Tuesday, April 12, 2011

SUPPORT


Hari ni bukak FB...kak Kimi/Kak Maria ada buat status pasal cancer nih...

"I have a personal reason for asking if everyone could please put this as their status for 1 hour. I know the ones who will. Think of the ones you know or love who has had cancer. My wish is that 2011 a cure will be found. Will you post it for 1 hour? Do it for all. There are too many to mention who have fought & who are fighting. I hope to see this in all the statuses of my friends. Just for an hour."

Lantas saya terus copy paste n jadikan status saya..
sebab apa?? sebab saya mempunyai satu pengalaman yang cukup sedih berkenaan breast cancer nih...
Tahun 1994, saya PMR masa tu...aunt saya (adik mak saya) yang belum berkahwin disahkan mengidap breast cancer..so lepas fikir semasak2nya..aunt saya decide nak buang sebelah breastnya...alhamdulillah, everything's went smoothly n she live healthyly lepas operation...sampailah saya di tahun akhir pengajian di UKM...(tahun 2000)..cancer aunt dikatakan merebak lagi dan harus menjalani kimoterapi...berulang kali menjalani kimoterapi..fizikal aunt memang berubah terus...kurus kering, rambut2 gugur...kening, bulu roma bulu mata semuanya gugur...aunt menjadi penghuni setia Personal Care Unit (PCU) Hospital Alor Setar khusus untuk pesakit cancer, dan masa tu saya dah tamat belajar. Maka menjadi rutin harian saya bergilir2 dengan arwah mama menjaga aunt...menemani aunt waktu malam..masakkan mee sua...bubur untuk aunt makan...
dan di situ jugak saya telah menyaksikan lebih 10 kematian pesakit cancer (pelbagai jenis cancer)...di depan mata saya sendiri...saya melalui pengalaman membaca yasin untuk beberapa pesakit...yg mana pada masa tu juga ada sorang pesakit lelaki meluahkan perasaan dia pada saya...dan keesokannya beliau dijemput Allah...sungguh sedih keadaan masa tu...
saya dah menjadi sebahagian daripada keluarga kecil PCU....
boleh dikatakan sukarelawan ketika itu...dan saya juga berpeluang menyaksikan almarhumah Sultanah Kedah, yang turut menerima rawatan penyakit cancernya di Wad Diraja bersebelahan PCU...semua ini membuatkan saya menginsafi diri..dan sentiasa bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik...

berbalik pada cerita aunt saya...selepas beberapa kali melalui proses kimoterapi...aunt akhirnya dibenarkan pulang dan menetap bersama keluarga kami...
dan ketika ini jugalah, arwah mama saya terlepas peluang melihat hari bahagia saya bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi UKM disebabkan perlu menjaga aunt di rumah...

Alhamdulillah...disebabkan menjaga aunt jugalah, Allah kurniakan saya rezeki menjadi wartawan sambilan di Harian Metro Kedah. kebetulan, suami kepada salah seorang starf nurse di situ merupakan wartawan sambilan di agensi yang sama...beliaulah yang menjadi perintis untuk saya menceburi bidang yang sememangnya saya cintai ini...Dan alhamdulillah juga, selepas setahun menjadi wartawan sambilan, saya mendapat jawatan tetap di KL tetapi bertukar agensi ke Utusan Malaysia...Oktober 2001, saya melaporkan diri di Utusan KL...dan saat melaporkan diri itu, keadaan kesihatan aunt masih stabil dan ceria...beliau dapat meneruskan kerjayanya...

Namun takdir Allah tak siapa yang tahu...selepas 9 bulan saya bertugas di KL Aunt semakin tenat, keadaannya semakin uzur...tuntutan tugas menyebabkan saya jarang dapat pulang tetapi saya tetap mendoakan aunt dari jauh....sehingga akhirnya saya mendapat berita sedih pada bulan Oktober 2002, genap setahun selepas saya bertugas di KL....
sedih pilu...saya tidak dapat berada bersama aunt pada hari pengkebumiannya...
tetapi saya bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada insan yang menjaga aunt sewaktu aunt sakit....

Al-Fatihah untuk arwah Aunt (Jannatun Nesa Bee Binti Haji Mohad Hanifah)...
damailah aunt di sana..dan semoga kita bertemu kembali di Padang Mahsyar kelak...







5 memo menunggu dibaca:

MariaFaizal said...

Al-Fatihah.Sedih akak baca cerita about your late aunty. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat buat arwah (arwah mama Sue juga..Ameen..).Akak harap Sue & all us women to be strong & sentiasa redha dlm semua ujian yg Allah berikan. However, I'm always praying that we won't have to go thru sad experience when reading this.InsyaAllah..be strong girl, but stay sweet,just the way you are.

@e_da said...

alfatihah buat arwah...

cerita pasal cancer ni mmg takut kan.. tak kira sape pun boleh kena.. kalau dapat elak seeloknya la kita berjaga-jaga... pengorbanan jugak kak su dah lakukan tu

mummy_ayu said...

al fatihah tuk arwah aunty sue..
memang takut bab cancer nie..ayu punya kawan ada sorang..mak dia & mak mentua..dua2 kena cancer..mak dia buat treatment cara hospital..mak mentua dia pulak cara tradisional...kalu tak silap..mak dia meninggal dulu..mak mentua dia tak dgr news pulak..sb dah lama lost contact..baru2 nie ada gak sembang2 ngan ia but tak tanya pulak...

mama iris said...

alfatihah.....nurul pon ada gak kenal dengan beberapa org pesakit breast cancer.....mmg sedih....

iEtaFAkyR@ said...

alhamdulillah ada dpt kawan yg mulia hati mcm hang nih. berbakti selagi hayat dikandung badan. al-fatihah utk mereka yg telah pergi. *sob*sob*

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin