Sunday, May 24, 2009

Menghitung Detik Itu.....

Sejak disahkan mengandung..
saya belum lagi pernah menulis lebih details tentang pregnancy kali ni..
masa alesha dulu..boleh kata selalu jugak..mungkin ketika itu tugas saya sebagai wartawan yang jadual kerjanya agak bebas membolehkan saya mengadap blog dengan lebih lama..
sambil meneroka info2 di dalam internet..tapi untuk kali ini saya sememangnya tidak berkesempatan...
"Sorry ye sayang..umie terlalu sibuk sayang...bukan umie tak sayangkan baby tau...
tapi hari ni umie ada masa yang lebih..kakak pun elok jer tido dalam bilik..
so umie ambil peluang godek2 internet search pasal fetal development..
sebab sepanjang minggu lepas..umie risau sangat2 duk pk berat baby yang masih 375gm...walaupun umie dah 20 minggu pregnant...
alhamdulillah..hari ni semuanya terlerai..dan umie dah okay lepas baca details semua.."
selain tu hari ni jugak awal2 pg saya dan mr.papa dah bangun...bkn nak pi kl atau ada function rasmi universiti...tapi kami nak ke kubur arwah mama...dah lama tak pi ziarah..mr.papa selalu duk ingatkan saya...selepas selesai ziarah kubur arwah mama, saya dan mr.papa meneruskan agenda yg ke-2 iaitu ke Klinik Ibu dan Anak (KKIA) Bakar Bata utk buka buku dan check up kat situ..sbb saya selalu check up kat Mahsuri dgn Dr. Anuar..nie pun pi sbb atas nasihat dr. Anuar supaya buka buku kat klinik kerajaan..bkn apa takut nanti kalau tak de rekod di sana..selepas deliver takde nurse yang akan check baby daily...walaupun hakikatnya agak memeritkan kalau bukak buku di klinik kesihatan..tapi gamble je lah..harap2 takde lah yang pelik2 berlaku...
Alhamdulillah..memandangkan hari ni yang mengecheck saya semuanya wanita..makanya bermacam2 soalan yang saya tanya untuk pemahaman termasuk berkaitan HB dan baby..
finally semua kerunsingan saya terjawab sudah...

Gambar2 dia atas adalah hasil scan di Klinik Mahsuri dan KKIA Bakar bata...
so hasil perbualan panjang saya dengan doc tadi..inilah hasil explanationnya..

Saiz kepala baby = 5.00 cm (minggu lepas di Mahsuri 4.77cm)
Ukuran Tulang Peha baby = 3.52 cm (last week 3.12cm)
Ukur lilit perut baby = 15.2 cm (last week 14.82 cm)

**kesimpulan dari segi ukuran baby ada perkembangan dan pertambahan dalam tempoh seminggu..so progress baby sangat okay sekarang..

dari segi berat baby pula..minggu lepas di Mahsuri 375gm dan hari ini hasil scan di KKIA berat baby menjadi 378gm...setelah saya meneliti carta berat baby mengikut usia kandungan..which is dalam stage pregnancy saya sekarang iaitu 21 minggu, berat baby sepatutnya adalah 360gm (saya merahkan dalam carta di bawah...)

20 weeks10.08 inches10.58 ounces25.6 cm300 grams
21 weeks10.51 inches12.70 ounces26.7 cm360 grams

tapi berat baby sekarag ialah 375 gm which is 15gm lebih dari average weight..so alhamdulillah..takde lah saya nak merisau lagi...Paras HB saya pun dah naik ke paras normal..
masa check up di Mahsuri paras Hb saya ialah 10.2 (paras normal 11) dan hari ini hb saya berada pada paras 11.2..walaupun baru lebih sedikit tapi okaylah..ada improvement...

Hari ini jugak saya dah diberi suntikan ATT...memandangkan si kecil dah mula bergerak2 di dalam perut..so nanti di Mahsuri dah tak perlu suntikan lagi...urine saya jugak sangat okay plus berat badan jugak stabil..kaki pun takde bengkak..tiroid pun tak ada..alhamdulillah...
saya sangat happy..cuma tadi doc bagi nasihat supaya menjarakkan baby..so that jarak antara setiap anak at least dua tahun..hehehhehe...gelak je lah den tadi..nak buat mcm mana lagi kan..excited sangat nak tambah anak...lepas ni insya allah nak rehat lama sikit (harap2 dapat lah sepasang)

Lepas check up saya dan mr papa gi Pokok Ceri pekena tosai...
pastu balik umah makan plak nasi lemak sebungkus (abah dah beli) - makan banyak sebab hati dah senang..sebelum ni memang sangat susah hati...dan lepas ni saya nak gi gentel2 tepung nak buat kuih keria...(ieda nih first time kak su nak cuba tau)..tadi dah rebus keledek...alesha tolong lenyekkan..letih lenyekkan ubi tu yang alesha tido tak sedar... yang syoknya kita bagi alat lenyek kat dia..sibuk nak guna tangan jugak..adoyaiii..letih umie...tapi takpe..itulah kenikmatan dan keseronokan menjadi ibu...
orait..time to pen off..nanti saya update entry kuih keria plak..
tgk berhasil ke tak kuih cubaan kali pertama nih...





catatan riangnya hatiku by,

7 memo menunggu dibaca:

MariaFaizal said...

Alhamdulillah progress baby dah kembali on track.

Itu yg penting, Umie & baby sihat dan selesa.

Kiss,kiss Alesha for me...

ALUNAN TINTA said...

alhamdulillah..mcm2 benda kena cek.sis ana pun tggu masa je tue.tiap masa kena update dgn doc.

CintaMelya said...

hope baby kak sue sehat2 taw...

@e_da said...

Syukurrr.. semuanya ok kak su.. ieda masih dilanda dugaan.. heheh insya allah hope semuanya ok jugak cam baby kak su..

nti jgn lupa buat entry kuih keria tau.. lg2 pic alesya yg tolong buat kuih tu.. mesti sedap tuh.. hehhehe ada plak org yg terliur kat sini nanti.. hehehe

lily azliyana @ mama zara said...

hee..bagusnye. umie n papa alesha mmg eksited nk tmbah anak ek. kami jek yg tak sedia lg nk tmbah anak sbb mama zara still takut nk deliver lagi..hahaha..

p/s: Alhamdulillah baby n umie same2 sihat. Sy pon tumpang eksited nk tunggu baby lahir..=)

kuIna LadyInRed said...

semakin membesar... sy pun ikut menghitung hari..

Zarpeno said...

Set Bersalin HPA

Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.


Tambahan

Barut Herba

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin