Tuesday, April 1, 2008

Jagung Bakar, air kelapa muda



Sejak menetap di Kuala Perlis ini..jagung bakar menjadi kesukaan saya...saya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membelinya jika berkesempatan ke pasar malam..rasa jagung bakar kuala perlis ini sangat berlainan...sungguh saya tak tipu...

Rasanya pelbagai - manis, masin, pedas - membuatkan sesiapa jua yang menikmati pasti berpuas hati...Selalunya jagung bakar hanya disapu mentega tetapi lain halnya di Kuala Perlis, jagung selepas dibakar akan disapu dengan Mayo, mentega dan kemudiannya ditabur sedikit lada sulah. Campuran bahan-bahan inilah yang menjadikan jagung bakar Kuala Perlis begitu enak sehingga menjilat jari...

Satu lagi kesukaan saya ketika ini..air kelapa muda...jika di Perlis, air kelapa yang paling sedap ialah di Taman Sena, Kangar...memang fresh dan sedap rasanya...dan jika di kedah pula, pastinya air kelapa yang dipetik dari pokok dihadapan rumah menjadi juadah kesukaan saya...Biasanya, abah akan membelah kelapa muda, mengambil air dan isinya sebelum disimpan di dalam peti sejuk...dan sayalah antara orang yang paling gemar menghabiskannya...

2 memo menunggu dibaca:

*SiRibenMerah said...

bunda tanya kelapa pandan ke??
muahahahaha =P

Diamilikku said...

kelapa pandan tak sedappppppp...kelapa original yang sodapppp...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin