Ya dendam satu perkataan yang pasti akan membuat hidup seseorang itu resah, gelisah. Ketenangan tidak akan singgah jika kita sentiasa berdendam, kita akan sentiasa memikirkan tentang orang yang kita dendam. Setiap apa yang kita lakukan pasti tak tentu arah. Jiwa kita kosong sekosong2nya. Kita akan cemburu dengan org, akan hadir prasangka dalam hati kita dan semua yang negatif akan beraja di hati dan minda kita.
Sungguh cerita Aku Bukan Billy Miligan karya Norhayati Berahim ni buat saya sedar, hidup kita semuanya atas ketentuan Allah. Kejayaan kita, kesenangan kita, darjat, pangkat, harta mahupun apa sahaja yg kita miliki bukanlah dari usaha atau perbuatan kita. Sebaliknya ianya ketentuan Allah SWT. Allah jadikan hidup kita senang dan dalam masa yg sama Allah jadikan hidup hamba yang lain susah. Kenapa Allah tidak samaratakan semua yang boleh diberikanNya kepada semua hamba2Nya? Sebab Allah nak tgk penerimaan kita, Allah nak kita belajar menginsafi diri, dan pengakhirannya Allah nak tahu sejauh mana tahap keimanan kita. Ya, beriman pada Allah bukan sahaja setakat bersolat dan melakukan ibadat, tapi yg paling utama beriman dengan hati, percaya pada semua prinsip Rukun Iman kerana pengakhirannya tertulis percaya kepada Qada' dan Qadar Allah.
Allah dah menetapkan perjalanan hidup setiap UmatNya. Jika hari ini kita kaya dan mewah tak mustahil suatu hari nnt kita hilang semuanya, jika hari ini kita sihat tak mustahil allah akan datangkan penyakit. Tapi Allah juga menguji hambaNya dengan memberikan semua yang baik dan indah untuk melihat adakah HambaNya itu bersyukur atau bongkak dan angkuh dengan apa yg dimilikinya. Kerna akhirannya nanti, hanya di padang mahsyar akan menentukan syurga atau neraka tempat kita.
Sungguh sy insaf. Aku Bukan Billy Miligan membuatkan saya tersedar. Ujian yg Allah turunkan pada saya bukan penamat segala2nya. Saya harus memandangnya dari sudut positif, Insya Allah ada ganjaran lain yang akan menanti saya di masa-masa akan datang. Kalau tidak ganjaran itu untuk saya, biarlah ganjaran itu dirasai oleh anak2 saya kelak. Semoga Allah terus membimbing saya ke jalan yg benar dan lurus. Saya hanya mahu hidup dengan hati yang bersih dan gembira. Kau bimbinglah aku Ya Allah agar aku sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan. Kau jadikanlah Aku HambaMu yang sentiasa yakin dan percaya kepada prinsip2 IMAN. Dan yang paling penting, Kau jauhkanlah aku dari godaan Syaitan yang sentiasa cuba untuk menyesatkan HambaMu Ya Allah.
Terima Kasih Norhayati Berahim kerana sedarkan sy dengan isi kandungan novel Aku Bukan Billy Miligan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 memo menunggu dibaca:
Post a Comment