rasa yang cukup positif...rasa betapa diri ini segar dan lebih bersemangat dari biasa...Walaupun di malam tahun baru anak2 demam tahap tertinggi 39'c...muntah2...hidung berair...namun semuanya saya anggap sebagai ujian awal tahun..
Makanya prpses pendaftaran kedua-duanya ke taska dan kindy saya tangguhkan dahulu sehingga kedua-duanya sembuh sepenuhnya.
Dan atas sebab itu jugalah..saya telah mengubahsuai bilik pejabat saya untuk lebih segar...
Untuk dapatkan mood baru orang kata...
Takde buat apa2 pun..just reorganize dan rearrange perabot dalam bilik...
Yang pasti wajah2 kesayangan tetap kena ada di pejabat untuk membangkitkan rasa semangat membuat kerja...ehhh tipu... mana ada gambar Aisy lagi... errr...
Hari ni kena print gambar barulah..hehehhehe
So to all readers....
HAPPY NEW YEAR 2013...
Semoga tahun ini lebih baik buat kita dan yang paling penting semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.
Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam
ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda. Ya
Allah ya Tuhan, sesungguhnya kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga
atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah
jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang
berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Ya
Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami di dalam iman,
serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah Ya Tuhan kami,
ampunilah segala dosa dan kesalahan kami, dan dosa serta kesalahan kedua ibu
bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi
kami semasa kecil.
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan kesudahan yang baik dan
janganlah kiranya Enkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya
Allah Ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah
Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana
sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami
kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat. Dan peliharalah kami
daripada azab siksaan api neraka.Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu
kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu
kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan
pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah cintaku dalam mencintainya dan
cintanya dalam mencintaiku dan satukanlah cinta kami dalam mencintaiMu dan di
atas kecintaanMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang daripada yang menyayangi.Ya
Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan pergi dan pulang suamiku,
dekatkanlah rezeki yang suamiku cari, kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya
padaku seorang, dan hindarilah suamiku dari kasih sayang wanita-wanita lain.
Aku insan yang lemah Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mampu untuk kehilangan
suami yang aku cintai, maka Engkau bantulah aku Ya Allah, suburkanlah kasih
sayang antara kami, dekatkanlah hati kami dan bimbinglah kami ke jalan yang
engkau redhai. Kau bantulah suamiku Ya Allah, ketika aku tidak mampu
membantunya. Elakkanlah suamiku dari teringin atau menyukai sesuatu yang Engkau
tegah. Jauhilah suamiku dari godaan dunia Ya Allah dan cenderungkanlah hatinya
kepada apa yang engkau Ingini Ya Allah. Sesungguhnya aku bukanlah isteri yang
terbaik Ya Allah, tetapi aku akan beruasaha untuk menjadi yang terbaik. Kau
kuatkanlah hatiku Ya Allah agar aku dapat menjalani kehidupan berumahtangga ini
dengan penuh kesabaran dan kebahagiaan.
Ya Allah, aku serahkan kedua-dua anakku, Daniya Alesha dan Aisy Mifzal
di bawah perlindunganMu agar jauh dari hasutan dan gangguan Syaitan, mara
bahaya dan dari pandangan yang penuh dengan sifat dengki. Ya Allah, berkatilah
anak-anakku, jangalah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah aku ketaan mereka,
jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan juga buah hati kami
sekeluarga. Ya Allah, kau akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan
yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat. Kau
jadikanlah mereka anak-anak yang Soleh dan Solehah, yang beriman kepadaMu Ya
Allah, serta kau permudahkanlah segala urusan pembelajaran mereka agar mereka
dapat mempelajari ilmu-ilmu baru. Kau kurniakanlah kepada kami anak-anak yang
pintar Ya Allah agar mereka mampu menjadi insan yang berguna untuk agama,
bangsa dan negara. Kau bantulah kami Ya Allah dalam memberi didikan terbaik
kepada mereka berlandaskan syarakmu Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk kami sekeluarga.
Dari itu Ya Allah, aku berserah kepadaMu untuk kebaikan di dunia dan di
akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.
Published with Blogger-droid v2.0.9
2 memo menunggu dibaca:
selamat tahun baru kak su.semoga semua urusan kita utk thun yg baru ni akan dipermudahlan olh-Nya..insyaAllah..=)
epi new year!!
Post a Comment