Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan Aku :)

Semua dah tau anna rafali juara malam tadi...
dan saya memang mengharapkan gadis yang hadir dengan trademark..
berbaju kurung sambil bermain gitar ini mendapat tempat dalam 3 terbaik...
tapi saya memang tak sangka dia akan muncul juara...
sebab hati saya cuma mahu lagu HANYUT by Faizal Tahir..
sebab apa...sebab saya suka lagu hanyut...
lagu itulah yang menjadi ringtone bila mr papa call saya...

"Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu...fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu...bagaimana ku nanti..bila tiada mengganti...yang ku ada hanya kamu saja.....
saat mata terpejam...hanya kau ku terbayang...menghapus semua segala resah dijiwaku..saat mata terbuka..kamulah yang pertama...tak mampu aku membayangkan hidup tanpa dirimu..."

Ya...saya sangat dipengaruhi oleh lagu ini..dan persembahan Faizal Tahir malam tadi buat saya hanyut...dan sedikit tersentak tatkala dia mencuba melepaskan ikatan tangan di dalam air...
sungguh kesleuruhan lagu dan lirik serta persembahan FT sampai kepada saya malam tadi...dan saya sangat yakin FT akan juara...Anna Rafali kedua atau ketiga mungkin...dan saya tidak meletakkan prediction langsung pada Hafiz...baik lagu mahupun vokal beliau...saya lebih suka lagu dan persembahan Pelita by A.P.I..
tapi ya...Tolong Ingatkan Aku yang aku bukan juri yang diketuai oleh M. Nasir...apa2 pun...syukur FT dapat jugak Persembahan terbaik...dan sebentar tadi saya layari blog anna rafali...dan inilah cetusan beliau beliau tentang lirik Tolong Ingatkan Aku...:

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2009 anaraffali muzik ent.)

09/06/12 NOTA: Menulis puisi dan lirik itu satu disiplin yang berbeza. Kadangkala melodi diutamakan untuk memberi rentak pada penceritaan dalam mana-mana lagu. Ada juga masa lirik membawakan ritma yang menentukan corak melodi. Puisi lebih bebas dan tak tertakluk pada mana-mana ukuran.

Dalam proses penulisan lagu, saya lebih biasa dengan melodi dulu sebelum lirik. Dalam kes ini, saya sudah tahu apa yang saya cuba sampaikan jadi liriknya mudah dicapai dari apa yang saya pernah kupas.

Seperti yang awak boleh lihat, walaupun ceritanya sama (perkataan yang digunakan pun sama), terdapat kelainan dari segi susunan dan fokus masing-masing. Puisi barangkali lebih kepada memujuk supaya jangan bergaduh dan berpisah, manakala lagu/liriknya adalah peringatan untuk tidak bergaduh dan berpisah. Haha.. Saya hanya menulis, bukan menghurai. ;p

Kesimpulannya, saya lebih selesa berlagu dari berpuisi. Tapi, setelah mengupas subjek ini di dalam puisi, macam lagi senang lah pulak untuk menulis lirik. Mungkin saya akan cuba cara ini lagi. ;)

NOTA TAMBAHAN:

"saku penyeluk masa" - dalam saku ada duit, penyeluk saku ambil duit dalam saku, duit masuk dalam saku penyeluk saku. penyeluk masa ambil apa, apa masuk dalam saku penyeluk masa? ;)
(Kredit to http://anaraffali.blogspot.com)


Saya suka puisi...dan lirik ini memang sangat puitis...tahniah anna...anda memang berbakat...dan kepada yang diluar sana...you tube cuma medium...yang pasti she's superb..karya yang bagus...vokal yang unik...anna cool tapi limbo !




5 memo menunggu dibaca:

mummy_ayu said...

memang tak target langsung ana rafali, ingatkan faizal tahir ke tak pun black...sofea jane..sekali..
tapi semua persembahan memang best semalam..

Naddiea said...

banyak magic ler..semua nk jadi david blaine.persembahan semua ok la..tpi tolong la suruh tv3 tukar pengacara.rasa dorang pun boring n nampak macam chemistry makin hilang.wallahuallam..

mama_iris said...

kita tgh cuba nak fahamkan lirik lagu dia...huhuhu....

aku eta said...

aku harap FT yang menang...what to do..tahun depan nak apply jadi juri AJL la..leh pilih penyanyi hat aku suka kui kui kui :p

Lily@MamaZaraZareef said...

tak tgk pon AJL sbb smalam baru smpai dari CH..huhu..tp arnini mmg dok asyik dgr citer ramai tk puas hati psl Ana rafali yg juara..=p..nway, utk sy yg mmg tk puitis ni, mmg dari dulu tk berapa nk paham lagu die nih..hihi

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin