Thursday, January 29, 2009

Terima Kasih Kak SYABAR

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Pujian Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Kita Nabi Muhammad SAW.

YA ALLAH, PELIHARALAH ANAKKU SELAMA DI DALAM KANDUNGANKU (diganti menyebut KANDUNGAN PERUT ISTERIKU jika dibaca suami) DAN SEMBUHKANLAH IA KERANA ENGKAU MAHA PENYEMBUH, TIADA PENYEMBUHAN MELAINKAN KESEMBUHAN DARIMU, IAITU KESEMBUHAN YANG TIDAK MENINGGALKAN PENYAKIT LAGI.

YA ALLAH, BENTUKLAH ANAKKU INI DENGAN BENTUK YANG BAGUS DAN LAHIRKANLAH IA DENGAN KELAHIRAN YANG MUDAH DAN SELAMAT SEJAHTERA PADA HARI KELAHIRANNYA. JADIKANLAH IA SEBAGAI ANAK YANG SIHAT SEMPURA, CERDIK, BERAKAL, BERILMU, BERSIH DAN SEBAGAI MUKMIN YANG SOLEH. JADIKANLAH IA SELALU TEKUN MENGERJAKAN KEBAIKAN DAN DAPAT MENZIARAHI MASJIDIL HARAM.

YA ALLAH, ELOKKANLAH BUDI PEKERTINYA, FASIHKANLAH LIDAHNYA DAN BAGUSKANLAH SUARANYA UNTUK MEMBACA AL-QURAN DAN AL-HADIS.

Dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
.
.
Tiada kata yang mampu saya luahkan..
hanya ucapan terima kasih tak terhingga buat kak Syabar untuk entry khas ini..
Di saat ada insan2 yang berdengki dengan saya...
dan saya percaya saya mengenali insan itu...
masih ada yang sudi menitipkan doa agar dapat saya jadikan amalam sepanjang kehamilan..
dan lebih membuatkan saya terharu..saya tidak pernah kenal secara peribadi dengan Kak SYABAR..
kami tak pernah bersua muka..tak pernah berbual mesra..apatah lagi berhubung rapat..
hanya melalui Blog...rakan di alam maya...terima kasih kak...
insya allah..saya akan jadikan doa ini amalan seharian saya...
saya juga akan minta mr papa amalkan doa ini dalam solat seharian kami...
Kepada Bro DJ juga...terima kasih atas panggilan telefon semalam..
usah difikirkan sangat lalat aka langau itu..
biarkan si luncai itu terjun dengan labunya..
nanti bila gi kl kita roger2 ehkkk..nak kutuntut tiket sunway lagoon seperti yang dijanjikan..

to all readers Diamilikku..
terima kasih atas kata2 sokongan anda semua..
saya amat menghargainya...

Kepada semua rakan2 yang sedang pregnant...
jom kita amalkan doa yang diberikan kak Syabar..
semoga proses yang bakal dilalui akan menjadi mudah..
dan dapat melahirkan zuriat2 yang suci hati, beriman dan sihat, cerdik dan sempurna fizikal dan rohani..amin.

7 memo menunggu dibaca:

Syazwan Yazid said...

semoga apa yang dihajatkan tercapai...aminnnn...

*projek tak jalan...hehe! kualiti gambar asal terlalu kurang...tapi adala sedikit jew yang dibuat...give me your email...

marinahunny said...

alhamdulillah..murah rezeki su sekeluarga..nanti alesha xleh nakal2 lg sbb kena jaga adik...doakan saya jg semoga beroleh cahaya mata...saya teringin sgt..

Naddiea said...

sone,insyaallah selamat semuanya.amalkan doa tu insyaallah..wahhh ni aku pun terasa nk peknen lagi neh.tp kene rehat lama la wehhhh.

SYAbAR said...

Islam mengajar umatnya berkasih-sayang, kedamaian dalam diri sendiri dan dunia sejagat. Sayang sekali, ketamakan nafsu membuatkan insan jahil erti sebenar silaturrahim.

Baby Lyana said...

insya-Allah..berkat kesabaran pasti ade kejayaan..(apa da ayat ni kan?)..

Diamilikku said...

Jeng : dah bg emel kat blog jeng

MariaHunny: Insya Allah..setiap yang berlaku adalah perancangan Allah.

Nadd : hehehheeh..jom nadd jom...join the club...tapi apa kata hang rehat dulu..yg no 3 nanti kita plan sama2...bagi aku ligan hang sat dulu..boleh???

Kak Syabar : Itulah pasal..Terlalu ikut nafsu dan akal tidak waras..jadinya begitulah..sifat dengki menguasai diri...

Lyana : Pandai baby lyana buat ayat bunga2 ehhh...kecik2 dah jiwang ehkkkk..besar2 jgn jadi playgirl tau

Naddiea said...

sone,bulehhhhhh jer.tapi kalo aku tercepat nanti hang ligan aku balik okeh?hihhihh...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin