Wednesday, March 21, 2018
WHY F.L.I.R.T.I.N.G ?????
Aku tak faham, kenapa perempuan sekarang suka sangat dengan suami orang..
Ok I get it, suami orang nampak lebih terurus, tak gopoh, pandai mengayat, pandai dress up, wangi.. financially stable dan sebagainya..
I was having this conversation with mum few days ago.. lepas dapat a weird text dari a married ex colleague.
"Tomorrow you will be onsite or in the office? I miss you. Wanna go lunch together?".
"I miss you"
Nampak macam harmless kan. Tapi kalau melayan?
Dear, sayang, beautiful, pretty.. panggilan yang tak patut digunakan at work place.
Tempat kerja, tempat cari rezeki.
Bukan tempat menggatal.
Its a professional setting.
And kalau kita nak orang take us seriously at work, kita kena set some boundaries.
No nonsense or hanky panky.
And if you choose untuk "tak kisah" or "anggap biasa je", then tu terserah masing2. Maybe you jenis open minded and tak kisah if your husband panggil colleagues dia sayang.
Kita amik hak orang, orang akan amik hak kita.
Why?
Sebab that man is not a keeper.
Senang je untuk tackle dia.
Why would you want to be with a man like that?
Kat office, boleh nampak banyak sangat scandals sebab orang office ni spend so much time together.
Almost 10 hours everyday.
Duduk sebelah-sebelah.
Lunch sama-sama.
Kena overtime sama-sama.
Kena hamput dengan boss sama-sama.
Semua buat sama-sama.
Lagi dangerous kalau ada yang terlebih peramah dalam team.
Masuk je office, mula la flirt.
"Waaaa.. today you look so pretty.. new lipstick?"
Mula2, flirtings biasa2 je.
Pastu, mula nak share problems.
"Im so stressed at home. My wife.. dot dot dot"
Lama2, "terrrrjatuh cinta"..
Padahal si perempuan ni tau, lelaki ni hak orang.
But dia peduli apa?
Kebahagiaan diri sendiri comes first.
Si minah kawin2 ni fikir, maybe ni "jodoh" yang Allah da tetapkan.
Lepas tu, mula la buat project..
Da hilang rasa takut and malu pada Allah yang tengah perhatikan, pada malaikat yang tengah busy catit segala maksiat..
Its so easy untuk benda ni jadi these days.
Da terlalu banyak stories kita dengar about scandals at workplace.
So macam mana nak elak benda ni dari terjadi?
I dont think we can avoid this.
Aku pernah fikir that maybe sebab pasangan gf bf ni tak takut Allah, sebab tu diorang cheat on their spouse.
Tapi lama2, aku tengok, yang "ada agama" pon dua kali lima dol.
So.. canne nak cakap?
Apa root cause dia?
Actually, aku personally think that masalah ni cuma ada satu root cause and that is, 2 manusia yang takde akhlak. Terlalu ikutkan nafsu sampai da tak boleh guna kepala otak. And then again, we are talking about people yang tak jaga batas as suami/isteri orang.
Si perempuan, bila da tau tu laki orang, tak yah nak giggle macam monyet sangat bila dia buat kelakar. Be professional. Hensem macam mana pon, tu laki orang. Tak payah try. Control. Ada perasaan malu sikit. Suka ke kalau orang giggle tak tentu pasal ngan laki kau nanti? Stop throwing yourselves at married men. Or any men at all. Jangan takut sangat tak kawin sampai nampak any lelaki lalu je, start mengenyam.
Si lelaki, sedar diri. Da kawin buat hal da kawin. Dari kau melayan perempuan kat luar, baik kau balik awal, tolong bini jaga anak sementara dia masak dinner ke apa. Kerja rumah banyak yang kau boleh tolong. Kalau kau lelaki yang baik, kau akan busy sangat lepas kawin. Tak yah nak over sangat puji2 perempuan lain. Apa yang dia ada, bini kau pon ada. Sama je.
Ittaqullah.
Fear Allah.
Si isteri, if this happens to you, buat istikharah and make a good decision. Life is too short untuk berendam air mata. Ni bukan era Kasim Selamat lagi. Sebab tu it is very important for us ladies untuk belajar berdikari. Earn your own money. Have some savings. So kalau dia buat hal, you have other alternatives and tak payah sakit hati nak kena ngadap muka "tak bersalah" dia hari2. Its not your fault that he cheated on you. And aku kenal few ladies yang keeps on forgiving their cheating husbands. Aku tak tau kenapa, they have their own reasons.
Terserah masing2. Siapa nak maafkan.. maafkan.
Siapa nak walk away.. please run.
Terlalu ramai ladies yang stay in the marriage sebab takut they will be alone lepas divorce. Macam mana dengan anak2? Biar aku menderita, janji suami boleh terus dengan perangai busuk dia, and anak2 tetap ada bapak. So apa perangai merepek suami dia buat, dia "sabar" je.
Takde istilah
"Isteri tak pandai melayan"
"Isteri asik membebel. Bingit"
"Isteri gitu.. isteri gini"
Semua orang ada flaws. So stop it with the blaming games.
Cheating is a choice.
Its not a mistake.
Takde ter.. ter..
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
-Sura Al-Isra', Ayah 32
Nak berpolygamy, bukan ni caranya.
Ni da buat maksiat, da buat anak, nak step ikut sunnah pulak.
Innalillahi wainna ilayhi rojiun.
May Allah SWT protect us from zina, and jaga kita dari perangai suka amik hak orang.
Thursday, February 15, 2018
SELEPAS 10 TAHUN
Tarikh ini;
10 tahun yang lalu;
saya meninggalkan dunia kerjaya yang paling saya cintai.
Membuat satu keputusan yang amat sukar dalam hidup;
hanya untuk berada di sisi seorang yang bernama SUAMI.
.
Pada ketika itu, keputusan langsung tidak didasari kewarasan akal;
sebaliknya lebih kepada mengikut kata hati yang ingin melayari mahligai cinta seadanya seperti pasangan lain.
Ada satu ketika terlintas di fikiran saya;
Jika dapat diundur masa;
jika ada keputusan yang boleh diubah;
pasti saya tidak memilih untuk berada di sini.
.
Itu dulu - kata hati seorang yang masih belum matang.
Yang sering membiarkan diri larut dalam kenangan;
yang melihat apa yang berlaku itu sewajarnya tidak begitu.
Kata hati saya yang mengenepikan ketentuan Allah.
.
Tapi kini, saya sedar.
Hadirnya saya di sini adalah mengikut perancangan dan izin Allah jua.
Semuanya berlaku mengikut qada dan qadar yang telah tertulis sekian lama.
Benarlah, setinggi dan sehebat mana pun perancangan manusia tidak akan bisa mengatasi percaturan Dia yang satu!
.
Seperti lagu M. Nasir;
lihat dunia dari mata burung,
Atau lihat dari dalam tempurung
yang mana satu engkau pilih?
.
Bersyukurlah untuk semua nikmat kurniaan Allah.
pasti bahagia akan menjadi milik kita.
Tuesday, January 30, 2018
M.I.M.P.I
Kata orang mimpi itu mainan tidur.
Tak usah di layan syirik jadinya.
Tak ada niat saya untuk melayan mimpi2 ini, cumanya bila;
bermimpikan sesuatu yang agak menggerunkan.
.
Situasinya saya sedang berjalan2 di hadapan jalan rumah abah,
dengan tiba2 kawasan tersebut dipenuhi ular.
Yang pelbagai bentuk, saiz dan warna.
Yang datangnya dari pelbagai arah menuju kepada saya yang mana akhirnya ular2 tersebut memanjat tubuh saya.
.
Sungguh saya gusar - apakah ini petanda Allah azab yang bakal saya terima kelak;
sering dalam pembacaan balasan2 Allah berbentuk binatang berbisa ini ada.
.
Kejadian mimpi ini saya ceritakan kepada Mr. Papa dan anak2 pun ada berdekatan bermain.
Tak saya menyangka, kejadian mimpi itu diceritakan Alesha kepada ustaz di sekolahnya.
Yang kemudiannya bila balik ke rumah Alesha menjelaskan maksud mimpi tersebut dari tafsiran ustaznya.
Yang antara lainnya bermaksud - ada orang sedang berusaha dan mencuba untuk melakukan sihir
.
Sihir.
Nauzubillah.. moga Allah lindungi.
Tiada sedikit pun niat untuk mempercayainya.
Kepada Allah jua saya berserah.
.
Aamiin.
Tuesday, January 23, 2018
M.E and H.I.M
Pemilik hati.
Yang kadang-kadang tetap bikin saya makan hati
Dan ada ketikanya cambahkan bunga-bunga dalam hati
.
Saya dan dia jauh beza.
Baik dari segi tingkah mahupun usia
Namun ketaksamaan itulah yang jadikan kami berdua
Saling lengkapi dan sentiasa berusaha
Untuk terus menongkah cabaran dan juga ujian dariNya.
.
Sayang sepenuhnya
Moga kekal selamanya
Biar sampai syurga cinta kita
Yang memisahkan hanya jasad dan nyawa
Serta ajal ketentuanNya
Mudah-mudahan hendaknya.
Amiiin.
.
Posting khas menjelang ulang tahun pernikahan ke-11 Februari ini.
W.A.N.I.T.A
Saya masih tak boleh hadam kejadian tular wanita semalam tu.
Serius saya kesian.
Dengan mendukung anak kecil, phisically she's okay.
Tak gemok, takdelah tak cantik.
Entah apalah yang ada dalam fikiran si suami. Nauzubillah.
.
Saya bukan penentang poligami.
Kahwinlah dua atau tiga sekalipun sekiranya mampu.
Pakcik saya sendiri beristeri lebih seorang. Tapi dari segi kewangan memang dia lebih dari mampu.
Cuma dari segi didikan dll. Saya kira banyak yang terabai.
Dan satu prinsip saya - kalau betul-betul hendak, berkahwinlah dan halalkanlah.
.
Saya cukup pantang lelaki yang dah beristeri dan mempunyai kekasih gelap di belakang isterinya.
Dan kepantangan saya juga apabila ada yang bersekongkol menghalalkan perbuatan tersebut.
Terutama bila yang bersekongkol itu kenal baik si isteri.
Nampak tak pengkhianatan yang terang-terangan??
.
Wanita ni darjatnya cukup mulia.
Allah menyuruh setiap dari kita memuliakan wanita.
Ibu diberikan penghormatan tiga kali berbanding ayah.
Makanya seorang suami yang punya isteri yakni ibu kepada anak2nya - wajar dihormati.
Tapi kalau lelaki atau suami tadi lebih suka berhubungan tidak halal.
Untuk apa lagi wanita itu perlu setia.
.
Perkahwinan - akad - ijab dan kabul.
Perjanjian sang suami untuk bertanggungjawab menjaga isteri dan seterusnya keluarga.
Jika perjanjian itu telah dikhianati apa masih perlu setia?
Orang akan melihat tulisan saya sebagai - benda tak jadi dekat kau senang lah cakap.
Tapi saya masih berpegang kepada sayangkan suami tu berpada-pada.
Selagi dia masih suami ayah yang bertanggungjawab - setia dan menjaga hubungan perkahwinan dengan baik sayanglah sepenuh hati.
Tapi kalau sedah sebaliknya - janganlah direndahkan martabat wanita untuk merayu sang suami.
Unless beliau taubat dan insaf sepenuhnya untuk tidak mengulangi.
Sebabnya banyak lelaki yang kantoi minta maaf pujuk dan belai maka cairlah isteri.
Dan teruslah memaafkan dan menganggap yang salah ialah wanita kedua yang hadir.
Sedang kita tak tau di belakang sang suami masih berhubungan secara rahsia ibarat pasangan asyik bercinta.
.
Moga Allah pelihara mahligai perkahwinan yang saya bina dan jauhkan kami dari ujian sebegini. Aamiin
.
T.U.L.A.R ataupun V.I.R.A.L
Perkara positif ditularkan untuk kebaikan.
Yang negatif pula ditularkan kononnya untuk pengajaran.
.
Tapi betulkah orang melihat tular itu dalam konteks yang begitu?
Seperti yang saya coretkan semalam, manusia hanya ingin melihat apa yang matanya suka dan mendengar apa yang telinganya mahu dan bercakap apa yang mulutnya utarakan. Tidak pernah (atau jarang) ada manusia yang memberi pemahaman mengikut kehendak individu yang bercakap. Betul kan??
.
Yang paling saya yakin, dalam banyak2 tular..tular yang membuka aib orang lain yang paling banyak menghiasi media sosial dan mengundang komen2 netizen yang pelbagai termasuk menjatuhkan hukum.
Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman bekerja di sektor media konvensional, saya amat mengutamakan ETIKA. Etika dalam perkongsian di media sosial atau pun etika dalam menyalurkan apa2 berita dan maklumat. Baik di saluran media sosial rasmi atau peribadi.
Meskipun ia sering dikaitkan dengan hak asasi manusia namun yang paling utama bagi saya - belajar menghormati hak dan peribadi orang lain.
.
Seperti semalam, kecoh di media sosial seorang wanita menampar suami yang ditangkap bersama seorang gadis di sebuah mall.
Ianya pada asalnya hal dalaman wanita terbabit - cuma yang salahnya ia berlaku di tempat awam.
Perkara kedua yang salah ialah apabila ada yang merakamkan dan menularkannya.
Nampak tak?? Bilamana tular menguasai minda kita kadangkala gagal untuk menafsir dan bertindak secara rasional.
.
Wanita (baca mangsa) dalam kes tersebut sedang dalam amarah.
Tindakan yang dilakukannya juga adalah tindakan refleks apabila amarah menguasai diri.
Syaitan memulakan aksi mencucuk jarum - sehinggakan minda tidak rasional.
Maka berlakulah adegan seperti di dalam video.
Tetapi individu yang menjadi perakam itu sepatutnya lebih rasional.
Mencuri merakam dan menyebarkan rakaman itu adalah satu kesalahan.
Entah apalah yang ada dalam fikiran individu tersebut sewaktu bertindak merakam dan menyebarkannya.
Wallahualam.
.
Konklusinya. Kita perlu ada etika.
Hentikan sesuatu yang melanggar hak orang lain.
Pokok pangkalnya pada diri kita.
Tindakan kita yang menentukan kematangan dan pemikiran kita.
.
Psst - balik ke asal. Didikan mak ayah dah sempurna untuk ajar kita bezakan mana baik dan mana buruk.
Monday, January 22, 2018
W.I.S.H.L.I.S.T 2018
Menjelang usia 40 tahun ni, satu benda yang saya sedar - saya tidak menginginkan sesuatu yang fizikal/barangan.
Mr Papa belikan beg Prada masa birthday pun dah tak rasa apa.
Walaupun dulu menginginkan ia tapi bila dah dapat rasa..Ya Allah membazirnyaaaa.
Entahlah. rasa macam apa yang paling dikehendaki sekarang adalah MASA.
Masa untuk bersama keluarga.
Masa untuk diri sendiri.
Masa untuk bersenang lenang selepas waktu kerja.
Masa untuk mendekatkan diri padaNya.
.
Banyak dah masa saya yang terbuang sebelum ini.
alpa, lalai leka.
Syukurlah Allah masih izinkan bernafas. Kalau dicabutnya nyawa waktu skrg?
Adakah dah besedia di sana?
.
Kalau orang baca orang kata macam bagus ja tulis.
Well..kita tak akan dapat puaskan hati sesiapa pun.
Hati kita hanya kita yang tau yang rasa.
Lantaklah apa orang nak kata kan. Yang penting bila kita rasa nak buat macam tu kita buat sahaja.
Orang suka dia terima kita, orang tak suka kita duduk ja diam-diam.
.
Dan menjelang usia 40 tahun ni juga saya mula merasakan kualiti KAWAN adalah lebih penting dari kuantiti.
Ada yang berjauh hati, ada yang berdengki, ada yang depan lain belakang lain tu bagi saya dah tak berapa nak utama.
Sebab dalam apa juga keadaan dan situasi kita tahu siapa yang kita boleh menumpang kasih dan sayang.
Kawan mana yang akan ada dalam susah dan senang kita.
Kalau orang nak kata kera sumbang sebab tak berkawan pun biarkanlah.
Kawan tak semestinya ada dan sentiasa bersama kita setiap masa.
Biar jauh di mata, yang utama kita sentiasa ada dalam doa mereka2 yang ada di hati kita.
.
Wishlist tahun ni juga nak amalkan gaya hidup sihat.
Bukan untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan.
Tapi lebih kepada nak memastikan kesihatan sentiasa di tahap yang terbaik.
Alesha tahun ni 10 tahun, Aisy pula 9 - harapannya dapatlah bertahan hidup lebih lama nak tengok keduanya membesar dengan sempurna, jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
.
Aurat - pun nak ditingkatkan. Slowly but surely kata orang.
Insya Allah.
.
PhD - hurm. not this year i guess.
Sebab ada satu wishlist paling utama yang diinginkan tahun ini.
dan moga Allah makbulkan dan izinkan ia berlaku.
Aamiin.
.
Pssst - hidup adalah berdasarkan aturan kita. Hentikan memikirkan ia dari sudut pandang orang luar.
R.E.Z.E.K.I
Ada orang melihat rezeki itu pada nilaian duit semata-mata.
Namun hakikatnya rezeki itu pelbagai.
Datang dalam pelbagai bentuk/takrifan/kurniaan yang kita tak terjangkakan.
.

Seperti ayat di atas.
Rezeki itu ujian Allah. Kadang kita nampak mewah tapi apakah kita dipandang Mulia di sisiNya?
Kadang kita lihat ada orang yang rezekinya sempit. Tapi hidupnya jauh lebih bahagia dari kita.
.
Nampak tak?? Kalau Allah tak bagi bukan bererti Allah tak sayang.
Kalau setiap yang diinginkan tak dipenuhi bukan bererti Allah tak izin.
.
Pegang satu sahaja - Allah akan bagi pada masa dan ketika yang Dia kehendaki.
Kalau dapat bersyukurlah.
Kalau tak dapat Sabar dan redhalah.
.
Dan bagi saya - Saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan suami yang penyayang. Suami yang ringan tulang membantu di rumah. Suami yang sentiasa menjaga hati isterinya yang kuat cemburu, yang suka merentan ini.
.
Saya juga bersyukur dengan puteri putera kesayangan. Yang Alhamdulillah sentiasa dalam tahap kesihatan yang baik, yang dipermudahkan urusan menuntut ilmu keduanya.
.
Psssst : Maka nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan?
Thursday, July 27, 2017
Setelah berkurun lamanya....
Monday, June 22, 2015
First Entry ..... First Timer..... Comeback????
Wednesday, September 3, 2014
Review Wishlist 2014
So bila dah baca2 entry lama terview entry wishlist...ada 5 wishlist mega yang disenaraikan... Alhamdulillah...3 darinya dah dimakbulkan... syukur sesangat...
Pastinya kenangan wishlist 1 - Menunaikan umrah paling meninggalkan kesan yang cukup mendalam di lubuk hati...saat menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi...air mata tak henti2 mengalir...sayu je rasa..Ya Allah...dapat juga peluang yang sekian lama didambakan... Bila tiba di Masjidil Haram..saat menunaikan umrah yang pertama...Subhanallah... sungguh indah terpukau mata memandang.... will update entry in umrah later..Insya Allah...
Wishlist no 2 - beli mixer...hurmmm masih belum diizinkan..sebab tahap kemalasan membaking adalah tinggi so merasakan ia bukanlah keperluan lagi untuk masa ini.. hahahahahha
Wishlist no 3 - Vacuum cleaner..alhamdulillah mr papa belikan hadiah awal2 tahun dulu...agaknya mr papa baca blog saya yang tulis wishlist tu...hahahahhaha..tq so much husband...
Wishlist no 4 - menambah zuriat... juga belum diizinkanNya..terus berdoa dan berusaha..moga diberikan peluang melalui pengalaman itu sekali lagi..
Wishlist no 5 - Bawak anak2 holiday naik flight - alhamdulillah..dah dimakbulkan...Kota Kinabalu Sabah pilihan kami... hoyeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... tahun depan kita buat wishlist lain plak... angan2 nak buat garden kat rumah laaa...
Air Mata MH17
Tuesday, January 28, 2014
Anak anugerah Allah
Wednesday, January 15, 2014
DAH TAHAP WAJIB .....
Bismillahirrahmanirrahim....
Dalam hidup ni takde sesiapa pun yang nak hidup dengan adanya penyakit menyinggah....tapi dalam hidup juga kita kena terima hakikat yang perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya...sakit yang diberi pasti ada sebab musababnya... sama macam saya... tahun 2013 meninggalkan kenangan yang cukup sedih dan pahit buat saya bila mana pemeriksaan doktor mendapati sebelah buah pinggang saya membengkak 3x ganda dari saiz asal.... sebagai manusia biasa saya agak sukar untuk menerima hakikat tersebut...lantas mengambil keputusan untuk berubat secara kampung....tapi tak ada hasilnya...maka bulan Mac 2013 saya terpaksa menyerah diri untuk dibedah....perasaan sebelum masuk ke bilik pembedahan tu hanya Allah SWT yang tahu...keluar masuk toilet...ya allah...rasa nervous...susah la nak explain....lebih kurang jam 9 masuk ke bilik pembedahan....masuk2 terus dibius dan saya tak sedar apa sehinggalah jam 6.30 ptg hari yang sama...operation mengambil masa 5 jam setengah....sedar2 je yang pertama..syukur sangat2 sebab dapat bukak mata terus lihat dunia....bernafas dengan bantuan oksigen...ditempatkan di HDU untuk observation 48 jam.....maka bermulalah kehidupan saya dengan hanya berbekalkan satu buah pinggang....dan secara berkala perlu melakukan ujian darah untuk memastikan satu2nya buah pinggang yang ada ini dapat berfungsi dengan baik ke penghujung nyawa saya..
Namun seperti yang saya katakan tadi...hidup kita adalah percaturan Allah..dan sekarang masalah pasca pembedahan saya yang pertama ialah kadar kolestrol yang tinggi...

Untuk mengatasinya saya terpaksa menghadap menu sihat yang tak pernah lalu dek tekak saya ni...tapi satu kekuatan saya...bila dalam keadaan TERPAKSA...saya akan makan apa sahaja yang saya tak lalu atau x pernah makan...contohnya..saya tak suka sawi..tapi dalam pantang saya tetap makan sayur sawi....saya tak suka timun...tapi kalau balik terengganu timun dibuat sayur lemak kuning..saya tetap ambik makan....saya juga tak suka ulam2an yang pahit...tapi kalau ianya perlu untuk pulihkan sakit saya telan jua....begitulah jugak dengan oat ni...walaupun dah banyak komen sana sini yang tulis kata oat tak sedap...tapi untuk menjaga kolestrol dalam badan saya...terpaksa saya telan juga...tapi bila dah mula makan..rasanya okay jer pun..jom sama2 kita jaga diri kita sebelum sakit mula menyinggah :)
Monday, January 13, 2014
Welcome 2014
Alhamdulillah...masih dipanjangkan usia untuk merasai udara di tahun 2014...masih diberikan kesempatan untuk bersama dengan yang tersayang....merasai dan memberi kasih sayang....syukur...dan tahun ini genap 10 tahun saya berblog... - bermula dengan blog friendster sebelum beralih ke blog dunia cinta saya (yang telah didelete) dan akhirnya blog ini - DIAMILIKKU yang didedikasikan khas untuk suami tersayang...yang juga merupakan pembaca tetap blog saya walau tanpa entry baru... justeru sebagai menghargai suami..insya allah tahun ini saya akan berblog dengan lebih rajin....
Gambar pertama saya dan mr papa selepas 12 hari kita berada di tahun baru...baru nak merasa percutian keluarga selepas mr papa sibuk berkursus dari tahun 2013 sampai 2014... nampak macam lama jerrr kannn...sebenarnya tak lama mana pun...dari 25 Disember sampai 9 Januari...makanya last weekends kami ambil peluang untuk bawak anak2 bercuti pendek - istilah cuti bagi anak2 ialah tidur hotel..mandi swimming pool..makanya itulah yang dibuat..check in hotel Park Avenue Sungai Petani...mandi kolam..main boling..makan2 jalan2... esoknya check out selepas breakfast.... asalkan anak2 happy konsepnya....
So sempena melangkah tahun baru ni...saya takde azam...tapi ada beberapa wishlist...nak tau??? jom....teruskan membaca...
WISHLIST NO 1
Saya berhasrat nak tunaikan umrah tahun ini...insya allah...sedang berusaha untuk memastikan impian ini tercapai sebelum penghujung tahun ini...kalau tak tercapai akan terus dibawa ke tahun tahun hadapan...tapi hati ni nak sangat2 ke sana...semoga dimakbulkan hendaknya....
WISHLIST NO 2
Ni bukan keperluan...tapi kehendak...makanya kalau dapat seronok..tak dapat pun takpe...tapi sebenarnya teringin sebab nak asah semula skill baking yang dah lama tinggalkan... (lama bermaksud lebih dari 10 tahun) dan memang tak ada skill dah rasanya... sebab apa teringin nak ada sebab anak2 terpengaruh dengan cerita cupcake strawberry so duk ajak ummi buat cupcake...dan ummi selalu bagi alasan takde mixer...so kali ni memang nak usahakan jugak...boleh je nak beli yang stand mixer tapi biasalah kehendak yang melampau...nak juga yang canggih manggih konon nak profesional lah kannnn.... fefeeling masterchef sangat...
WISHLIST NO 3
Haaa... ni kategori keperluan...wanita berkerjaya seperti saya amat perlukan bantuan2 seperti ini untuk memastikan rumah kekal bersih dan selesa untuk pembesaran anak2...memandangkan saya agak buta bab2 vacuum cleaner nih...makanya saya hold dulu keperluan ini sampai dpt survey dari keluarga/rakan2/sahabat handai ...
WISHLIST NO 4
kalau diizinkan allah....nak juga tambah bilangan anak...saya bersyukur dikurniakan sepasang anak tapi rasa sunyi bila anak2 semakin membesar...naluri terasa ingin nak bermain dengan baby...semoga allah kurniakan saya rezeki yang satu ini... ameen
WISHLIST NO 5
Nak menunaikan impian anak2 untuk naik aeroplane...kakak dah 6 tahun adik pula dah 5 tahun...so rasanya dah bersesuaian nak bawa bercuti...insya allah....bagi menyokong sektor pelancongan negara dan bertepatan dengan TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014... makanya destinasi percutian kami cukuplah dalam Malaysia untuk tahun 2014 ni...ada rezeki kita holiday oversea ye anak2....
Sekian 5 wishlist saya yang MEGA....yang kecik2 ada banyak lagi....tapi yg tu let me keep it to myself.... yg ni sebab memerlukan dana yang agak besar..makanya kena masuk wishlist dulu.... :)
Selamat tahun baru semua..semoga tahun 2014 ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya... :)
Tuesday, November 5, 2013
Double Sweet 17... Nov 2nd 2013
Alhamdulillah...syukur ke hadhrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk merasai indahnya sambutan ulang tahun kelahiran ke 17 (darab 2).. sesungguhnya tiada yg lebih bermakna selain berpeluang meneruskan kehidupan di bumi ini bersama insan2 tersayang...
Thank you Allah... Syukur Ya Allah...
Dan lebih bersyukur bila suami x pernah gagal menghadiahkan sesuatu sbg tanda ingatan... tapi sayang..sebenarnya bukan wang ringgit..harta atau perhiasan yg Love inginkan...cukup sekadar abg sentiasa bersama love mengharungi susah senang kehidupan...perkaitan hati itu yg lebih penting...apa pun terima kasib untuk kejutan ini dan the way u persembahkan kejutan akan dikenang selamanya... i love you sayang to the max...moga Allah terus pelihara hubungan ini hingga ke syurga...ameen
Selain suami..ucapan lahir dr anak sulung juga menusuk kalbu...
"Happy birthday ummi...kakak sayang ummi...jom bawak kakak pi shopping...kakak nak beli beg dengan kasut baru kat ummi".
Bila ditanya kakak ada duit ke nak beli?? Dibalasnya : "ada dalam bank...ummi simpan duit raya kakak dalam bank kan..jom pi ambik dulu"...
Ya Allah..syahdunya hati mendengarnya...terima kasih syg...ummi harap kasih sayang kakak pd ummi kekal begini walau ummi dah tua nanti ya...
Terima kasih semua rakan2 yg setia memberikan ucapan...terutama sahabat ulung Syarrizuan Rashid.. yg terus membuatkan air mata sy mengalir dengan ucapan ikhlasnya... :).. moga Allah merahmati kalian semua...dan moga saya terus diberikan kekuatan dan kesabaran untuk hari mendatang...
Ameen.
Monday, November 4, 2013
PAHANG Juara PIALA MALAYSIA !!!
Bukan sebab nak tumpang glamer kejayaan Pahang...
Tapi saja ja nak bg en suami aka mr papa baca...
Sebelum mr papa ke KL, dia tanya :
"Nanti final Piala Malaysia sapa menang?? Love ambik sapa?? Abg bagi can love pilih dulu kita betting"
So saya diammm lama... memang lama saya diam.. hati kuat nak sokong Pahang.. tapi takut..so saya balas :
"takpelah..abg pilih dulu...love bagi can kat abg"..
hahahaha nampak dak permainan di situ... :p
Last2 dua2 diam.. so sudahnya saya kata : "Hati kuat kata Pahang menang..." mr papa kata : "Abg rasa Kelantan"... so DEAL...
Bila masing2 pilih team yang berbeza baru seronok kann... hahahahah... tapi saya saja pilih Pahang sebab tak suka Neelofa..saya suka CT Nurhaliza... boleh gitu??? ekekekekekek... kan ke paper Utusan Malaysia keluaq bukan main besaq kat belakang...siti pilih pahang neelofa pilih kelantan..so saya yang memang tak berapa suka kat neelofa terus suka pahang.. tapi secara dasarnya menilai permainan Pahang sepanjang musim..pluss status underdog..plus semangat nak menang selepas 21 tahun membuatkan saya yakin Pahang akan bermain mati-matian...
Akhirnya Alhamdulillah...pilihan saya menang... tak tau lah apa yang akan dibalas oleh mr papa nanti... :)
Saya dan Piala Malaysia sebenarnya bukan baru...sejak dari sekolah rendah lagi saya memang minat bola tempatan...kawan2 saya mesti tau kegilaan saya pada pasukan Hijau Kuning (kedah) dari zaman Lee Kin Hong, Norazam Ishak, Faridzuan Che Hamid, Ahmad Sobri Ismail, Azmi Mahmud, Nidzam Adha, Radhi Mat Din sehinggalah ke zaman kembar Feriza/ Farouk... lepas tu saya agak suam2 kuku..sebab tak kenal...hahahaha..dolu2 saya kenal personally geng2 bola..bukan setakat minat di akhbar/majalah...tapi bila tak kenal personally dah malas nak follow..tapi jiwa tetap menyokong hijau kuning... :)
Bukti nyata...saya berada di Stadium Bukit Jalil di saat kedah kecundang kepada pasukan Perlis pada tahun 2004... huhuhuu...
Gol balingan yang dijaringkan oleh Adrien Jurad Chamrong yang gagal ditangkap kemas oleh Megat Amir... haishhh frust okay... tahun 2005 saya tak ke Bukit Jalil sebab x minat Selangor... tapi 2006 saya kembali ke Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir antara Perlis vs Negeri Sembilan... (actually dating ngan mr papa)... masa ni tak sokong sesiapa pun..tapi just wanna spent our time together sebelum mr papa ke Penang untuk Kejohanan Terbuka Malaysia... :) (owwhh indahnya kenangan).. start 2007 no more bola selepas saya menjadi isteri mr papa..tapi ada jugak le ke stadium sekali dua... :)
Bila agaknya nak boleh repeat... errr...kalau nak repeat nanti kita repeat kat stadium oversea naaa.... :)
Tahniah pasukan Tok Gajah.. !!!
Wednesday, July 17, 2013
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Apalah agaknya perasaan blog ni kan selepas saya ketepikan dia...asyik berinstagram jer...sampai blog pun dilupakan.. :)
Apapun harap masih belum terlewat untuk saya mengucapkan salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan-rakan yang singgah di blog ini...walaupun puasa dah masuk hari ke-8 tapi tak salahkan kalau saya nak wish??? hahahhahah
Tetiba saya terasa nak berceloteh di sini...mungkin sebab banyak kenangan yang berlaku dalam hidup saya di bulan Ramadhan yang mulia ini... kenangan di masa kecil - zaman kanak-kanak membawa kepada kenangan dewasa.... Jika dulu di zaman kanak-kanak saya sering berkejar-kejar dengan abang sulung saya untuk berpuasa penuh...sebabnya abah saya janjikan ganjaran RM1 sekiranya berpuasa penuh dan ditambah 20 sen bagi setiap waktu solat...jadinya kalau saya bersolat penuh..ganjaran yang akan saya dapat untuk sehari di bulan Ramadhan ialah RM2... pada masa itu (lebih kurang 26 tahun yang lalu) nilai RM2 sangat besar bagi kami yang baru di awal sekolah rendah...Justeru ganjaran yang dijanjikan oleh abah sememangnya kami rebut bersungguh-sungguh... Abah siap sediakan buku nota kecil untuk kami tick waktu solat yang kami solat...
Subuh tak pernah menjadi masalah - sebabnya rutin kami sahur di penghujung Imsak..selepas sahur dalam 10 minit dah azan Subuh..terus mandi solat dan bersiap untuk ke sekolah...namun solat Subuh biasanya ditinggalkan bila hujung minggu...dah bersahur sambung tidur sebab tak perlu ke sekolah...
Zohor - penat balik sekolah...tapi terus solat dan tidur.... selalunya jarang miss solat zohor...bangun tidur dah asar...terus ke masjid nak ambil kanji (bubur lambuk) yang diedarkan percuma di masjid...waktu ni selalu bergaduh sapa nak gi ambik bubur lambuk...ye lah tv rancangan menarik...rumah kedai kalau tak silap saya..so seboleh2nya tak mau miss...tapi memikirkan kanji itu makanan wajib kami berbuka..so terpaksalah mengalah..saya kan adikk.... selalunya memang abg saya yang menang...selain kanji..masjid rumah saya juga sediakan air halia..sangat pure sedap..favourite arwah mama...huhuhu...rindunya arwah... Al-Fatihah untuk arwah mama dan juga Pak Syed yang selalu masak kanji dan air halia...semoga Allah ampunkan segala dosa dan tempatkan kalian di kalangan orang yang beriman...
Maghrib - of course full list sebab lepas berbuka mama selalu akan bebel cepat solat......so solat..then mandi siap terus ke masjid untuk terawikh...dan of courselah bila dah ready nak berterawikh kena bersolat Isyak dulu...so selalunya memang full lah waktu solat saya sebab arwah mama ngan abah dah aturkan elok aktiviti2 setiap waktu nak memastikan anak2 solat... tiada paksaan tapi bila dah jadi kebiasaan automatically kita buat...saya tak tahu nak ukur tahap keikhlasan saya bersolat waktu itu...tapi apa yang ingin saya cuba sampaikan di sini...didikan arwah mama dan abah cukup untuk menjadikan saya kalau bukan seorang Islam yang terbaik dan beriman sepenuhya, setidak2nya menjadikan saya seorang Islam yang mengamalkan ajaran-ajaran Islam.
Rutin Ramadhan saya diteruskan dengan sesi bertadarus selepas Terawikh...saya ingat lagi semua yang menyertai tadarus ini ialah golongan dewasa...tapi group kami special..golongan kanak-kanak...kami bangga dapat menyertai tadarus bersama org2 dewasa ketika itu..dan lebih membanggakan, kami biasanya laju dalam menghabiskan bacaan...satu malam satu juzuk...owwh saya rindu kawan2 tadarus saya..makcik2 yang join tadarus selalu jugak jemput kami untuk habiskan bacaan bagi kumpulan lain disebabkan kelajuan bacaan kami...satu yang saya suka bila dpt join group dewasa ialah..makcik2 ini membaca al-quran dengan memahami maksud ayat..jadi bila kita tak cukup nafas, berenti di separuh ayat..kami biasanya akan ambil semua darai mana2 ayat terdekat...tapi makcik2 ni selalu tegur untuk ulang ambil bacaan dari ayat yang sempurna agar tak menjejaskan maksud ayat. Sesungguhnya saya amat berterima kasih kepada Mak Cik Dah dan Pak Cim Mat Bidin yang menjadi guru mengaji saya... Alhamdulillah sepanjang tempoh sekolah rendah...saya khatam Quran hampir 10 kali... Di sekolah menengah saya meneruskan lagi pengajian Al-Quran dengan beberapa ustaz dan ustazah - juga dengan menyertai kelompok dewasa... bagaimanapun kelas di waktu siang..hari Jumaat...Salah satu ustaz yang saya tak akan lupa ialah Ustaz dari Brunei (nama saya lupa) yang mana kelas tu diselaraskan oleh Pak Ngah Mat... setiap juzuk al-quran akan difotostat - contohnya kalau saya baca juzuk 14..makanya Pak Ngah Mat akan fotostat juzuk 14...sewaktu saya nak mulakan bacaan saya akan serahkan salinan quran fotostat tu kepada Ustaz melalui tirai masjid...dan saya akan memulakan bacaan..ustaz tak akan menegur sepanjang saya membaca...tapi bila saya dah habis baca..ustaz akan serahkan salinan fotostat tadi dengan contengan2 merah..hahahahah lagi banyak kesalahan yang dilakukan..lagi banyak lah bunga mawar merah di salinan tersbeut...dan seterusnya akan menjelaskan apa kesalahan2 yang telah saya lakukan..Alhamdulillah..saya selalu tergolong dalam kumpulan yang paling sedikit contengan merah....sekali lagi kebolehan saya membaca al quran dengan tajwid yang betul adalah berkat didikan pak cik mat bidin dan mak cik dah yang mana setiap hari mengaji quran pakcik mad akan ambil sepotong ayat (jika panjang) dan dua potong ayat(jika pendek) dan digariskan2 bahagian2 bertajwid untuk kami isikan jawapan..sama ada Izhar, Ikhfa', Nun mati, sabdu, Idgham Maalghunnah, Idgham Bilaghunnah, Iqlab, Mad Aridh Lin Sukun, Md Silah Qasirah, Md Jaiz Munfasil, Mad Wajib Mutassil dan macam2 hukum tajwid lagi..esoknya jawapan akan disemak dan diberi markah seterusnya dijelaskan keperluan bacaan disetiap hukum tajwid...Sesungguhnya kelas2 yang saya sertai dan hasil insiatif abah mama ini menjadikan saya seorang pencinta Al-Quran..Selepas itu saya menyertai kelas ustazah Nazrah pula dengan belajar cara melagukan Al-Quran....mendalami lagi hukum-hukum tajwid dan sebagainya....
Jadi sepanjang persekolahan rendah dan Menengah saya...Alhamdulillah..kedua ibu bapa saya dah berikan didikan terbaik untuk saya..sebagai bekalan hari dewasa saya....
Tapi kenapa saya hasilkan entry ini???? Sebab saya mula terasa yang saya sudah semakin jauh tersasar..saya kufur nikmat yang Allah berikan pada saya... Melangkah ke alam baru selepas persekolahan saya makin jauh dengan Al-Quran...di Matriks UKM saya masih berterawikh dan bertadarus memandangkan kelompok kami di situ kecil dan ramainya bekas pelajar sekolah agama...dan saya sendiri pernah mengimamkan solat terawikh selain menjadi bilal sesama jemaah wanita...Sedikit demi sedikit saya tinggalkan semua itu selepas di UKM, saya dah mula culas dalam menunaikan yang sunat tetapi masih meneruskan yang wajib....dan apabila melangkah ke alam pekerjaan semakin kurang ibadat sunat saya di bulan Ramadhan...arwah mama dan Abah selalu telefon bertanyakan sama ada saya mengaji atau tak.. ya saya mengaji..tapi tak pernah sempat untuk khatam...malah tak penah lebih 10 juzuk pun bacaan saya...saya gagal mencari waktu lapang untuk menghabiskan bacaan sebaliknya saya membiarkan diri saya lalai dalam kesibukan waktu....Khatam Al-Quran saya yang terakhir ialah 6 tahun dulu...selepas saya dinikahkan dengan mr papa...sebelah malamnya saya adakan majlis Khatam Al-Quran sebagai penghargaan untuk arwah mama yang memang berhasrat untuk majlis tersebut di hari perkahwinan...sebelum majlis tersebut saya berusaha habiskan bacaan Quran dan mengulang bacaan juzuk terakhir dengan Makcik Dah untuk memastikan bacaan saya lancar dengan tajwid yang betul... Itulah kali terakhir saya khatam... Dan dua hari lepas sewaktu sesi Tadarus bersama Dato VC..saya terkesan dengan tazkirah beliau.. : Al-Quran ini penting...dan dari situ saya mula rasa malu dengan diri sendiri...malu kepada Allah yang telah berikan saya segala2nya yang saya kehendaki...
Adakah ini salah ibu bapa??????
Tidak...arwah mama dan abah saya dah berikan yang terbaik untuk saya.....untuk abang dan adik2 saya...tapi diri kami sendiri yang kurang mengamalkannya apabila meningkat dewasa....Di sebalik kejadian sosial yang banyak berlaku sekarang ini....tolonglah jgn kita letakkan kesalahan itu pada bahu ibu dan ayah kita...tetapi renungkahlah kembali diri kita..di mana kita..siapa kita semuanya atas ketentuan kita sendiri....kesedaran dalam diri sahajalah yang perlu ada untuk kita kembali ke jalan yang diredhaiNya...saya masih belum sempurna sebagai anak..sebagai isteri...tetapi saya ingin menjadikan ianya sempurna...Insya Allah...semoga dipermudahkan niat ini hendaknya....Tidak pernah ada niat di hati untuk menulis ini sebagai membangga diri apatah lagi menunjuk2..sebaliknya saya hasilkan ini sebagai suntikan semangat untuk diri saya agar memberikan yang terbaik untuk anak2 dan keluarga...kepada anak2 ummi...jika ummi pergi dahulu...bacalah dan jadikan coretan ummi ini sebagai panduan hidup...setiap apa yang ibu dan ayah kita didik itu sebenarnya untuk kebaikan kita sendiri...
Ya Allah, saya mengharapkan keberkatan Ramadhan ini untuk sesuatu yang lebih positif dalam diri. Keberkatan Ramadhan ini juga saya harapkan untuk menerangi rumahtangga saya bersama mr papa yang kami mulakan dengan mengambil keberkatan Ramadhan tujuh tahun lalu. Saya dilamar oleh mr papa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan perbincangan pertunangan juga dibuat di Bulan Ramadhan...makanya bulan Ramadhan ini terlalu banyak kenangan mengenai hidup saya keseluruhannya....putera saya Aisy Mifzal juga dilahirkan dalam keberkatan bulan Ramadhan...semuanya cukup indah untuk saya kenang...Berkatilah rumahtangga kami Ya Allah dengan cahaya keberkatan bulan mulia ini..agar kami bersama-sama dapat terus merasai keindahan bulan ini di tahun-tahun mendatang. Bantulah kami dalam mendidik anak-anak kami sebagaimana yang engkau Kehendaki...Ameen
Wednesday, April 24, 2013
Kita takkan sedar apa yg kita ada sehinggalah kita kehilangannya.....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....
Friday, March 29, 2013
DOAKAN SAYA
Assalamualaikum WBT...
Saat entry ini dipublish....saya mungkin sedang berada di dalam dewan pembedahan...
Mengambil keberkatan Jumaat untuk menjalani pembedahan untuk membuang buah pinggang di sebelah kanan...
Tak pernah saya coretkan di blog....tak pernah saya ceritakan secara terbuka...
Namun saat ini..saya pasti saya mengharapkan doa dari semua rakan2 saya...
Doakan pembedahan ini lancar...
Doakan saya tidak mengalami sebarang komplikasi....
Doakan saya kuat untuk melawan sakit ini...
Doakan usia saya panjang....
Tolong doakan saya ya... Saya mengharap sangat2.....
Blog Ibu dan dara
-
-
Lunch date with someone..1 day ago
-
Tiffin...today & yesterday1 week ago
-
Family Update 20257 months ago
-
-
-
I'm Not A MONSTER - Review Ikhlas saya7 years ago
-
Baby Apa Khabar?8 years ago
-
Life as party planner8 years ago
-
De quervain's tenosynovytis9 years ago
-
Welcome 20179 years ago
-
Update harga dan product...9 years ago
-
Jom Join Tupperware!10 years ago
-
Princess in the house10 years ago
-
Pengalaman Melahirkan secara C-Zer10 years ago
-
-
-
We've moved!12 years ago
-
Adik Ayra is on the way..!!12 years ago
-
-
Cucuk sebulan12 years ago
-
Karikatur...12 years ago
-
Si Overweight vs Si Underweight12 years ago
-
CELCOM FRENZ M3012 years ago
-
-
-
-
-
-
Konvensyen IPGM Part 113 years ago
-
dah habis raya13 years ago
-
*WW* - Nekad -13 years ago
-
-
Random Images Ramadhan and Raya14 years ago
-
-
-
Perang Badar & Ramadhan15 years ago
-
-
MAMPUKAH????16 years ago
-
haluuuu !!!16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Geng UniMAP
-
Arsenal Juara2 months ago
-
PENGGERAK12 years ago
-
Plaza Alam Sentral12 years ago
-
What is Cervical Cerclage ? - Wikipedia14 years ago
-
-
MY LITTLE PRINCESS AINUL MARDHIYAH14 years ago
-
|| hadiah dia pada saya~~ uusshhh~~berry2~~ ||14 years ago
-
Prinsip Bersabar Orang Cina...14 years ago
-
tudia ... basinya....16 years ago
-
-
-
-
My Two Kiddo
The apple of My eyes...mwahhhs
Award2 Ku
Thanx to all my frenzzz
Selalu Singgah
FeedJit
Sape Singgah?
2nd anniversary
Kangar, Malaysia
My Facebook Profile
1st Wedding Anniversary
Alor Setar, Malaysia























