Sunday, December 18, 2011

Filem ombak rindu tak best

Assalam.....

Ini mungkin pendapat saya....pendapat saya tak semestinya sama dengan pendapat peminat dan penonton lainnya. Saya ada hak untuk menyuarakan pendapat saya...dan saya kira orang lain pun sama juga. Kenapa saya kata filem ombak rindu tak best?

Sebabnya saya dah baca novel ombak rindu sejak dulu lagi...dan di masa itu saya membayangkan kalaulah novel ini difilemkan pastinya best...dan atas sebab itulah saya tak melepaskan peluang menonton filem ini tetapi sayang ia amat mengecewakan.Dan saya dah mengulang baca novel ini untuk refresh memori....huhuhuhu sangat sedih la :(



Memang orang akan kata, ia cuma adaptasi dari novel...tapi adaptasi filem ini bagi saya terlalu sambil lewa...banyak watak yang ditiadakan dan diubah plot cerita yang mana akhirnya menghilangkan kepuasan menonton. Dan ada juga plot yang sengaja diadakan...Mail...di dalam novel digambarkan sebagai seorang tentera laut selepas kejadian fitnah pak cik taha yang memaksa izzah mengakui "kejahatan" yang tidak dilakukannya. Tapi dalam filem ini terus dijadikan budak kampung....ya mungkin sebab Mail ingin dijadikan mangsa cemburu Hariz pada Izzah selepas ditiadakan plot Izzah belajar dan bekerja di syarikat kejuruteraan sebelum menjadi setiausaha Hariz.Makcik hajar di dalam novel tidak sakit dan turut mendera Izzah.

Selain itu, plot Izzah seorang budak kampung tiba2 boleh bekerja juga agak tidak masuk akal. Sebabnya di dalam novel Izzah dihantar belajar oleh Hariz. Izzah mmg seorang gadis kampung, tapi tidaklah terlalu naif dan tidak mampu berdikari. Dalam novel selepas dihalau oleh Datuk Sufiah, Izzah menaiki teksi tetapi dalam filem digambarkan seolah2 Izzah macam baru datang dari kampung dengan berkain batik, sedangkan waktu itu Izzah sudah bekerja dan ada wang sendiri. Takkanlah masih terus dengan kain batik walaupun dihalau keluar kan? Kadang2 saya rasa bila nak jadikan sesuatu plot itu terlalu dramatik sehinggakan pengarah terlupa scene yang boleh jadi tidak masuk akal.

Banyak plot dalam novel yang saya rasa lebih ada punchline tetapi tidak diadaptasi. Dalam hal ini saya amat bersetuju...biar siapa pun pengarah atau penulis skripnya, kita harus mengambil kira pandangan dari penulis novel. Ya, beliau mungkin tidak pandai menulis skrip, tetapi beliau tahu plot mana yang mampu meruntunkan jiwa penonton.

Ini cuma pandangan saya...terpulang anda mahu menerimanya atau tidak. Tetapi saya memang tidak tersentuh jiwa raga sewaktu menonton filem ini....dari segi lakonan memang saya tak dinafikan abg aren ajiz dan maya krin serta lisa berjaya bermain dengan watak masing2. Tapi saya merasakan julia ziegler tidak sesuai sebagai wafiah. Mungkin perlukan seorang yang lebih seksi dan menggoda serta menggeletis.

Tapi satu yang saya tak nafikan...lagu tema filem ini memang meruntun jiwa....





Sekali lagi saya tekankan....pandangan saya hanyalah dari sudut seorang peminat novel ini....expectation saya sebagai pembaca novel ini sangat tinggi tetapi ianya mengecewakan saya. Mungkin bagi yang tidak membaca novel akan menyukai dan menghayati plot dan jalan cerita filem ini.

****susahnya bila kita dah tahu jalan cerita novel kannn*****




- Posted using BlogPress from my iPad

By DIAMilikKU

7 memo menunggu dibaca:

mummy_ayu said...

1st time dgr org kata cita nie tak best..Ayu nak gie tengok gak, tapi..tak sempat2....tunggu DVD je la kot..tak pun tgk kat astro 1st nanti..

Diamilikku said...

Ayu: bukan tak best tapi expectation tak sama ngan filem...bila dah baca novel..lain yg diharap lain yang jd

Yaya said...

x best eh...yaya pun tak tengok lagik su..sbb yaya tak minat aaron aziz haha..g pun skrg yaya download je muvi kat tenet...slu cm tu la..novel tu yaya da lama bc...pilem je x download lg...=)

iEtaFAkyR@ said...

aku tdak perasaan nk bandingkn ke tak,sbb kick filem pun mmg tk smpai dlm lubuk jiwa. cuma bleh la nk kata OK utk layan big screen n reyau 2x utk scene menyentuh jiwa skit. aku pham perasaan hg sbb time LBS ri tu aku dh rasa frustnya. siap masuk 1st day 1st show lg! so utk OR aku slow down skit tkmo frust gitu.

Lily@MamaZaraZareef said...

tak tgk pon citer nih..novel die pernah baca dulu2 tp ingat2 lupe jekla..maybe sbb kak su mmg minat sgt novel tuh, so mmg leh bezakan setiap jalan citer between novel n filem kan..=)..apepon, citer ni dgrnye dh cecah rm10 juta kan..rasenye aaron aziz kot yg byk tarik penonton ke movie nih..hehehehe

Diamilikku said...

Yaya : hehehehhe...su kata tak best tak semestinya yaya kata tak best jugak kan..kita tunggu yaya tgk nanti ehhh...

Ieta : huhuhuu...now aku dah rasa LBS punya penangan....

Lily : tu lah pasal...expectation pembaca novel nih tinggi....:(

fham5579 said...

sone...aku 100% sgt bersetuju dgn hujah2 hg...aku pn dh baca novel & dh tgk filem ni....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin