Sunday, December 23, 2007
hari bersama tisya
14 dis yg lalu birthday tisya....sayang kami tak sempat meraikannya bersama...papa (hubby) ada hal..so abang kak shana n adik je yg celebrate birthday tisya kat TGI Friday..so cute lah this gurl..dah besar rupanya anak buah saya yang sorang nih..dah tiga tahun...tgklah aksinya di TGI...geram tul lahhhh....
so sebab tak dapat nak celebrate sama2...the next day tu, saya bawak tisya tido kat umah kajang....boleh dia spent masa ngan papa n acik...tgklah gelagatnya tido ngan papa..susah nak kejut tuh........heheheheh...papa sedang mempersiapkan diri untuk menjadi seorang papa kepada anaknya sendiri....insya allah...4 bulan je lagi...
sawang banyaknya
Thursday, November 15, 2007
Dinner
aksi hubby selepas mengupas bawang...yg syoknya, hubby tak bagi saya tolong langsung..
"dah gi duk depan tgk tv..biar abang masak..."
hehehhe...Yeszzzzaaaaaa....suka i tau..kalau slalu gini kan bagus.....so duduk lah saya di kerusi panjang sambil mengadap tv....tapi tak lama pun...sekejap je nasi goreng hubby dah siap..so apa lagi saya ngan hubby pun dinner sama2...memang sedap nasi goreng yg hubby masak..superb...seriously..lelaki tak ramai yang pandai masak..tapi bila nasi goreng yg hubby masak terasa nasi gorengnya maka saya tak boleh tipu kata tak sedap kan....saya siap makan bertambah lagi....
aksi hubby yang kekenyangan makan hasil masakan sendiri...
Thanx so much sayang......lain kali masak lagi ehkkk...mwahsssssss
Wednesday, November 14, 2007
Abah
otw balik kami singgah ke Giant Kajang, beli sedikit rencah untuk buat bihun goreng...dalam kul 4 gitu abang, kak shana n tisha sampai...kami lepaks, makan, citer2...ralit hingga ke pukul 6..bas abah kul 10...ada 4 jam lagi n saya perlu bawak abah ke Alamanda untuk shopping 'nikah'..heheheh
So dalam 6.30 mcm tu kami gerak ke Alamanda...abah nak beli cincin untuk bakal isterinya..mula2 ke Habib Jewels..tapi takde pilihan yangmenarik..then off tu Tomei plak...mak aiii banyaknya cincin...saya plak rambang mata...pilih punya pilih punya pilih..last2 abah berkenan one design nih..lepas dah settle cincin kami ke kedai Bata plak..abah kata kasut keje dia dah buruk..so nak beli new one...alhamdulillah semua yg abah nak beli ada..settled in 1 hour only..proceed balik ke kajang...solat, dinner then terus antar abah gi hentian kajang...
Lepas abah naik bas, Topix plak sampai umah...dia tgk2kan pc kat umah ni..then claim nak makan sate kajang..so dalam kul 11 gitu gerak ke Samuri Sate Kajang...saya makan 4 cucuk je..hubby 15 cucuk ok...haiyyyaaa..manyak betul dia makan sekarang....settle makan balik umah dah sekat kul 12.30..terus gosok gigi, cuci muka then tido..ngantuk giles......
Monday, November 12, 2007
selamat pengantin baru
Selamat pengantinbaru buat pasangan Faiz (atlit 100m hurdles) n Zuraidah yang selamat melansungkan majlis mereka semalam (111107)...Dengan pilihan warna kuning yang sememangnya kegemaran Faiz, kedua-duanya nampak cantik dan berseri di atas pelamin...
Saya dan hubby turut tidak melepaskan peluang meraikan kedua-dua pengantin tapi sayang tak sempat tunggu lama untuk bergambar dengan pengantin..i'm not feeling well n rasa nak balik cepat2 n tido jer....anyway saya doakan anda berbahagia dan dipanjangkan jodoh hingga ke akhir usia...semoga cepat2 dikrniakan anak ya...
Birthday prezen
Friday, November 9, 2007
nasi lemak daun pisang
feelings
You cant have this feelings until u xperienced it urself....benar gitu...perasaan ketika pregnant ini sangat menyeronokkan..mendengar cerita kawan2 atau sedara mara sahaja tidak cukup untuk kita merasai keseronokan itu....dan apabila berpeluang merasainya sendiri baru anda akan menyatakan...: "ohh begini rupanya perasaan apabila hamil". :p
Imej itu dirakamkan pada 23 Oktober lalu, kali pertama saya ke pakar untuk melakukan pemeriksaan dan usia kandungan ketika itu 14 minggu...perasaan ketika itu?? Tersangat gembira sehingga saya mengalirkan air mata saat kali pertama melihat imej bayi yang sedang saya kandung...aduhhh sungguh bahagia sekali..berpeluang mengandungkan zuriat hasil semaian benih cinta saya dan hubby...
Kata doktor bayi saya panjang dan aktif...Panjang..??? hahahaha..teman2 mentertawakan saya..like father like son/daughter lah kot..takpelah, saya tak kisah semua itu, asalkan bayi yang bakal dilahirkan ini sihat dan sempurna sifat fizikal dan organ dalamannya. Aminn
Sunday, November 4, 2007
28 dah rupanya...
Aduhhh, pantas sungguh masa berlalu...sudah 28 rupanya usia saya...terasa bagai baru semalam saja berpakaian putih biru dan bertudung putih...melepak di medan langgar bersama teman-teman...seperti baru semalam sahaja saya merempit kapcai kesayangan abah ke sekolah, xcident lantas ditahan wad selama dua hari...aduhhhh...cepat sungguh ya masa berlalu....masih terkenang-kenang lagi keseronokan menikmati nasi goreng makcik di Queens, mee ayam tom yam City Point...sungguh saya rindukan kenangan zaman remaja...
tapi hakikatnya kini..semua itu telah lebih 10 tahun saya tinggalkan...dan saya semakin dewasa dengan pengalaman...
2 November 2007 - genaplah 28 tahun usia saya dan kali ini ia menjadi begitu bermakna kerna saya kini seorang isteri dan bakal menjadi ibu...sungguh lain perasaan menyambut hari lahir tahun ini...Terima kasih tuhan atas kurniaanMu ini..terimakasih kerana memberikan saya peluang untuk bernafas sehingga 28 tahun usiaku kini...Semoga saya terus diberikan waktu untuk bernafas untuk tempoh yang lama lagi...Ya Allah, saya mohon dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat dari Mu...saya mohon dikurniakan zuriat yang sempurna sifatnya, cerdik akalnya, mendengar kata, taat dan patuh serta menjadi anak yang soleh/solehah...Ya Allah, saya mohon juga selamatkanlah mahligai yang saya bina bersama suami, jauhi lah kami dari segala anasir jahat, pertengkaran dan kuatkanlah kasih sayang antara kami hingga ke akhirnya...Amiin.
12 midnight..2 november..di saat saya sedang lena dibuai mimpi..hahahha...kejutan dari hubby tersayang...thanx so much dear..sungguh tak sangka..walaupun masih mengantuk...sesuatu yang tak mungkin saya lupakan hingga ke akhir usia saya...thanx juga untuk semua family dan kawan2 yang wish saya...i really appreciate it...
UPDATED: Thanx so much to my beloved frens...one, kemah, ilah n reza yang tetiba je celebrate birthday gue di umah kemah selepas luncheon tadi...terharu sangat...n the cake was so nice n yummieee...love u all guys...mmmuuuuaaaahhhhhsss...
Monday, October 29, 2007
new family member..insya allah
‘‘Kita boleh sayangi ibu, anak, isteri, cucu, adik tetapi kita tidak dapat bandingkan kasih kita kepada ibu dengan kasih kepada isteri. Jeanne adalah satu daripadanya... itu adalah kelebihan Allah,’’ Itu kata Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi kala mengumumkan pernikahannya dengan Jeanne Abdullah.
Dan saya pasti perasaan sama tetap subur dalam hati abah meski kini telah bertemu dengan pengganti arwah mama. Yang pergi tetap pergi, dan kita yang hidup perlu meneruskan hidup sebagaimana biasa tanpa dibayangi perasaan sedih dan pilu..Biarkan sejarah menjadi sejarah...hakikatnya, hidup perlu sentiasa memandang kehadapan, jika kita tidak mahu ketinggalan.
Dan kini, selepas kira-kira setahun lapan bulan pemergian arwah mama, akhirnya abah terbuka hati untuk menyunting suri baru dalam hidupnya. Sebagai anak perempuan sulung, saya tiada sedikit pun halangan waima tentangan..malah saya memberi sokongan seratus peratus agar abah mencari teman kerna saya kini bukan lagi saya yang dulu...Saya sudah berkeluarga dan agak sukar untuk saya memperuntukkan setiap waktu terluang yang saya ada untuk abah tersayang...saya kini perlu berbagi kasih...satu di Kedah, satu di Terengganu...dan Kedah dengan Terengganu menjarakkan lagi kasih sayang saya...
Alhamdulillah, kini saya boleh menarik nafas lega..sekurang-kurangnya sudah ada insan yang akan menjaga makan pakai minum abah..ada insan yang akan menemani abah di kala susah mahupun senang...ada teman yang akan mengiringi langkah kakinya...satu harapan saya...agar kasih sayang abah tak akan hilang untuk arwah mama...dan semoga kasih baru abah ini membawa bahagia dan saling mengambil berat antara satu sama lain...28 Oktober detik pertama kehadiran insan baru meski bukan secara rasmi..cincin disarung tanda termeterainya ikatan yang bakal disimpulkan dalam tempoh sebulan lagi....dan ia nyata satu pengalaman baru buat saya...jika sebelum ini, saya merasa detik bahagia saat disarungkan cincin oleh bakal ibu mertua...merasa debaran saat kali pertama bersalaman dan mencium tangannya, kini saya tetap merasakan debaran untuk menyarungkan cincin ke jari bakal "mak"...alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik... pelukan sayang dan ciuman kasih bakal "mak" menguatkan perasaan saya yang abah akan dijaga dengan baik....insya allah....
Friday, October 26, 2007
due date...
Tarikh Mizan was born 04041981....n the due date for my baby (expected) 24042008...Mizan hope the baby kuar on 04042008 so that they both can share the same birthday...as for me tak kisah la...mana-mana pun takpe..kongsi tarikh lahir ke bulan lahir yang sama ke tetap boleh buat double celebration..hehehehe
TAPI
Kalau dapat tarikh 20042008 pun menariks jugak kan...heheheh..dalam tak kisah tu nak jugak plan tarikh.....tak kisahlah..asalkan baby yang akan dilahirkan ini sempurna sifat fizikalnya...complete dan sempurna organ dalamannya, cerdik n pintar serta menjadi anak yang soleh/solehah...amiinnn...insyaallah
Monday, October 22, 2007
Syawal yang membahagiakan
hati saya juga sayu mengenangkan arwah mama yang kini masuk tahun kedua bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Al Bukhary...dan mungkin juga ini tahun terakhir kami beraya tanpa seorang wanita bergelar ibu...Dalam situasi sekarang, saya merasakan abah akan memperkenalkan calon isteri terbarunya...dan saya berdoa semoga wanita yang dipilihnya itu mampu menjadi peneman kala suka dan duka abah...insya allah...
Saya meneruskan rutin hari raya seperti tahun lalu...menyediakan juadah wajib, ketupat rendang dan juga hidangan rasmi pagi raya...masi beriyani, dalca, ayam merah dan daging hitam....saya juga turut sediakan nasi himpit, kuah lontong dan sambal bilis..sudah lama saya mengidamkan nasi himpit dan lontong...amat puas bila dapat menikmatinya hari raya lalu...Dan seperti biasa juga, raya saya banyak dihabiskan di rumah, melayan tetamu yang datang. Hanya beberapa rumah sahaja yang sempat kami kunjungi....
Raya ketiga, saya dan suami bergerak ke penang dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Terengganu..sepanjang perjalanan saya muntah dan akibatnya saya begitu lemah dan tidak bermaya....tapi rutin menziarahi keluarga di Terengganu harus diteruskan....
Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik dan sempurna..saya bersyukur berpeluang menikmati puasa dan syawal pada tahun ini...moga ada Ramadan dan Syawal untuk saya di tahun hadapan yang pastinya lebih bermakna dengan kehadiran cahayamata pertama kami...Insya Allah...
Thursday, September 13, 2007
1st Ramadan...new experience
Monday, September 10, 2007
new life - preggy world...
Wednesday, September 5, 2007
takde apa2...
"Suatu ketika dahulu, ada seorang guru yang meminta murid-muridnya untuk membawa satu kantungplastik jernih ke sekolah. Lalu, dia meminta setiap orang daripada mereka untuk memasukkan beberapa kentang ke dalamnya. Setiap orang diminta memasukkan sebiji kentang sebagai mewakili setiap orang yang mereka tidak mahu maafkan. Mereka diminta untuk menulis nama orang yang mereka tidak mahu maafkan itu. Ada beberapa orang daripada kanak-kanak itu memiliki kantung yang ringan walau banyak juga yang memiliki plastik dnegan berat berlebihan. Mereka diminta untuk membawa kantung itu ke mana-mana sahaja mereka pergi - makan, tido, mandi, siang malam selama seminggu berterusan. Pendek kata, sentiasa perlu ada di sisi. Lama kelamaan keadaan kentang tersebut semakin tidak menetu. Banyak daripadanya membusuk dan berbau dan murid-murid mulai mengeluh dengan tugasan yang diberikan guru mereka itu. Akhirnya tempoh seminggu itu selesai, dan majoriti murid-murid memilih untuk membuangnya daripada menyimpannya."
Ia memberikan pengajaran kepada kanak-kanak itu, suka duka semasa membawa kantung yang berat menjelaskan kepada mereka bahawa sesungguhnya membawa beban itu sangatlah tidak menyenangkan. Memaafkan, sebenarnya adalah pekerjaan yang lebih mudah daripada membawa semua beban itu ke mana saja kaki melangkah. Ini adalah sebuah perumpamaan yang baik tentang harga yang perlu kita bayar untuk sebuah kepahitan yang kita simpan, dan dendam yang kita genggam terus menerus. Getir, berat dan merupakan aroma yang tidak menyedapkan. Boleh jadi itulah nilai yang akan kita dapat saat memendam amarah dan kebencian. Kita sering berfikir, memaafkan adalah hadiah bagi orang yang kita beri maaf. Namun kita harus kembali belajar bahawa pemberian itu juga adalah hadiah buat diri kita sendiri. Hadiah untuk sebuah kebebasan. Kebebasan dari rasa tertekan, dendam, amarah dan kedegilan hati.
Sunday, September 2, 2007
baby Yoke Shan
Pity her... 41 days old baby Lai Yok Shan’s left arm was amputated yesterday morning at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital.
The operation, which began at 9.15am, took an hour. Her arm was amputated just below her elbow and her condition was reported to be stable.
Yok Shan was born premature and her arm became infected while she was placed in an incubator.
expecting a baby..
Tuesday, August 28, 2007
cerita selasa
hari ini sangat membosankan, after stuck in traffic jammed for almost 1 hour, i need to rush to IPD Kuala Langat for a damn ^%*^ stupid press conference..what the $%#* ! rampasan dadah worth less than RM2k pun nak buat PC ker...memang gila glamer... (oppss..sorry) but its true..next time please check ur bahan kes before call for a press conference ya...!
hurmm..i'm kinda tired today..dunno y but mayb becoz of my pregnancy...rasa sakit sangat kat pinggang n bawah perut..may b sebab drive jauh ke Kuala Langat...errr actually from kajang - shah alam - kuala langat - shah alam or in total 180km plus 1 hour stuck in traffic jammed (asyik main clutch jer) nak pakai kete auto.....plissssss
may b i should pinjam myvi abah during my pregnancy...hehehe..nanti pujuk abah lah..hopefully he agree...lalalalala...penat wooo drive manual.
Saturday, August 25, 2007
mommy n daddy to be...
kelakar sangat...ye lah...Pregnancy is an exciting time for most couples. There is a lot to learn about and discover throughout the nine months it takes to nourish a growing baby! every married couple memang aiming for baby... but afterall semua ketentuan Allah kan...kita tak boleh too excited coz it will only make us stress.. phewww... And right now i don't know how to describe my feelings....it's amazing...and after this..
i will experienced all the goods and hards of being a mother as what my late mama always told me before...
Wednesday, August 22, 2007
A love survey...
[02] Have you ever been given roses?> yup..during my graduation day...
[03] What is your all-time favorite romance movie?> Never been kissed..so touching loh
[04] How many times have you honestly been in love?> 1,2,3..10..15. errr..am i a playgirl?
[05] Do you believe that everyone has a soul-mate?> definitely YES
[06] Have you ever had your heartbroken?> Yes and yes n Yes...
[07] What is your view on long distanceor online relationships?> cannot b trusted..
[08] Have you ever seen a friend as more than a friend?> errr.... tak ingat la
[09] Do you believe the statement, "Once a cheater always acheater'"?> YES
[10] Does age matter?> Nope..the most important is honesty
[11] Do you believe you truly only love once?> err...nope
[12] Imagine you're 69 & your spouse just died, would you re-marry?> may b nope
[13] At what age did you start noticing the opposite sex?> when i was 12
[14] What song do you want to hear at your wedding?> Cahaya Cinta by CT Nurhaliza...
[15] Do you like anyone?> Yes...i like n love my hubby very2 much...
lepas geram
bangun pagi, hantar adik gi stesen bas, we had breakfast 2gether..
a cup of milo with roti canai..
Masuk opis, b4 10 (yess b4 10 ok)..
kosong..empty.
xde orang..
dari pagi td rasa very unmotivated.
banyak benda seems to happened last few days..
semangat rasa hilang..
mood terbang melayang.
Pelik sgt...
Nape ada org dalam dunia ni..
yg suka cakap ikut sedap mulut..
tak pikir hati orang..
suka-suka hati dia ja..
pastu bleh buat tak taw..
seems like tak bersalah langsung..
kalau tgh tensen atau confused..
duk diam2..
jgn duk kacau org..
At least,
Tak susahkan org lain
or tak carik pasai
Tapi kadang2 ada org
macam xleh pikiaq kot.
Kadang2 rasa macam nak campak je dia dalam laut..
biaq duk dalam tu diam2..
tak kacau org lain..
tak nyusahkan hidup org lain..
tapi masalahnya tak boleh..
Nape tak boleh??
R.A.H.S.I.A
(benci la bila jadi macam nih)
Monday, August 20, 2007
Thursday, August 16, 2007
Memori
Tuesday, August 14, 2007
I miss you
.
.
.
.
.
.
.
.
.
phewwww...sampai bila kita macam ni????
dah masuk syaaban dah...cepatnya
Friday, August 3, 2007
It's been a while
Saya ingat lepas kahwin, lepas adanya dia dalam hidup saya, saya tidak akan stress lagi..hidup saya akan tenang n i can live happily without thinking of other people..but i'm wrong..as long as i'm still in this field...saya akan sentiasa di uji..manusia tidak pernah habis dengan hasad dan dengki..sometimes terlintas juga untuk membunuh (kalau lah membunuh itu bukan satu kesalahan)...
Anyway, let bygone be bygone...today is better. I can smile n laugh (tho cuma pretending sahaja)...Inilah dugaan, hidup kita masih panjang (mungkin..but who knows esok lusa ajal menjemput)...selagi saya bernafas di bumi Allah ini, selagi nyawa masih didalam jasad saya..saya perlu teruskan hidup ini..Go to hell with other people rite...just do whatever you think is right...
Moga esok akan lebih cersinar..dan langit akan dihiasi bias warna pelangi yang ceria...Adios...
Blog Ibu dan dara
-
Kali ke-4 repeat order :)5 hours ago
-
Happy birthday Ibu 💖 !!!!11 hours ago
-
Caj baby T di rumah19 hours ago
-
-
-
-
I'm Not A MONSTER - Review Ikhlas saya6 years ago
-
Baby Apa Khabar?6 years ago
-
Life as party planner7 years ago
-
De quervain's tenosynovytis7 years ago
-
Welcome 20177 years ago
-
Update harga dan product...8 years ago
-
Jom Join Tupperware!8 years ago
-
Princess in the house8 years ago
-
Pengalaman Melahirkan secara C-Zer8 years ago
-
-
-
We've moved!10 years ago
-
Tersentuh...10 years ago
-
Adik Ayra is on the way..!!10 years ago
-
-
Cucuk sebulan11 years ago
-
Karikatur...11 years ago
-
Si Overweight vs Si Underweight11 years ago
-
CELCOM FRENZ M3011 years ago
-
-
-
-
-
Konvensyen IPGM Part 112 years ago
-
dah habis raya12 years ago
-
*WW* - Nekad -12 years ago
-
-
Random Images Ramadhan and Raya13 years ago
-
-
-
Perang Badar & Ramadhan14 years ago
-
-
MAMPUKAH????14 years ago
-
haluuuu !!!15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Geng UniMAP
-
Baru Tahu Yang Kita Tak Buat Apa Apa3 months ago
-
PENGGERAK10 years ago
-
Plaza Alam Sentral11 years ago
-
What is Cervical Cerclage ? - Wikipedia12 years ago
-
-
MY LITTLE PRINCESS AINUL MARDHIYAH13 years ago
-
|| hadiah dia pada saya~~ uusshhh~~berry2~~ ||13 years ago
-
Prinsip Bersabar Orang Cina...13 years ago
-
tudia ... basinya....15 years ago
-
-
-
-