Wednesday, April 2, 2008

Pintar ??


Isnin lepas kita dikejutkan dengan berita pelajar pintar yang ibunya berasal dari Johor..Sufiah...seingat saya..gadis ini memang pernah mencetuskan satu fenomena suatu ketika dahulu..hasil usaha ayahnya mencipta formula matematik, menjadikan pelajar ini expert dalam bidang tersebut seterusnya melayakkannya menyambung pengajian di Oxford pada usia 13 tahun...kala cerita gadis ini meletup waktu itu, saya amat mengagumi bakatnya tetapi saya tetap tidak lepas dari memikirkan perkara negatif..

``mampukah dia ??? relakah dia atau dipaksa ibu bapa?? pernahkah ibu bapanya bertanyakan apakah kesukaan sufiah .. i mean bidang pengajian yang diingininya??? Adakah dia akan berjaya kelak...?? ''

Dan akhirnya persoalan saya terjawab juga...beberapa tahun selepas diterima ke Oxford, Sufiah melarikan diri dan bekerja sebagai pelayan hotel...alasannya kehidupan bersama keluarga bagaikan di dalam neraka...saat ini saya pasti, dirinya sendiri bagaikan tidak merestui apa yang dilakukan selama ini..ye lah..pada usia belasan tahun, saat sepatutnya kita berseronok dengan teman sebaya, bersukaria tetapi Sufiah harus memikul tanggungjawab sebagai graduan...Dan saya menyangkakan perkara itu akan berakhir di situ..tetapi selepas membaca laporan terbaru yang disiarkan di akhbar, saya menjadi malu sendiri...kenapa serendah itu maruah Sufiah?? tidakkah beliau berpegang kepada ajaran al-quran dan as-Sunnah? Aduh...peristiwa itu benar2 merendahkan martabat kaum wanita...Siapakah agaknya yang harus dipersalahkan????

Dan kini...fikiran saya memikirkan pula tentang nasib si kecil ini..Adi putra...apakah nasib dan jalan hidupnya...??? wallahualam.....

P/S : Kadang-kadang saya merasakan ibu bapa tidak boleh terlalu memaksa...biarkan otak anak berkembang pada tahap yang sepatutnya...Ini peringatan untuk diri saya juga...insya allah...saya akan mencontohi mama dan abah dalam urusan didikan anak-anak...saya percaya..apa yang mama dan abah lakukan adalah yang terbaik dan bersesuaian.....


2 memo menunggu dibaca:

*SiRibenMerah said...

erk..
cam x caya kan??
seb baik la kita x de masalah camtuh..
tapi akan dtg anak2 kita..
kenalah berjaga2.. =)

Diamilikku said...

yang penting AGAMA..kalau yang tu kuat insya allah tak terpesong

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin