Monday, November 22, 2010

Aqiqah....Rizq Mutalib Bin Norhisham

Aqiqah disebut dalam hadith :-

” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

“Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )

Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah ‘tolakan’, iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.


So...untuk menyempurnakan ibadat aqiqah...abah join majlis korban di masjid..setompok daging lembu diniatkan atas nama cucu keempatnya ini...(sepatutnya dua tompok sebab baby rizq lelaki..tetapi selepas dirujuk imam, dibolehkan sebab niat seorang tokwan...tapi harus dilengkapkan setompok lagi atau seekor kambing lagi oleh ayah/ibu bayi pada bila2 masa yang boleh)...kenduri dibuat pada hari jumaat...abah maklumkan pada saya niatnya itu dan bertanya sama ada saya bercuti atau tak pada hari jumaat...tapi perancangan kenduri semuanya dibuat pada hari raya...abah mintak saya masak nasi minyak, kurma daging, gulai tulang dan lemak and daging masak jintan..anggaran untuk 50 orang makan..saya rasa saya tak mampu nak buat..memandangkan keadaan kesihatan tak mengizinkan..so saya cuma sanggup untuk gulai dan lauk2 sampingan (ikan masak sambal, asam pedas, bubur kacang n desert puding cocktail)...saya mintak abah sub nasi n kurma pada makcik saya...so abah pun setuju...jemputan dikalangan wanita bermula jam 11 - ada bacaan yasin, selawat untuk baby rizq, manakala untuk lelaki selepas solat jumaat - ada tahlil dan majlis belah mulut oleh ustaz harun...

Aisy dan alesha dah lebih dahulu melalui pengalaman ni..jadi abah nak cucu keempat pun merasai majlis indah ini...that's y abah niat nak buat kenduri...dan menjadi tradisi di rumah saya sejak arwah mama ada lagi..kenduri memang nampak grand walaupun niat kita hanya untuk 50 orang tetamu...tidak akan ada istilah simple2...sebab arwah mama dari dulu lagi suka memasak dan memastikan tetamu pulang dengan kepuasan...walaupun agak cerewet melayan abah yang mahukan yang terbaik untuk tetamu2...saya gagahkan juga...sebab saya tau arwah mama dulu melayan semuanya...sebab tu juga menjadi pilihan saya untuk buat kenduri anak2 saya di rumah abah...terasa kepuasannya...sebab saya boleh terlibat sepenuhnya...alhamdulillah...menu hari kenduri semua selamat dikendurikan...syukur pada allah..walaupun saya sedikit keletihan..tapi saya puas untuk menyumbang tenaga menjayakan niat murni abah....

Majlis belah mulut baby rizq disempurnakan oleh ustaz Harun..
kurma dan air zam2...dan satu ilmu baru yang saya belajar masa majlis ni..
bacaan ayat 1-5 surah To'haa' untuk anak2....
disini saya sertakan terjemahan untuk renungan kita bersama...

1) Taa' Haa
2) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan
3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
4) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
5) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy..

Semoga baby rizq membesar dalam lindungan dan rahmat Allah..serta sentiasa berpegang kepada al-quran dan As-Sunnah....Amin....

Papa dan alesha excited ngan baby rizq...
adakah ini hints untuk ummi???...
ahah...hehehheheh :)

Last but not least...ginilah gamaknya mr papa..
kalau betul2 ada 4 orang anak kan...
hehehehhehe...
nih la cucu2 abah saya...
dua lelaki dua perempuan...
dua pasang...cukup....
Batrisyia, Alesha, Aisy dan Rizq...

semoga anak2 ummi membesar dengan sihat dan menjadi manusia yang berguna kepada agama...amin....

11 memo menunggu dibaca:

mummy_ayu said...

meiah gitu..wah..papa aiysa dah kasi hint nak baby baru..he he he.good luck...

mama_iris said...

wawaw....muka masing2 seacuan..sejibik....kalo kata adik badik pon caya...

Lily@MamaZaraZareef said...

hehe..anak2 buah pon kire dah macam anak2 sndiri kan..syok tgk mr papa pangku 2 pasang anak tuh..=D

Diamilikku said...

ayu : hehehhe...nak habiskan master dulu...baru fikir bagi diorang adik...

mama iris : itulah pasal...memang seacuan diorang nih...cuma beza warna kulit je..anak2 abang cerah2 sebab mummy diorang putih gebus...

Lily : itulah..anak2 buah tetap dah macam anak2 sendiri...

@e_da said...

bertuahnya tokwan seorang yg penyayang... baby rizq semangat betul... geram tengok kan.. anak buah pun mcm anak kita juga kan kak su..

iEtaFAkyR@ said...

majlis cenni kat umah mertua aku mmg satu kewajipan weh. bygkan depa dah lalui 18x cenni. jenuh jenuh. tp mmg best n meriah. bagusnya seiring dgn raya qurban kan. sgt simbolik gitu. syabas!

MariaFaizal said...

Sue memang dah spread your wings and fly totally (means dulu masa arwah mama Sue ada lagi,Sue probably just an assistant or left wing yg bantu mama memasak).Now you lead the team :)

She would be very proud of you Sue,coz I am..

Yan said...

sebijik jek muka 4-4 eh... ikut muka abah/ arwah mama su ke?

Diamilikku said...

ieda : alhamdulillah...semua tokwan penyayang dengan cucu kan..walau dengan anak garang2...hehehhehe...

Ieta : umah abah aku takdak la pulak wajib...tapi sebab aku dah mula ngan alesha (actually hasrat arwah mama aku masa dia ada)...and aku teruskan ngan aisy...so abah hajat nak buat untuk anak2 abang aku jugak...

kak maria : alhamdulillah...allah bagi kelebihan arwah mama kat saya...mungkin berkat jadi left wing dulu kot...hehehhehehe...thanx sis for the compliment...

Yan : hurmmm...rasanya banyak amik arwah mama punya side kot...

fham5579 said...

aku suka entry ni coz sgt infomatif...n salute la hg sone leh masak menu2 camtu dgn kuantiti yg byk lak tu..kalau aku surrender awai..goreng ikan buleh la kot utk 50 org..hihihi

Diamilikku said...

hanim : hahahahahhahaha.....aku goreng ikan jugak weh...buat sambal ikan..sedap....hat lain2 tuh pun bonda aku yang masak...aku tolong2 ja....:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin