sebab tu blog nih terbiar je..kalau tak saya rajin je buat auto publish..
nih nak buat autopublish pun tak sempat..
jgn kata tu...nak blogwalking pun takdan...
so sudahnya terbiar lah sekian lama..
tapi walaupun sibuk..
saya skrg tgh menghitung waktu je nak balik umah..
satunya sebab nak bersiap untuk berbuka..
sincemalam ni malam nisfu syaaban..
so saya ngan mr papa berpuasa...
dan insya allah malam ni..sama2 akan membaca surah yasiin sebanyak 3x...
dan yang keduanya pula sebab saya dah rindu nak tatap puteri saya yang comel nih..
Sape tak geram tgk posing alesha gitu..
haishhhh..suka bikin ummi tak senang duduk kat opis tau..
tu lah kan..biar sesibuk mana pun kita..tensen ka stress ke ngan keje..
balik umah..tatap wajah anak hilang rasa kusut..
tenang je jiwa raga...
tunggu ummi ye sayang...
sebelum berpisah saya copy paste sedikit fadilat bulan syaaban..untuk renungan kita semua..
Nisfu Syaaban
Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.
- Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
- Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
- Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.
Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:
“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)
Sama-samalah kita mengambil keberkatan bulan Syaaban ini...
5 memo menunggu dibaca:
selamat berbukaaaa.....mmmuuaaahhh:-)
samat berposaaaa :))
nurul : tq tq tq
Yaya : tq jugak yer
rasa aku 2 thn berturut2 aku "AV" time nisfu syabaan.mmg x berkesempatan baca yasin 3 kali.
eza : takpa...sunat ja pun..malam2 lain boleh lagi kan
Post a Comment