Saturday, January 31, 2009

Romzi Jr.

Untuk sesiapa yang mengenali Romzi Bakar..
Jaguh 400m negara...
Alhamdulillah...penantian selama lebih 4 tahun akhirnya membuahkan bunga2 kebahagiaan..
Cahaya mata yang dilihat sebagai penyeri hubungan sesebuah keluarga akhirnya selamat dilahirkan...berkat kesabaran...berkat penantian..berkat doa dan usaha yang tak putus2 kepada Allah SWT.
Putera sulung Abg Romzi dan Kak Erni selamat dilahirkan di Mahsuri Medical Centre pada hari Ahad 25 Januari 2009 jam 11.05pm...berat baby 2.3 kg dengan kepanjangan 47cm...
Saya dan mr papa menerima berita itu selepas 30 minit Romzi Jr. (Sehingga kini tak tau nak letak nama apa lagi) dilahirkan...tapi disebabkan kami dah tido..esoknya baru baca message..so apa lagi..terus mr papa ajak gi ziarah...sejuk hati tgk baby ni kan...saya suka sangat..tgk aksi2 tido, mengeliat..senyum...aduhhh seronok sangat2..tak sabar menanti saat itu...

Inilah wajah putera Abag Romzi...
Banyak ikut iras Kak erni...tapi biasalah baby kan...masih banyak lagi masa untuk proses perubahan wajah..kita tunggu dan lihat..

Entry ini juga saya tujukan khas kepada sahabat2 yang berusaha untuk menambah bilangan anak..atau yang menunggu zuriat pertama...tiada yang lebih berkuasa selain dari Allah SWT. Justeru banyakkan bersabar banyakkan berdoa..jangan hidup dalam tekanan...
Insya Allah, ajal, maut, rezeki, anak semua telah ditentukan Allah SWT. Sebagai HambaNya kita hanya perlu beriman, beramal, bersabar, berdoa dan berusaha..jangan sesekali mewujudkan perasaan tekanan baik untuk diri sendiri mahupun kepada pasangan..pengakhirannya hanya mengundang salah faham, persengketaan antara pasangan dan mungkin keluarga...
Insya Allah...rezeki anda pasti akan tiba..bersabar dan berdoa sebanyak mungkin.
WallahuA'lam

**Maaf saya tidak berniat menyinggung sesiapa..apatah lagi mendabik dada kerna dipermudahkan urusan kehamilan..niat saya ikhlas...ingin berkongsi kesukaran rakan2 yang menunggu lama sebelum mendapat zuriat...KESABARAN kunci segala2nya...akhirnya Allah menganugerahkan juga apa yang kita ingini...**

**FREE PALESTINE**

4 memo menunggu dibaca:

MariaFaizal said...

Oh wow! Congratulations to Pak OK & Erni.Baby soooo cute!
Nasib baik cute & cerah mcm mommy dia, heheh.

Semoga berbahagia selalu.Amen...

Thanks Sue for sharing.

MariaFaizal said...

Baby's name : Ahmad Afif.
Best kan?

Diamilikku said...

uishhhhh...kak maria scoop sue....
mana aci..kak maria tau dulu...
hehehhehehehehe

Mutiara_Lezz said...

thanks...for sharing...leh gak view kat sini....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin