Friday, September 5, 2008

Al- Fatihah

Patah Sayap Terbang Jua....Tembok Tidak Tinggi....Tokoh wartawan ternama...Tan Sri Abdul Samad Ismail akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa hari menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Pantai...Perginya seorang tokoh penulisan yang amat saya sanjungi...kehebatannya tidak dapat dinafikan dan bagi saya allahyarham seorang wartawan yang benar2 wartawan....memang patut beliau dikenang..memang layak beliau dianugerahkan pelbagai anugerah, gelaran yang bertepatan dengan keringat yang telah beliau curahkan...
Membaca karya allahyarham membuatkan saya semakin meminati bidang penulisan..namun saya sedar, minat sahaja tanpa bakat tidak mampu membawa saya ke mercu kejayaan..bukan mengalah tetapi saya berpijak di bumi yang nyata...maka jadilah saya penulis picisan dan tanpa henti terus mengagumi Allahyarham...bicaranya tentang politik, tentang sastera dan apa jua yang diucapkan dua ulas bibir tokoh ini sentiasa dekat di jiwa saya...
Saya teringin menjadi penulis seperti ini...menggambarkan pengalaman sendiri dalam satu bentuk penceritaan yang begitu menarik indah dan bersastera....kisah hidup orang akhbar yang tidak dalam kategori senang...pelbagai susah payah..jerih perih dilalui...dalam memperjuangkan kemerdekaan...bagi saya penulis zaman dahulu sangat jujur dengan penulisan masing2..tidak mementingkan News Value kerana apa yang diinginkan bukan keuntungan tetapi kepuasan dalam penulisan..yang mana ia amat sukar ditemui kini...
-Al Fatihah, semoga rohmu tenang di sana-

2 memo menunggu dibaca:

MariaFaizal said...

Al-Fatihah.Really a big lost to the nation.Glad that we met again on FB.Love,Kak Kimi

Diamilikku said...

thanx kak kimi..
hug n kisses to adam n ayesha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin