Isu yang disiarkan akhbar ini mengkucar kacirkan hidup saya seketika...
Sebagai seorang staf tetap di UniMAP..sesungguhnya saya berasa amat sedih...kecewa...terkilan....dengan penyiaran berita yang ditulis oleh individu yang sangat dangkal ilmunya...Dan sebagai bekas wartawan akhbar utusan malaysia pula, saya terasa artikel ini selayaknya dibakul sampahkan sahaja....(i mean the main story)....macam mana seorang wartawan boleh menulis berita tanpa "quote" sumber??? Main Story yang disiarkan langsung tidak menyatakan dengan jelas dan terperinci dari manakah sumber berita itu diperolehi...hanya story cincai berdasarkan pemahaman sendiri dengan menggunakan ayat2 yang "sensasi"...tidak ada satu pun ayat yang menyatakan : sumber memberitahu Kosmo atau Berdasarkan aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam ataupun berdasarkan satu kiriman emel ke bilik berita Kosmo mendakwa bla bla bla......nan ado langsung okay....i've been working as reporter for 8 years dan sepanjang tempoh itu semua News editor, assistant news editor or even senior reporter keep on saying "setiap berita harus jelas sumbernya"...
Berita yang kedua memang disediakan oleh saya bersama panel2 yang dilantik...sangat mengecewakan apabila 13 soalan yang ditanya dan diberikan penjelasan yang CLEAR dan JELAS...dimanipulasikan...hanya yang negatif disiarkan...yang positif disembunyikan...dan dalam jawapan panel UniMAP..memang jelas menyatakan KAMI MASIH MENUNGGU JAWAPAN RASMI di hampir kesemua soalan yang ditanya....tetapi inilah yang saya katakan DANGKAL PEMIKIRAN apabila wartawan itu menulis TIDAK DIIKTIRAF...Tidak diiktiraf atau Iktiraf itulah jawapan yang sedang kami tunggu...tapi kenapalah kau cerdik sangat terus Tulis TIDAK DIIKTIRAF????Apa masalah kau??? Tak paham bahasa Melayu ke??? nak aku cakap bahasa India ke Cina ke Kadazan ke nak bagi kau paham??? STUPID IDIOT !
lagi satu dari manakah sumber berita utama ini ??? Kenapa tidak dinyatakan dengan jelas??? dan satu lagi yang membuatkan saya marah...kenapa MENIPU untuk melariskan BERITA...satu yang paling nyata...KEDANGKALAN wartawan ini terserlah bila dia menulis semenjak UniMAP diwujudkan pada tahun 2001 - KESALAHAN FAKTA yang sangat NYATA - UniMAP hanya wujud pada tahun 2007 melalui penjenamaan semula yang mana sebelum itu dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia yang ditubuhkan pada bulan JUN 2002 (bukannya 2001)....Dari mana datangnya 16 Program pengajian???? SEKALI LAGI SAYA TEKANKAN....DARI MANA ASALNYA SUMBER BERITA INI??? FAKTA YANG SANGAT SALAH....izinkan saya jelaskan dengan NYATA bilangan program UniMAP yang sebenarnya....
2 Program pengajian mendapat Pengiktirafan Penuh 5 tahun (yang KOSMO dakwa Bernasib Baik)...8 program pengajian masih dalam rundingan (belum ada status rasmi TIDAK DIIKTIRAF)...faham tak perkataan RUNDINGAN????
2 Program baru dihantar permohonan tahun lalu manakala 3 Program lagi dihantar permohonan bulan Januari lalu...dan kedua-dua permohonan ini belum DINILAI pun oleh EAC-BEM...even EAC or BEM belum pun lagi buat kunjungan ke UniMAP untuk proses evaluation...HOW COME KOSMO boleh tulis TAK DIIKTIRAF???? konsepnya sama macam kawin...
Kita mulakan dengan MERISIK....kemudian BERTUNANG...lepas tu BARU AKAD NIKAH yang mengesahkan ikatan suami dan isteri...tapi KALAU BARU DITAHAP MERISIK dah boleh buat KESIMPULAN kita SUAMI ISTERI apa ke halnya????
Saya tak kisah kalau KOSMO nak kejar sensasi...tapi tulislah LAPORAN YANG TEPAT berasaskan FAKTA....jgn malukan imej wartawan lain yang sentiasa berpegang kepada etika kewartawanan....Saya tinggalkan Utusan Malaysia dengan penuh hormat dan rasa sayang yang masih mendalam....saya keluar dari Utusan Malaysia bukan disebabkan marah, benci dengan syarikat itu..tetapi sebab saya ingin berada di sisi suami yang saya sayangi....Jadi apabila kes seperti ini berlaku...saya rasa sangat2 sedih....syarikat yang pernah menjadi sumber rezeki utama saya..syarikat yang sangat saya sayangi...seolah-olah cuba "menabur pasir ke periuk nasi baru saya"....KENAPA SAYA SEDIH?? sebab saya dah merayu...dah memohon dengan baik...agar tidak langsung menyiarkan berita negatif ini yang akan mencalarkan imej majikan baru saya...saya dah jelaskan dengan terperinci sebab musababnya...yang mana saya kira penjelasan itu diterima dan saya diberikan "harapan palsu"....Menitik air mata saya saat melihat berita ini terpampang di muka akhbar....terduduk kelu kaku untuk berbuat apa2....apabila melihat berita yang TIDAK TEPAT fakta dan kesahihannya...
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang yang benar- benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.sendiri. Jika ia (orang yang dianiaya) kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu keperluan kedua- duanya. maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Nisa’ : 135)
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang yang benar- benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.sendiri. Jika ia (orang yang dianiaya) kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu keperluan kedua- duanya. maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Nisa’ : 135)
…. janganlah kamu menyamarkan kebenaran dengan kebatilan serta kamu sembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat sebenarnya) (Surah al-Baqarah: 42)
Saya serahkan semuanya pada Allah...biarlah DIA yang membalas perbuatan wartawan ini..saya bukanlah seorang yang kejam untuk mendoakan kemudaratan hidupnya...kerna saya percaya ALLAH ITU ADIL DAN MAHA BERKUASA KE ATAS SEMUA MAKHLUKNYA....
Mungkin di dunia wartawan itu berkuasa....tapi sedarlah anda tetap MAKHLUK ALLAH...
wallahualam....
12 memo menunggu dibaca:
berani sungguh dakwaan mcm ni.. kena ambil tindakan serius ni...
ya SONE..bekas wartawan kembali beraksi di gelanggang nya. hang suruh reporter tu pi jadi tukang juai suratkhabar ja la kalau x dak idea nak tulis tapi nak buat2 cerita tanpa fakta.
Sue,
Geramkan.. Ada beberapa ayat yg saya sgt geram. Satu, perkataan berserta apostropy "bernasib baik".. Sungguh humialiating!! Kedua, dia ada mentioned pasal x dapat pengiktirafan MQA dan JPA disamping EAC. program kta bukan ke engineering, nk buat apa dpt piktirafan MQA..? Yg JPA pulak, bukan ke JPA yg kluar kan surat beranak program.. That's ean JPA alert dan arif semua content dan curriculum structure UniMAP.. Seiously, mmg mangkuk lh reporter nih :(
hebat tamparan diberikan wartawan nih kat uni hang gheja weh... berani kan buat spekulasi sendiri, pehtu papar dgn bangganya pulak! well, hope u can handle the case dgn baik sekali... pray for u beb. tcare.
sabar yer sue..
sone,aku terkejut weh baca berita tu.dlm hati kenapa jadi camni???betul le unimap buat camni kat stdnts??nasib baik hang dh explain kalo dak x sedap juga x dpt info yg sebenar.apa2 pun sabaq okeh..
Kak Su, banyak2 bersabar yek..mmg tk patut reporter tu tulis dgn takde bahan rujukan..ade cadangan nak kenakan apa2 tindakan ke
harap isu ni dpt ditangani ngan baik oleh pihak uniMAP ye..amin..
Hai sue..sabar byk2 ye..
tak patut betul bila menulis cerita2 yang tak jelas sumbernya nih.. melanggar etika kewartawanan rasanya wat cam ni...
semoga wartawan tu sedar la eh..sabar..
kak sue..
jengah blog manja k utk dapat awards... :)
cabaran dalam kerjaya....
terasa macam kak su masuk debat lak..penuh dengan fakta...hehehe..
apapun, sy jugak terasa tempiasnya..student keep asking masa berita tu kuar paper..kwn2 kat IPTA yang lain pon keep asking gak sampaikan sy pon naik menyampah nk jawab soklan2 mcm tu..
Apapun, reporter tu mmg hampeh..nak buat cerita sensasi tp info semua salah..apa daaa
sabo su.... besela klu main dgr ckp org jer mmg ginila jd nye... nak wat berita ape pon kenela ade bukti, bkn main belasah jer...
kita dipihak yg benar kan.... Insyaallah seme ok yer...
Post a Comment