Friday, February 11, 2011

Contest Nama Baby Saya


Saya masuk contest ini anjuran IDMA TEXTILE
Syarat2 dia agak mudah..so saya cuba lah..heheheheh...

1) anda mestilah ayah atau ibu kepada baby berkenaan dan mestilah seorang blogger,
2) Copy Banner di atas dan
LINK kan
3) Buat satu entry menerangkan NAMA anak anda. Maksud nya. Siapa Yg Memilih dan Kenapa Nama itu dipilih.
4) Tinggalkan entry anda di ruangan entry ini.
5) dan menjadi Follower Idma Textile.

So saya pilih dua penyertaan...
tapi dibuat dalam satu entry...
boleh tak ??

Yang pertama :
Puteri sulung saya dilahirkan dua bulan selepas sambutan ulang tahun pertama perkahwinan saya dan suami...benih cinta kami berdua ni sememangnya dinanti seluruh ahli keluarga apatah lagi merupakan puteri sulung pertama di sebelah keluarga mr papa...
sedari awal usia kandungan lagi kami berdua dah menghimpunkan koleksi nama2 bayi lelaki dan perempuan...tapi hanya ada dua nama sahaja yang berjaya keperingkat akhir...
satu nama untuk lelaki..dan satu nama untuk perempuan..
hasil kesepakatan kami berdua...kedua2 nama ini akan dikekalkan untuk jantina anak pertama dan kedua kami...dengan harapan anak kedua nanti lelaki..
dan alhamdulillah..kuasa Allah...setahun 5 bulan selepas kelahiran puteri sulung kami..maka lahirlah pula permata hati kedua - seorang putera...

Alhamdulillah..allah makbulkan doa kami..maka secara automatiknya..
habislah sudah bank nama puteri-putera kami..
harus wujudkan bank baru selepas ini *wink wink*

Cerita dan maksud nama ada tertulis di gambar ye puan penganjur....

tapi disini saya tuliskan sekali lagi :

Daniya Alesha - Dekat/Hampir dan Dilindungi Allah
Daniya - Dekat / Hampir
Alesha - Dilindungi Allah

(tak sangka pulak nama alesha ni glamer...erra fazira pun letak nama anak aleesha ok..maksud yang sama tetapi ejaan berbeza)


Putera saya Aisy Mifzal namanya
Yang Mewah dan Teramat mulia maksud diberi...
Aisy - Yang Mewah
Mifzal - Teramat Mulia

Semoga kedua2nya membesar dengan membawa maksud nama masing2 dengan baik hendaknya...Amin....

Kawan2 jom masuk contest nih...




7 memo menunggu dibaca:

Natalia said...

kedua2 anak sue cantek namanye..

all the best!

mama_iris said...

nak masuk ahh...hehehe....

EZAN IDMA said...

goodluck sis :) tengs join ye :)

fifie said...

gud lucks...
cm nak joint tp idea xde ar..
by da way,,slm pkenalan dr fifie

Diana said...

aku berminat tp taktau le bila nak rajin buat entry nih...sbb lately aku jenis skali mai idea membuak2, tapi timing tak kena, bila ada masa ideatahap kerajinan tarak mariii :P

Naddiea said...

contest yg best tapi aku bukan jenis yug rajin.nk hapdet blog frequently pun rasa malas..huhuhu...

marinahunny said...

happy 4th anniversary su dan miza, moga kalian sentiasa dipayungi rahmat Allah, dan diberi kesihatan yg baik bersama keluarga tersayang ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin