SALAM PERPISAHAN..
Kita bermula dengan rasa prasangka...kamu pandang aku sebelah mata..dan aku langsung tak pandang dirimu...bagimu 'AKUlah DIVA'...dan hadirnya diriku ibarat JELATANG yang cuba memusnahkan daerah taklukmu...aku plak merasakan akulah yang TERHEBAT dengan statusku dan bila-bila masa sahaja aku mampu menyingkirkan dirimu...lantas mewujudkan satu rasa yang tidak selesa...mujurlah rasa itu tidak lama kerna akhirnya kita sedar..kamu dan aku ditakdirkan bersama..kamu dan aku sahabat sejati...satu persatu keburukan yang kita fikirkan tentang diri memasing hilang begitu saja...dan saat itu hanya kebaikan dan sikap prihatin dirimu semakin terserlah...terlalu sukar untuk aku menghuraikannya..namun aku ingin kamu tahu kamulah SAHABAT...kamu jugalah PAKAR MOTIVASI...kamulah TEMAN..kamulah SAUDARA...terlalu banyak kebaikan yang kamu lakukan hingga aku tidak mampu mengingati satu pun kejahatan yang pernah kamu lakukan padaku...bagiku KENANGAN kita semuanya indah..kamulah kekuatan untuk aku meluahkan kata cinta pada si DIA yang kini bergelar SUAMI...kamu jugalah yang mengerti perit jerih yang harus aku lalui sebelum menyulam cinta bersama si DIA...dan kamu juga sentiasa meminjamkan telinga dan bahu untuk mendengar cerita sedihku yang akhirnya mengundang air mata...Meski hubungan ini belum mencecah tiga tahun..aku merasakan bagaikan aku mengenali dirimu sejak kecil...bagaikan kita membesar bersama...terlalu banyak yang kita lalui...dan terlalu sukar untuk aku melepaskannya...biar apa pun tentang aku yang ada difikiranmu...biar sejahat manapun aku dihatimu..aku cuma ingin kamu tahu..KAMU ANUGERAH TERINDAH TUHAN DALAM HIDUPKU....kamulah Sahabat terbaikku..kerna bagiku..Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya. aku harus melangkah pergi..tapi pergiku dengan kepuasan...kepuasan yang aku peroleh dalam kasih sayang dan ketulusan persahabatan yang kamu berikan..
Akhir kata untuk sahabatku...
Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi..Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan...tapi aku yakin kamu tidak begitu..aku tahu SEMANGATMU kuat..aku tahu KAMU TABAH..dan Ingatlah SAHABAT.. tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.
SAHABAT...Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Semoga hubungan ini akan terus mekar...terima kasih atas segalanya....sama-samalah kita doakan kejayaan masing-masing..kerna hanya doa yang akan menyatukan kita selepas ini.....
~suhana abdul mutalib~
8.33am, 30 Januari 2008
Shah Alam, Selangor.